Artikel Terkini

11 Imigran Yang Berjaya Mencipta Kekayaan Sehingga Menjadi Bilionaire Di Amerika Syarikat


Amerika Syarikat merupakan negara yang paling ramai melahirkan para bilionaire berbanding dengan negara lain di dunia. Tidak semua bilionaire yang terdapat di Amerika Syarikat adalah anak jati kelahiran negara tersebut.

Konsep The American Dream telah berjaya menarik pelbagai pihak untuk datang ke Amerika Syarikat dan membina kejayaan sehingga berjaya menjadi seorang bilionaire di negara tersebut.

Tapi kalau diikutkan, kebanyakan dari mereka datang untuk menyambung pembelajaran di peringkat universirti dan membuka syarikat di negara tersebut.

Jom kita tengok senarai imigran yang berjaya menjadi bilionaire seperti berikut:

1. Hamdi Ulukaya

Beliau merupakan rakyat Turki yang datang ke Amerika Syarikat untuk meyambung pelajaran dalam kursus Bahasa Inggeris pada tahun 1994. Beliau telah menjadi bilionaire dengan membuka syarikat membuat produk yogurt di New York.

Beliau pada mulanya menerima insiatif pinjaman sebanyak $3,000 pada tahun 2007 dan syarikatnya merupakan syarikat popular yang menyediakan yogurt greek style.

Kekayaan yang dimiliki olehnya adalah sebanyak $2.1 bilion.

2. George Soros

Siapa yang tak kenal dengan George Soros ni kan? Beliau merupakan seorang imigran yang berasal dari Hungary.

Beliau pernah hidup di zaman Nazi Jerman dan terselamat daripada dibunuh oleh tentera Nazi Jerman ketika perang dunia kedua meletus.

George Soros adalah merupakan seorang pengurus hedge fund yang terkenal didunia dengan nilai kekayaan sebanyak $8.3 bilion.

Untuk bacaan lanjut mengenai kisah Gerge Soros, jemput baca artikel George Soros, Seorang Spekulator Yang Dapat Merubah Landskap Politik Sesebuah Negara.

3. Eren Ozmen

Merupakan seorang imigran dari Turki. Beliau datang ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran pada tahun 1980-an.

Beliau menjadi seorang bilionaire melalui syarikatnya yang berkaitan dengan industri aerospace bernama Sierra Nevada Corp. Pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) telah menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh syarikatnya untuk menghantar barang ke ISS (International Space Station).

Eren Ozmen mempunyai kekayaan sebanyak $1.4 bilion.

4. Jorge Perez

Merupakan seorang imigran yang dilahirkan di Argentina. Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada lewat tahun 1960-an bersama keluarganya ke Miami.

Bapanya merupakan ahli farmasi yang yang bekerja dengan kerajaan Cuba. Beliau yang mengambil kursus hiasan dalaman di peringkat universiti sebelum menubuhkan syarikat hartanah bernama Related Group bersama rakan kongsinya yang bernama Stephen M. Ross.

Kini kekayaan yang dimiliki oleh Jorge Perez adalah sebanyak $1.9 bilion.

5. Bharat Desai

Beliau dilahirkan di Kenya dan dibesarkan di India datang berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1970-an selepas dihantar oleh Syarikat Tata untuk belajar pegaturcaraan komputer.

Bharat Desai kemudiannya telah menubuhkan syarikat perisian sendiri yang diberi nama Syntel. Ianya kemudian telah dibeli oleh syarikat dari Perancis dengan nilai sebanyak $3 bilion.

Kekayaan yang dimiliki oleh beliau kini mencecah $1.4 bilion.

6. Kavitark Ram Shriram

Merupakan salah seorang pelabur terawal ke dalam Syarikat Google. Beliau dilahirkan di India pada lewat tahun 1950-an dan pernah berkerjasama dengan Jeff Bezos pada tahun 1998 ketika Syarikat Amazon membeli syarikatnya.

Kavitark Ram Shriram terkenal sebagai pelabur yang berjaya dalam syarikat yang berasaskan teknologi. Nilai kekayaan yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak $2.2 bilion.

7. Andrew dan Peggy Cherng 

Mereka merupakan pasangan yang berasal dari China. Andrew dilahirkan di China manakala pasanganya Peggy dilahirkan di Burma dan dibesarkan di Hong Kong.

Andrew telah datang ke Amerika Syarikat pada lewat 1970-an untuk menyambung pelajarannya, begitu juga dengan Peggy. Mereka berdua merupakan graduan yang berkelulusan dalam bidang matematik.

Andrew telah membuka sebuah restoran masakan Cina pada tahun 1973 yang diberi nama Panda Express. Syarikat ini berkembangan dengan pesat dan menjadi syarikat yang menyediakan masakan Asia yang tebesar di Amerika Syarikat.

Nilai kekayaan yang diimiliki oleh pasangan Andrew dan Peggy Cherng adalah sebanyak $3.1 bilion. 

8. Jan Koum

Merupakan imigran yang berasal dari Ukraine dan beliau telah datang ke California bersama dengan ibunya.

Beliau adalah pengasas kepada sistem pemesejan yang popular iaitu WhatsApp bersama dengan beberapa orang kawannya yang pernah bekerja dengan Syarikat Yahoo.

Kini kekayaan yang dimiliki oleh Jan Koum adalah sebanyak $10.1 bilion hasil pembelian WhatsApp oleh Facebook.

Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai kisah beliau, jemput baca Kena Reject Oleh Facebook Dan Twitter, Aplikasi Ciptaannya Kemudian Dibeli Facebook Dengan Harga $19 Bilion.

9. Pierre Omidyar

Merupakan seorang imigran yang lahir di Paris. Bapanya merupakan imigran yang berasal dari Iran dan merupakan seorang doktor pakar. Beliau telah membesar di Amerika Syarikat kerana mengikuti bapanya.

Beliau mempunyai ijazah dalam bidang sains komputer, dan pada tahun 1995, Pierre Omidyar telah melancarkan laman web E-bay yang khusus kepada lelogan barang di dalam talian.

Kini nilai kekayaan yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak $12.6 bilion dan beliau masih lagi memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut.

10. Elon Musk

Seorang bilionaire yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Silikon Valley. Elon Musk merupakan CEO kepada dua syarikat berteknologi tinggi iaitu Space X dan juga Tesla.

Beliau dilahirkan di Afrika Selatan dan dibesarkan di Kanada. Pada permulaan kerjayanya sebagai seorang usahawan, beliau telah mengasaskan Syarikat Paypal dan kemudian menjualnya untuk membeli Syarikat Tesla dan kemudiannya Space X.

Kini kekayaan yang dimiliki oleh Elon Musk adalah sebanyak $20.7 bilion.

11. Sergey Brin

Merupakan imigran dari Russia yang dilahirkan ketika era Soviet Union. Bapanya merupakan profesor matematik manakala ibunya merupakan seorang pengkaji yang berkerja untuk NASA (National Aeronautics and Space Administration).

Sergey Brin merupakan pengasas bersama syarikat carian internet terbesar dunia iaitu Google. Kini jumlah kekayaan yang dimilikinya adalah sebanyak $57.5 bilion.

Sumber Rujukan:



Source link