Uncategorized

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 1


10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 2

Para peguam mesti biasa sangat dengar komen macam ni kan?  Tapi untuk kebanyakan orang awam, mereka menyangka setiap proses jual beli adalah sama. Tidak ya Tuan/Puan. Setiap transaksi adalah berbeza.

Mari saya kongsikan sesuatu untuk Tuan/Puan sebagai pembeli dan penjual, bahawa tempoh selesai setiap transaksi jual beli adalah berbeza bergantung kepada:

PUNCA PROSES JUAL BELI RUMAH LAMBAT

1. SEKATAN KEPENTINGAN.

Sama ada terdapat sekatan kepentingan atau tidak, tertera di atas geran. Kebanyakannya, hartanah geran pajakan mesti mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa negeri.

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 3

Sungguhpun begitu, terdapat juga hartanah dengan jenis geran kekal (freehold) yang mempunyai sekatan kepentingan.

2. JENIS GERAN.

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 4

Sama ada geran induk (master title) atau geran individu. Geran hilang? Dalam kes geran hilang pula yang ini lain cerita dan memerlukan penantian yang lebih panjang dari biasa.

Baca : Pemilikan Master VS Strata: Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli ‘High Rise’

3. HARTANAH YANG DICAGAR.

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 5

Kredit : KLIA2

Jika penjual masih ada baki hutang dengan mana-mana bank, mestilah ada tempoh untuk tebus hutang. Tempoh tebus hutang ini mengambil masa dimana peguam akan dapatkan penyata baki hutang terlebih dahulu daripada bank penjual.

Baca : Beli Rumah Loan Kerajaan? Ini Apa Penjawat Awam Perlu Tahu.

Pembeli / bank pembeli perlu membayar baki hutang penjual kepada bank penjual. Seterusnya bank penjual akan hantar geran asal dan lain-lain security documents kepada peguam pembeli.

4. STATUS KOS RENDAH

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 6

Kredit : EdgeProp

Jika hartanah adalah jenis kos rendah dan perlu mendapatkan kebenaran bertulis, tempoh masa diambil untuk mendapatkan kebenaran ini. Untuk peguam hantar dokumen kebenaran, perlu dapatkan surat tiada bantahan daripada bank penjual (jika hartanah masih dicagar).

Baca : Punca Rumah Anda Tidak Laku Dan Solusinya

Haaa..kat situ pun dah ambil masa. Untuk hartanah kos rendah negeri Selangor, perlu dapatkan kebenaran daripada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

“Tahukah anda, jika penjual dan pembeli lewat mengemukakan dokumen terkini, proses jual beli rumah anda akan mengambil masa sehingga 8 bulan.”

Peguam akan buat permohonan online dan serahan dokumen secara hardcopy perlu dibuat dalam masa 30 hari. Jika gagal dptkan dokumen penjual/pembeli dalam tempoh tersebut, peguam kena resubmit permohonan online.

5. GERAN YANG BELUM DISEMPURNAKAN ATAS NAMA PEMBELI

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 7

Kredit : LHDN

Ini antara isu besar yang penjual selalu abaikan. Jika geran individu sudah dikeluarkan oleh pejabat tanah, geran akan dikeluarkan atas nama pemaju (kecuali untuk kes-kes tertentu).

Baca : Kos Tukar Nama Pada Geran Rumah (2018)

Maka, menjadi tanggungjawab pemilik untuk sempurnakan geran kepada nama pemilik. Untuk kalangan peguam dan pemain hartanah, kami guna istilah “perfection”. Perfection pula ada dua – perfection of transfer dan perfection of charge (jika beli dengan pembiayaan dari bank).

Kegagalan pemilik membuat perfection akan mengakibatkan kelewatan pada urusan jual beli, bila pemilik hendak menjual hartanah.

Meskipun ada developer yang beri direct transfer, bukan bermaksud ia adalah sekejap. Direct transfer boleh memakan masa yang lama jika pihak pemaju lewat beri dokumen atas sebab-sebab tertentu.

6. PEMILIK MENINGGAL DUNIA

Jika pemilik meninggal dunia, ahli waris bertanggungjawab mendapatkan perintah pembahagian pusaka dan seterusnya melantik pentadbir bagi urusan jual beli hartanah.

Selagi urusan ini tidak selesai, urusan jual beli tidak boleh disempurnakan. 

7. PEMILIK MUFLIS

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 8

Kredit : Giphy

Buat pengetahuan anda, memang terdapat beberapa kes yang mana pemilik sudah diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan beliau ingin menjual hartanah.

Dalam kes begini, peguam sendiri akan berurusan dengan Jabatan Insolvensi untuk mendapatkan sanction / kebenaran bagi menjual hartanah tersebut.

8. PEMAJU SUDAH DIGULUNG

Jika sesebuah syarikat sudah digulung, mahkamah akan melantik pelikuidasi bagi syarikat tersebut. Jika pemaju digulung, untuk urusan hartanah yang masih geran induk, surat pengesahan bertulis akan dikeluarkan oleh pelikuidasi yang dilantik.

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 9

Kredit : Majalah Labur

Pemilik akan dikenakan bayaran tambahan yang perlu dibayar kepada pelikuidasi. Dan kebanyakan situasi, pelikuidasi tidak memiliki rekod transaksi yang cukup oleh itu akan berlaku kelewatan bagi pelikuidasi memberi surat pengesahan.

9. CUKAI TERTUNGGAK

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 10

Kredit : Majalah Labur

Banyak kes yang lewat disebabkan kegagalan pihak penjual mengemukakan resit bayaran seperti dikehendaki.

Cukai pintu, cukai tanah, yuran penyelenggaraan dan lain-lain bayaran yang terlibat hendaklah disempurnakan terlebih dahulu. Bank tidak akan ‘disburse’ sebarang bayaran selagi ada tunggakan.

10. BAYARAN TIDAK DISEMPURNAKAN

Selain penjual, pembeli juga ada tanggungjawab untuk membayar beberapa bayaran untuk melancarkan proses jual beli contohnya bayaran yuran peguam, duti setem, bayaran pendaftaran pejabat tanah, dan lain-lain.

10 Punca Proses Jual Beli Rumah Anda Makan Bertahun 11

Kredit : iRealty

Baca : Lama Lagi Ke Urusan Perjanjian Jual Beli (SPA) Saya Nak Selesai?

Jika pembeli tidak membuat bayaran dan mengakibatkan peguam terpaksa hold progress sementara menunggu bayaran, ini akan menyebabkan kelewatan utk urusan jual beli disempurnakan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pencerahan kepada Tuan/Puan tentang urusan jual beli hartanah.

Jika Tuan/Puan sudah melantik peguam, rujuklah peguam yang dilantik dan berbincanglah dengan peguam anda. Jangan lantik peguam lain, tapi minta nasihat peguam lain. Ia tidak membantu kerana peguam andalah yang paling arif tentang perjalanan kes anda.

Untuk urusan hartanah, lantik peguam yang mahir tentang hartanah. Para peguam kebanyakannya mempunyai pengkhususan amalan.

Sumber artikel ini adalah dari Jamaliyah MK


Langgan Info Terkini





Source link