Artikel Terkini

10 Ramalan Yang Bakal Berlaku Dalam Masa 10 Tahun Akan Datang


Sedar tak sedar, setiap 10 tahun pasti akan ada perubahan yang berlaku dalam kehidupan dan ekonomi negara kita. Kita telah melihat antara kejayaan saintis yang menemukan gambar pertama ‘blackhole’, penemuan planet-planet seakan bumi serta pelancaran pelbagai jenis alatan gajet yang tentunya mengagumkan kita semua.

Namun apakah yang bakal terjadi pada 10 tahun akan datang ya? Untuk menjawab pertanyaan anda, berikut adalah 10 ramalan ekonomi dan kehidupan pada 10 tahun akan datang mengikut kajian yang telah dijalankan.

1. Pengeluaran Kereta Pemanduan Automatik Secara Besar-besaran

Sumber : forbes.com

Pada tahun 2021, dijangka bermulanya pengeluaran kereta pemanduan automatik oleh syarikat China secara besar-besaran. Mungkin bunyinya agak mustahil, namun seperti yang kita ketahui, China sering mengeluarkan teknologi yang amat menakjubkan pada masa kini.

Ramai yang membuat ramalan bahawa 10 tahun akan datang, kereta bakal dipandu oleh sistem pemanduan automatik. Agak mudah kerja kita jika ia benar-benar terjadi.

2. Krisis Ekonomi Global

Dijangka bermula pada tahun 2023 bahawa ekonomi global akan mengalami krisis ekoran hutang negara-negara yang semakin tinggi. Krisis ekonomi global juga dijangka akan menatijahkan penstrukturan semula ekonomi.

Ramalan mengatakan bahawa negara Barat akan merosot ekonominya dan negara-negara Asia Timur akan melonjak naik dari segi ekonomi. Ini merupakan salah satu ramalan ekonomi pada 10 tahun akan datang.

3. Penghasilan Mesin Membaca Otak

Para saintis di Jepun telah mencipta mesin yang dapat memecahkan aktiviti otak untuk membentuk imej kasar berdasarkan pemikiran dari otak manusia sejak tahun 2010 yang lalu.

Ramalan mengatakan mungkin pada 10 tahun yang akan datang, kita akan menggunakan gajet berdasarkan bantuan pemikiran kita sahaja. Pernah dengar mesin yang boleh mengetahui sama ada kita berbohong atau tidak, ia juga berfungsi membaca otak kita untuk mengesan sama ada kita menipu atau berkata benar.

4. Pesawat Komersial Dengan Kuasa Solar

Pelbagai pihak kini telah berlumba-lumba untuk membangunkan pesawat komersial dengan kuasa solar. Pada tahun 2022 nanti, Eviation Aircraft merancang untuk melancarkan pesawat ini. 

Menariknya, mungkin tiket penerbangan selepas ini lebih murah harganya. Ramalan kehidupan pada 10 tahun akan datang ini kedengarannya agak logik juga. Namun, dengan industri penerbangan kini dihambat oleh situasi penularan wabak, mungkin penghasilan pesawat ini akan menjimatkan sedikit kos operasi syarikat.

5. Doktor Menterbalikkan Penuaan Jantung Manusia

Penyakit seperti kardiovaskular masih menjadi antara punca utama kematian di seluruh dunia. Namun ramalan mengatakan bahawa menjelang tahun 2026, usia jantung dapat dikekalkan lebih muda mengikut kajian. Ujian-ujian tersebut masih lagi dijalankan dan dijangka akan siap tidak lama lagi.

6. Krisis Populasi Global

Dijangka 10 tahun lagi, manusia di bumi akan mencecah 8.5 bilion orang dan pastinya akan mendatangkan masalah baru dengan jumlah penduduk yang semakin ramai. Mungkin pada masa tersebut bekalan makanan dan sumber air akan berkurang.

Diramalkan akan ada negara yang berperang untuk mendapatkan sumber keperluan dan tempat tinggal yang terhad ini. Menakutkan bukan? Tapi setiap tahun juga pastinya manusia akan mengalami jumlah kematian yang banyak.

7. Spesies Pupus Akan Dihidupkan Kembali

Kajian meramalkan para saintis bakal mampu menghidupkan spesies haiwan pupus pada tahun 2028. Dengan kecanggihan dalam pengklonan dan genetik, mungkin kita bakal melihat burung dodo tidak lama lagi.

8. Negara Membangun Mengatasi Amerika Syarikat

Pada 10 tahun akan datang, ramalan mengatakan terdapat negara-negara yang akan membangun mengatasi Amerika Syarikat. Berkemungkinan ianya akan terjadi pada awal 2027 nanti.

Adakah Malaysia salah satu negara membangun tersebut?

9. Saintis Berupaya Membetulkan Otak Manusia

Pada tahun 2013 yang lalu, Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk memahami aktiviti di dalam otak manusia yang diberi nama ‘Brain’. Projek itu dijangka siap pada tahun 2025 nanti.

Apabila projek tersebut sudah siap, berkemungkinan saintis akan berupaya membetulkan aktiviti dalam otak manusia bagi yang mengalami masalah emosi, mental dan lain-lain lagi.

10. Manusia Bakal Ke Marikh

NASA telah mengumumkan bahawa pihaknya akan menghantar manusia ke Marikh pada tahun 2024. Program tersebut dirancang oleh Elon Musk yang diberi nama Space X. Mungkin 10 tahun akan datang pula, manusia bakal tinggal di Marikh.

Kesimpulannya, berikut adalah hanya satu ramalan. Betul ataupun tidak, semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Apa yang diharapkan, semoga perkara yang baik akan berlaku pada 10 tahun akan datang.

Sumber Rujukan:



Source link