Artikel Terkini

10 Syarikat Makanan Terbesar Di Dunia


Apabila kegawatan ekonomi berlaku, rata-rata kebanyakan industri akan terjejas teruk. Namun, industri makanan dilihat sebagai industri yang terus berkembang dan seolah-olah tidak terkesan dengan apa yang sedang berlaku.

konomi OK atau tak OK, kita mesti makan untuk meneruskan kehidupan, betul tak?

Berikut adalah senarai 10 syarikat makanan terbesar di dunia yang kekal utuh dan semakin berkembang dari setahun ke setahun.

1. Kraft Heinz

Kraft Heinz Co. adalah salah sebuah pengeluar syarikat makanan yang diproses terbesar di dunia. Produk terkemuka syarikat ini merangkumi sos, keju, tenusu, makanan sejuk beku, makanan bayi dan banyak lagi.

2. Nestle

Nestle juga merupakan sebuah satu syarikat makanan terbesar di dunia. Mereka mempunyai lebih 328,000 pekerja dan 2,000 lebih jenama.

Siapa yang tak kenal dengan Milo, Nescafe, Maggi, Kit Kat? Kesemuanya adalah milik Nestle.

3. Archer Daniels Midland

Archer Daniels Midland Co. adalah penyedia pemproses makanan dan bahan makanan terkemuka untuk jagung, gandum, koko dan komoditi makanan, juga pertanian.

Kini mempunyai lebih daripada 32,300 pekerja yang menguruskan pelanggan di lebih daripada 160 buah negara.

4. Kellogg

Kellogg merupakan syarikat makanan yang memiliki beberapa jenama yang terkenal seperti Kellogg, Keebler dan Pringles. 

Ianya merupakan syarikat bijirin terkemuka di dunia dan pembuat biskut kedua terbesar di dunia. Secara keseluruhannya, Kellogg menghasilkan 1,600 buah makanan berbeza, yang dijual kepada lebih daripada 180 buah negara.

5. Mondelez International, Inc.

Pada tahun 2012, Kraft Foods berpecah kepada dua syarikat berasingan, iaitu Kraft Foods Group dan Mondelez. Sementara Kraft Foods Group mengambil jenama runcit Amerika Utara, Mondelez pula mengambil jenama makanan ringan dan gula-gula, termasuklah Cadbury, Oreo dan Trident.

Mondelez mempunyai pendapatan lebih daripada $35 bilion dan mempunyai lebih daripada $72 bilion aset dan turut menggaji lebih daripada 100,000 pekerja di seluruh dunia.

6. PepsiCo Inc.

Selain memiliki jenama terkenal seperti Pepsi, Mountain Dew dan Gatorade; PepsiCo juga memiliki jenama makanan seperti Tostitos, Doritos, dan Quaker. 

Tahukah anda, PepsiCo telah menggaji hampir suku juta orang di seluruh dunia? Syarikat ini juga merupakan di antara pengiklan terbesar di dunia.

7. Danone

Ditubuhkan pada tahun 1919 di Barcelona dan kini beribu pejabat di Paris. Sehingga tahun 2017, Danone telah menjana pendapatan sebanyak $27.88 bilion dan beroperasi di 120 buah negara.

Syarikat ini mungkin terkenal dengan barisan produk tenusu, terutamanya jenama Activia. Lebih separuh daripada jumlah pendapatan mereka terhasil daripada produk tenusu mereka.

8. Cargill

Cargill adalah perniagaan yang merangkumi senarai
produk dan aktiviti yang sangat banyak termasuklah makanan, pertanian dan
perkhidmatan. Syarikat yang beribu pejabat di Minnesota dikendalikan sepenuhnya
oleh keluarga Cargill dan MacMillan. 

Cargill merupakan syarikat swasta terbesar di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 150,000 pekerja yang menguruskan pelanggan di 70 buah negara.

9. Mars

Syarikat pemprosesan makanan global yang dimiliki oleh keluarga Mars yang dikenali dengan nama Mars ini ditubuhkan lebih dari satu abad yang lalu. Ia memperoleh pendapatan yang lumayan kira-kira $35 bilion pada tahun 2017.

Mars mempunyai portfolio produk yang merangkumi beberapa segmen yang pelbagai termasuklah coklat, penjagaan haiwan kesayangan, makanan, minuman dan simbiosains.

10. Tyson Foods

Tyson Foods adalah pengeluar dan pengeksport daging lembu terbesar di Amerika Syarikat dan juga yang terbesar di dunia. Dengan memiliki 111 kilang, 107 daripadanya terletak di Amerika Syarikat, produk Tyson terdiri daripada ayam, daging lembu dan makanan olahan yang diedarkan ke 130 buah negara.

Syarikat yang berpangkalan di Arkansas ini juga menggaji lebih daripada 113,000 orang yang bekerja di seluruh dunia.

Itulah dia 10 syarikat makanan terbesar di dunia yang mungkin ramai tak tahu. Mereka masih kekal relevan sehingga ke hari ini walaupun pelbagai cabaran, termasuklah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku ketika ini.  

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cbizforum.com/top-7-worlds-largest-food-beverage-companies/
  2. https://www.marketwatch.com/story/10-companies-that-control-the-worlds-food-2014-09-01
  3. https://www.tharawat-magazine.com/facts/top-10-largest-food-beverage-companies-world/



Source link