Uncategorized

1,000 penari Labuan cipta rekod dalam Malaysia Book of Records

1,000 penari Labuan cipta rekod dalam Malaysia Book of Records 1



1,000 penari Labuan cipta rekod dalam Malaysia Book of Records 2

LABUAN: Labuan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila 1,000 penari tempatan mempersembahkan 60 tarian tradisional tanpa henti selama 2 jam dan 36 minit dalam persembahan Tarian Perpaduan malam tadi.

Rekod itu mengatasi rekod MBR yang dicatatkan di Miri pada 2017 dengan 41 jenis persembahan tarian.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Labuan, Mimie Duasah Selvakumar selaku pengerusi penganjur, berkata sebanyak 36 Rukun Tetangga), 27 Taska dan Tadika Perpaduan serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam mencatatkan rekod baharu itu

“Kita berterima kasih atas komitmen penuh para penari kerana dapat membantu kita dalam usaha memecahkan rekod … pada mulanya kita menyasarkan 52 jenis tarian tetapi persembahan tarian mereka di luar jangkaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha itu akan membantu mempromosikan aktiviti menari secara beramai-ramai kepada penduduk setempat.

Mimie berkata lebih 3, 500 orang turut mengambil bahagian dalam persembahan tarian terakhir.

— BERNAMA





Source link