Artikel Terkini

10 Pelajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada ‘Warren Buffett of Asia’ – Dato’ Seri Cheah Cheng Hye


Percayakah anda, beliau pernah disenaraikan sebagai “25 Most Influential People in Asian Hedge Funds”? Anugerah tersebut tersangatlah besar nilainya jika diukur keupayaan majoriti para pelabur di Malaysia.

Beliau begitu disanjungi di seluruh dunia, sehinggakan beliau digelar oleh media massa sebagai ‘Warren Buffett of Asia’.

Tanpa berbekalkan persekolahan yang tinggi, hanya ilmu dan pengalaman, mampu membuatkan orang di sekeliling beliau ‘terpukau’ dengan falsafah pelaburannya sebagai Value Investing. Terlalu banyak yang kita boleh belajar dan menambah pengetahuan, berdasarkan perjalanan hidup beliau.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut mengenai asal-usul beliau, jemput baca Kenali ‘Warren Buffett Asia’ Yang Berasal Dari Pulau Pinang.

Banyak Pengajaran Yang Boleh Kita Ambil

Ada suka, ada duka, ada pahit, ada manis, ibarat pepatah lama salah satu masyarakat di Zimbabwe ‘Ziva nzira dzokuwana zvinokubatsira. Unowana masvikiro pane chinhu chaunoda nokupota navamwe’. Ianya membawa maksud ‘Adalah lebih baik jika kita menimba ilmu atau pengalaman daripada seseorang yang sangat berkaliber’.

Berikut adalah perkongsian Dato’ Seri Cheah Cheng Hye yang boleh kita jadikan sebagai iktibar:

1. Jangan Rasa Rugi Kalau Tak Belajar

Kebanyakan daripada kita rasa rugi jika tak pernah belajar di mana-mana sekolah perniagaan dan terus memasuki bidang kewangan, seperti apa yang beliau telah lakukan. Namun bagi beliau perkara tersebut adalah sebuah kelebihan. Ini kerana beliau mampu berfikiran secara terbuka dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pembelajaran di sekolah atau peringkat tinggi.

2. Banyakkan Membaca

Salah satu cara untuk mengasah ketajaman ilmu adalah dengan membanyakkan pembacaan, kerana hanya melalui cara tersebut sajalah kita mampu menambah ilmu. Selain itu juga, dengan membaca secara konsisten mampu membina disiplin yang kukuh.

3. Merendah Diri

Dato’ Seri Cheah Cheng Hye sering dipuji dan diagungkan seperti pelabur-pelabur tersohor dunia. Namun beliau sering merendah diri dan menolak untuk disamakan dengan mereka yang mempunyai profile tinggi. Beliau sangat memandang tinggi serta mengadaptasi keupayaan pelabur legenda tersebut sebagai simbolik ikon pelaburan peribadinya. Antaranya ialah Warren Buffett, Benjamin Graham, Sir John Templeton dan banyak lagi.

4. Belajar Daripada Kesilapan Pelabur Lain

Salah satu rahsia terbesar beliau ketika membina empayar pelaburan atau perniagaan adalah dengan mengadaptasi atau mengakses segala bentuk ilmu daripada buku karangan pelabur-pelabur legenda. Pada beliau adalah menjadi satu bentuk kebolehan jika dapat membeli buku yang berharga murah dan mempunyai sumber ilmu harfiah atau tidak ternilai. Disebabkan inilah beliau mampu belajar daripada kesilapan pelabur lain.

5. Attitude Kena Betul

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi. Dato’ Seri Cheah Cheng Hye sentiasa merendah diri, dan memaafkan segala kesilapan dan kekurangan dirinya. Beliau selalu menyifatkan dirinya terlalu beruntung, kerana beliau memandang sesuatu bukan berdasarkan untuk meraih keuntungan semata-mata, tetapi melihatnya sebagai sebuah proses.

