Uncategorized

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison – ‘America’s Greatest Inventor’

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison - ‘America's Greatest Inventor’ 1


Kalau sebelum ini, kami ada kongsikan Menyelami Kehidupan Seorang Genius – 9 Fakta Menarik Mengenai Thomas Edison, kini kita selami pula 10 perkara yang boleh kita belajar daripada beliau.

Tapi sebelum itu, tahukah anda ketika beliau menamatkan riwayatnya, Thomas Edison telah berjaya mencipta 1,093 pelbagai inovasi peralatan elektrik. Di antaranya adalah 389 lampu berkuasa elektrik, 195 untuk Phonograph, 150 untuk telegraph, 141 untuk penyimpanan bateri dan 34 untuk telefon.

Sehingga hari ini, ianya satu rekod yang belum pernah dipecahkan. Menakjubkan bagaimana beliau mempunyai tahap pemikiran seperti itu. Jika anda masih ingat mengenai Thomas Edison, semestinya anda mengetahui beliau seorang yang genius paling kompleks, dan juga bergelar seorang pelabur, saintis, ahli perniagaan dan seorang Inventor.

1. Apakah makna sebenar Genius?

Pembelajaran: ‘…Genius is 1% inspirations, 99% perspirations..’

Kebanyakan kita pada hari ini, semuanya mahukan kesenangan datang bergolek. Jika boleh mahu pandai secara semula jadi dan mahu kaya dengan cara yang paling mudah. Ramai yang masih malas untuk mengerahkan tenaga semaksima yang mungkin. Berbeza dengan beliau, dia melawan pendapat umum tentang cara pemikiran kebanyakan individu bagi mencapai aras pemikiran genius.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Perspiration?

Thomas Edison : Saya bekerja lebih daripada 18 jam sehari, setiap hari dalam hidup saya.

Beliau masih terlalu muda ketika bekerja sebagai operator telegraph. Bayangkan tanpa sebarang pengetahuan, beliau telah menghabiskan 18 jam dalam sehari untuk mempelajari morse code yang kompleks di dalam mesin telegraph. Jika anda seperti beliau, adakah anda mampu mencapai tahap apa yang beliau lakukan?

3. Bagaimana anda boleh mereka cipta (Invent)?

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison - ‘America's Greatest Inventor’ 2

Pembelajaran: Terdapat 3 cara yang saya gunakan dalam mereka cipta:

  • Imaginasi, saya gunakan sebagai longgok-longgokan idea berguna dan tidak berguna.
  • Cuba sekali lagi ketika anda telah
    gagal, jangan mengalah. Saya tidak
    pernah mengalah. Saya hanya jumpa 10,000 idea yang gagal untuk menemukan 1
    kejayaan.
  • Apa saja yang tidak boleh di jual
    atau laku, saya tidak akan menciptakannya.
    Penggunaan serta penerimaan orang ramai
    adalah cara ciptaan saya terkenal.

4. Beliau menubuhkan ‘Invention Factory’ (makmal dan perkilangan untuk reka cipta beliau)

Pembelajaran: ‘…
Saya mengeluarkan ciptaan kecil yang belum lengkap pada setiap bulan. Saya juga
mengeluarkan ciptaan saya yang besar dan lengkap setiap 6 bulan…’
membayangi
cara beliau menghasilkan reka cipta, sudah melihatkan sejauh mana tahap beliau
berkorban dalam bidang ini. Apa yang kita bina pada hari ini akan membuahkan
hasil pada hari esok.

5. Mengubah kekurangan menjadi kekuatan dan peluang

Pembelajaran: ‘… Saya dibuang dari sekolah ketika baru 3 bulan memasuki sekolah, saya seorang yang pekak ketika mula memasuki zaman remaja..’

Jika kita alami benda sama seperti ini, semestinya kita akan mengalah dengan takdir hidup, tetapi bukannya beliau. Disebabkan pekak, beliau lebih tekun untuk belajar. Bayangkan dalam persekitaran gerabak kereta api yang bising, beliau tidak mendengarinya, beliau lebih tekun dan fokus untuk membaca buku-buku.

Ketika beliau berehat di dalam persekitaran yang bising, beliau tidak mendengarinya lalu mula mengeluarkan buku untuk menambah maklumat. Beliau sangat pandai menggunakan kekurangan beliau sebagai sebuah peluang untuk dimanfaatkan.

6. Mulakan perniagaan

Pembelajaran: Beliau tidak menunggu untuk mendapatkan modal yang besar bagi memulakan perniagaan.

Ketika berkhidmat di dalam kereta api, beliau sudah memulakan perniagaan kecil dengan menjual gula-gula dan akhbar harian.

7. Membuat keputusan

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison - ‘America's Greatest Inventor’ 3

Pembelajaran: Statistik atau kadar beliau dalam membuat keputusan, 50% betul dan 50% salah.

Contohnya beliau kehilangan aset pelaburan lebih dari $2 juta dan membazirkan masa selama 10 tahun dalam industri perlombongan. Selain itu, akibat kalah kepada Nikolas Tesla mengenai kegunaan AC dan DC beliau hampir tergadai syarikatnya. Beliau hampir hilang pertimbangan.

Beliau mempertahankan DC sebagai teknologi masa depan menyebabkan reputasi dirinya tercalar.

8. Persaingan

Pembelajaran: Sentiasalah mengamalkan sifat suka bersaing dan tidak menyamai cara orang lain melakukanya.

Ini dapat dilihat ketika beliau mencipta mentol. Ketika orang lain cuba memfokuskan benda baharu, beliau pergi ke arah yang tidak pernah orang fikirkan. Bayangkan ketika orang masih mencipta lampu mengunakan minyak sebagai bahan bakar, beliau menciptakan mentol yang mengunakan kuasa elektrik sebagai sumber cahaya.

9. Masa

Pembelajaran: Bagi beliau, masa adalah satu-satunya modal yang sangat penting dan berharga.

Jika kita banyak membuang masa, maka modal untuk kita berjaya semakin berkurangan.

10. Tidur

Pembelajaran : Beliau sangat berdisiplin dalam mengurus masa untuk tidur. Beliau hanya meluangkan kurang dari 4 jam waktu untuk tidur.

Menurutnya tidur akan menyebabkan dia kehilangan peluang untuk memajukan diri. Beliau lebih suka jika masa diluangkan kepada pembacaan, bekerja di makmal dan sebagainya yang boleh memberi faedah kepada dirinya.

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison - ‘America's Greatest Inventor’ 4

10 Perkara Kita Boleh Belajar Daripada Thomas Edison - ‘America's Greatest Inventor’ 5

Komen

komen





Source link