Uncategorized

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 1


10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 2

Dalam apa jua jenis pelaburan, tujuan utama adalah mendapatkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Dalam industri hartanah pula, antara risiko yang paling ditakuti pelabur adalah apabila unit rumah kosong dan tidak dapat disewakan. 

Suka atau tidak, itulah risiko yang anda perlu hadapi apabila bermain dalam arena hartanah. Bukan semuanya manis dan indah belaka. Ada masa, anda perlu rasa pahitnya juga. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 3

Kredit: Majalah Labur

Masakan anda mahu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit tetapi takut merasa kerugian ratusan ringgit untuk sebulan atau dua bulan? 

Oleh yang demikian, tim Hartabumi kongsikan kepada anda apa yang anda perlu buat untuk mengelakkan kerugian dalam pelaburan hartanah. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah

1. Sewakan Dengan Harga Mampu Sewa. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 4

Kredit: Mudah

Jangan sewakan unit anda terlalu mahal, sebaliknya anda boleh sewakan RM500/ sebulan untuk rumah jenis flat dan RM800 / sebulan untuk rumah jenis teres setingkat.

2. Tawar Diskaun Bila Penyewa Bayar Awal.

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 5

Kredit: Majalah Labur

Bilamana penyewa anda membayar duit sewa lebih awal dari tarikh atau bayar tepat pada masanya cuba tawarkan diskaun. Andai kata sewa yang anda kenakan ialah RM800 sebulan, anda boleh beri diskaun RM20. 

Ada yang kata, sebagai penyewa kita akan rugi, tetapi biarlah untung sedikit daripada menanggung kerugian yang lebih besar. Nak cari penyewa dalam keadaan kemelesetan ekonomi ini bukanlah mudah. 

3. Referral Program.

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 6

Kredit: Majalah Labur

Apabila kontrak dengan penyewa lama hampir tamat, mulalah anda serabut untuk iklankan di mudah.my, bawah pokok dan sebagainya.

Baca : 5 Cara Memaksimumkan Keuntungan Hartanah Anda

Apa kata anda tawarkan komisen jika penyewa lama yang ingin keluar mengesyorkan kawannya untuk menyewa unit anda? Silap – silap, kosnya lebih murah berbanding kos iklan!

4. Cat Rumah Dengan Warna Cerah Atau Ceria.

Kebanyakan pelabur hartanah mendapat rumah melalui proses lelong. Kondisi dalam rumah boleh dikatakan “barai” dan memerlukan sedikit kos untuk membersih dan mencantikkannya. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 7

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 8

Baca : 7 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama

Cara paling senang anda boleh lakukan ialah dengan mengecat rumah anda dengan warna cerah dan ceria kerana naluri seorang penyewa pada kebiasaannya tertarik dengan rumah yang cantik mata memandang. 

5. Perabot Asas.

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 9

Kredit: Agoda

Untuk menaikkan nilai kadar sewa rumah anda, masukkan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, sofa dan ampaian baju. Walaupun bukanlah perabot mewah, tetapi kewujudannya akan menyebabkan penyewa anda bersyukur kerana selesa. 

6. Alatan Elektrik Lengkap.

Jika anda mempunyai modal lebih, anda boleh masukkan barangan elektrik seperti TV, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin dan juga water heater. 

Hal ini kerana, memang ada penyewa yang sanggup bayar kadar sewa rumah pada harga lebih tinggi untuk kondisi rumah yang fully furnished, lagi – lagi pasangan yang baru berkahwin!

7. Hubungan Penyewa dan Pemilik.

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 10

Kredit: Iluminasi

Rajinkan diri anda untuk sering bertanya khabar, kondisi rumah dan keselesaan penyewa dengan penuh hikmah dan bijaksana bersama penyewa. 

Mereka akan berasa dihargai dan malu untuk membuat onar pada rumah anda. Tetapi, jika anda mendapat penyewa dari neraka, anda wajib menegur tindakan – tindakan mereka yang dirasakan melampaui batas seperti memecahkan perabot dan membawa masuk individu bukan muhrim di dalam rumah. 

8. Berperikemanusiaan.

Sentiasa ada risiko rumah sewa anda dipecah masuk pencuri dan mencuri barang  – barang berharga penyewa anda. Apabila penyewa anda dilanda musibah seperti ini, tawarkan mereka bayaran sewa separuh dari harga sewa bulanan atas dasar simpati dan takziah. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 11

Kredit: Majalah Labur

Sungguhpun kes tersebut bukanlah masalah pemilik rumah, tetapi sebagai manusia ada baiknya kita mempunyai sifat kemanusiaan kerana besok dan lusa tidak tahu mungkin kita pula yang terkena. 

 

9. Deposit Rendah. 

Tak usah kenakan deposit yang tinggi seperti 2 + 1 + 1 (utiliti), sebaliknya kenakan deposit 1 + 1 sahaja. Hal ini kerana, rata – rata penyewa mempunyai bajet kewangan yang terhad dan tiada simpanan yang banyak. 

10 Cara Elak Rugi Dalam Pelaburan Hartanah 12

Kredit: Mudah

Jika mereka mempunyai wang, sudah tentu mereka membeli rumah sendiri. Deposit 1 bulan pula hanya digunakan sebagai backup penyewa lambat bayar atau penyewa rosakkan perabot, barang elektrik rumah anda.

10. Upah Ejen.

Sebulan sebelum anda mendapat kunci rumah, sila upah ejen untuk mencarikan penyewa rumah anda secepat mungkin. Hal ini kerana, para ejen hartanah mempunyai pangkalan data untuk individu yang sedang mencari rumah. 

– Dapatkan Tenancy Agreement PERCUMA Di Sini!

Kelebihan mengupah ejen ialah, anda tidak perlu melayan kerenah penyewa yang ingin viewing tidak tentu masa kerana ejen akan uruskan dari segala proses dari viewing hingga dokumentasi perjanjian sewaan rumah anda. 

Sumber Asal : Muhd Farid


Langgan Info Terkini





Source link