Uncategorized

10 Tips Bebas Hutang Sebelum Umur 30

10 Tips Bebas Hutang Sebelum Umur 30 1


Ramai orang meletakkan target untuk bebas hutang dan kewangan sebelum umur mencecah 50 tahun. Apa kata kita letakkan target untuk bebas hutang pada umur 30 tahun?

Bekerja keras di usia muda adalah kelebihan yang sepatutnya digunakan.

Kau punya tenaga, kau punya masa.

Jom ikuti 10 tips bebas hutang mudah dan berkesan untuk kita amalkan!

 1. Ada Matlamat Dan Objektif Yang Jelas

Semua orang yang ingin bebas hutang haruslah mempunyai objektif dan matlamat yang jelas. Matlamat ini harus anda pegang walau ke mana sekalipun supaya anda tidak salah percaturan. Letakkan dalam minda anda untuk bebas kewangan dan hutang sebelum umur 30 tahun.

Secara automatik, kita akan bertindak secara bijak dan sentiasa berfikir jalan terbaik untuk menguruskan kewangan. Buat ini terlebih dahulu sebelum kita mula bertindak.

2. Jangan Memilih Kerjaya Tetapi Pastikan Ia Terbaik

Jangan terlalu memilih kerja, tetapi pastikan kerja yang kita lakukan adalah kerjaya yang terbaik.  Terbaik daripada segi gaji dan ganjaran, supaya ia dapat membantu dalam urusan pengurusan hutang dengan mudah. 

Paling tidak, pastikan kita mempunyai pekerjaan yang tetap dan menerima gaji setiap bulan. Ingin Tukar Kerjaya? Lihat Industri Terbaik Bagi Tahun 2019 Yang Anda Boleh Ceburi.

3. Kerja Keras Lebih Daripada Biasa

Ya, memang letih untuk bekerja siang dan malam, termasuklah hujung minggu. Kerja keras tidak bermaksud kita harus berpenat sentiasa, tetapi kita juga boleh melakukan kerja sambilan di rumah seperti bisnes sendiri seperti mengambil upah melakukan kerja-kerja freelance.

Buatlah apa sahaja yang kreatif bagi menambah wang poket kita!

4. Jangan Bertangguh Untuk Membayar Hutang

Jangan sesekali bertangguh untuk membayar hutang setelah mendapat wang. Buatlah pembayaran hutang setiap bulan. Akibat daripada bertangguh membayar hutang, mungkin kita akan terguna wang tersebut dan tempoh masa bayar hutang akan menjadi lebih panjang nanti kerana hutang masih banyak.

Jangan pula pergi tambah hutang baru yang membebankan.

5. Laburkan 10% – 20% Daripada Pendapatan

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang muda adalah tidak melabur 10% sehingga 20% daripada pendapatan. Masing-masing sibuk berbelanja, malah simpanan pun tak ada.

Sebenarnya, pelaburan dapat menggandakan wang kita untuk jangka masa sederhana dan panjang. Di antara instrumen pelaburan yang popular adalah amanah saham (unit trust), hartanah dan juga pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Baca juga Anak Muda Sekarang Melabur di Pasaran Saham Patuh Syariah

6. Sentiasa Bersedekah

Macam mana pula bersedekah dapat selesaikan hutang??

Itulah formula kebebasan hutang yang sebenar dan tips bebas hutang sebelum umur 30 tahun. Jangan terlalu takutkan dunia sehingga kita abaikan akhirat.

Sedekahlah walau sedikit RM1 sekalipun kerana dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain. Tips bebas hutang ini juga bergantung kepada kekerapan kita memberi.

Pernah dengar tentang kisah Founder Nurraysa yang sanggup memberi keuntungan perniagaannya pada ibu bapanya bagi memudahkan urusan mereka? Akhirnya beliau dilimpahkan rezeki yang berganda-ganda asbab daripada sedekah yang diamalkan setiap kali mendapat jualan.

7. Hidup Bersederhana

Seterusnya, cuba jalani hidup bersederhana walaupun kita sebenarnya mampu. Kalau boleh, hidup seperti kita seorang pelajar universiti. Beli barang secara tunai dan jangan membazir.

Kesannya pasti kita akan dapat lihat pada masa hadapan.

Baca juga 7 Tips Menjadi Miskin!

8. Income Aktif Dan Pasif Dalam Genggaman

Pastikan kita mempunyai mesin jana duit secara aktif dan pasif. Active income adalah pendapatan yang kita terima di atas hasil kerja kita manakala passive income pula adalah pendapatan yang masuk tanpa kita perlu mengusahakannya selalu.

Mungkin ia adalah hasil pelaburan atau bisnes rangkaian yang membolehkan kita mendapatkan komisen, bonus dan sebagainya.

9. Jangan Sesekali Terjebak Dengan Skim Bukan-Bukan

Tolong elakkan diri daripada menyertai skim cepat kaya atau bisnes-bisnes yang memerlukan modal besar, yang kita pun tak faham sebenarnya. Lebih baik kita cari peluang perniagaan memasarkan produk seperti menjadi dropship dan sebagainya.

Baca juga 4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa.

Dan jangan pula membuat pinjaman daripada Ah Long dan lain-lain lagi untuk menyelesaikan hutang sedia ada. Ianya bakal menjerat diri sendiri nanti.

10. Buat Jadual Pembayaran

Tips bebas hutang yang terakhir adalah dengan membuat jadual pembayaran balik untuk semua hutang yang kita ada. Tulis target bulanan dan tahunan yang kita ingin bayar berdasarkan umur, supaya kita dapat lihat garis masa dan follow rapat-rapat.

Tarikh bayar, jumlah bayaran, baki tempoho dan lain-lain perlu jelas dan sentiasa dikemaskini.

Selesaikan hutang yang kecil terlebih dahulu, yang juga dikenali sebagai snowball effect. Boleh baca selanjutnya di Langsaikan Hutang Dengan Mudah Menggunakan Kaedah Debt-Snowball. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, akhirnya hutang habis juga!

Sumber Rujukan:

10 Tips Bebas Hutang Sebelum Umur 30 2

Komen

komen





Source link