6. Usaha Keras Sampai Berjaya

Beliau juga menganggap salah satu kelebihan dalam dirinya adalah usaha keras yang dilakukannya. Jika pasaran tidak menyebelahi ke arah kita, kita kena berusaha lagi sehingga berjaya. Inilah sebab utama beliau sangat merendah diri, kerana kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

7. Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Beliau tidak pernah mengatakan keyakinan adalah punca untuk maju dalam kariernya. Ini disebabkan ketika ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur 9 tahun, beliau sudah menanamkan semangat untuk memajukan diri ke satu tahap yang beliau tidak pernah bayangkan. Sehinggakan beliau sanggup untuk berhijrah ke Hong Kong. Perbuatan tersebut mungkin dianggap berani bagi remaja yang berumur 20 tahun dan tak masuk akal, tetapi hakikatnya beliau hanya ingin melakukan yang terbaik.

8. Mempunyai Sumber Inspirasi

Empayar kerajaan British adalah sebahagian daripada sumber inspirasi beliau. Bagaimana kisah empayar tersebut membangun, contohnya kerajaan British telah menghantar seorang remaja 21 tahun untuk mentadbir di sesebuah tempat, adalah contoh terbaik yang beliau jadikan tauladan.

9. Mempunyai Angan-Angan

Disebabkan beliau sangat suka membaca, maka beliau sangat mencintai perpustakaan sebagai gerbang ilmu. Beliau berkata ‘jasadnya di Pulau Pinang, tetapi fikirannya melayang ke tempat lain’.

10. Sentiasa Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada

Beliau sangat bersyukur dengan apa jua yang diperolehi. Beliau membesar dalam keluarga sederhana, tetapi perkara tersebut tidak menyebabkan beliau kecewa dengan kehidupan, malah ianya dijadikan sebagai pembakar semangat.

Manakala ini adalah rangkuman kepada perkara yang boleh kita pelajari daripada aspek falsafah pelaburan Dato’ Seri Cheah Cheng Hye:

  • Value Investing adalah salah satu cara pelaburan yang paling efektif. Pastikan membeli saham berdasarkan perniagaan yang betul, pada harga yang betul, dan individu atau kumpulan yang betul.
  • Pastikan bukannya saham yang utama, tetapi lebih kepada perniagaan. Namun perkara tersebut bukanlah berkesan sepanjang masa, sebabnya dunia saham tidak semestinya sentiasa efisien dan mempunyai pelbagai emosi.
  • Beliau lebih mempercayai Value Investing berbanding falsafah pelaburan yang lain, seperti Momentum Investing, Growth Investing, top-down, Macro-Investing, Technical Analysis dan sebagainya. Ini disebabkan falsafah pelaburan lain hanya berkesan dalam sesuatu tempoh masa, manakala Value Investing sangat berkesan untuk tempoh jangka masa panjang.
  • Beliau sentiasa menekankan agar para pelabur menjadi long-term investor. Menjadi short-term investor akan memberi keputusan yang memberangsangkan, namun hasil juga mungkin adalah untuk jangka masa yang pendek. Ramai pelabur masa kini mempunyai stamina yang kurang, dan tidak berupaya untuk tahan lama dalam pasaran saham.
  • Untuk berjaya sebagai seorang pelabur, kita kena fokus kepada fundamental perniagaan tersebut. Abaikan turun naik dalam saham pasaran. Jadilah seorang pelabur, bukannya speculator kerana mudah terdedah dalam melakukan kesilapan.
  • Pilih saham dengan mempunyai hasil dividen yang tinggi.
  • Amalkan prinsip contrarian. Berhati-hati menggunakan informasi, kerana kebanyakannya adalah tidak berguna. Adalah mustahil ‘big money’ membuat perkara yang serupa seperti orang ramai lakukan.
  • Perwatakan peribadi adalah kunci kepada kekuatan. Jika kita memiliki peribadi yang baik, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk berdepan dengan apa saja masalah. Sentiasa berdisiplin, rendah diri, dahagakan ilmu dan belajar daripada kesilapan. Juga penting untuk kita membuang sifat ego dalam pelaburan.



Source link