Artikel Terkini

12 Bantuan Yang Ada Untuk Golongan B40 di Malaysia


Setelah hampir 15 tahun, had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dulunya berada di aras RM980 untuk isi rumah telah disemak semula. Berdasarkan metodologi 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengumumkan PGK yang baru dan ianya telah dinaikkan ke paras RM2,208.

Oleh itu, secara automatik ramai kini tergolong dalam golongan B40 mengikut pendapatan isi rumah. Ini berikutan perkiraan secara logik dan inflasi terkini yang berbeza taraf hidup jika dibandingkan dengan 15 tahun lepas.

Memandangkan ramai yang ‘tiba-tiba’ tergolong di dalam golongan B40 ini, mari kita lihat apakah bantuan yang anda boleh dapat:

1. Peka B40

Skim Peduli Kesihatan ini untuk golongan B40. Skim ini memberi penekanan kepada pengesanan awal penyakit yang tidak berjangkit.

Empat manfaat skim ini adalah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan inisiatif tambang pengangkutan.

Saringan kesihatan boleh dilakukan di klinik-linik terlibat tanpa dikenakan sebarang yuran. Peka B40 diuruskan oleh ProtectHealth Corporation (PH Corp) Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik kerajaan 100%.

2. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup kepadai isi rumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan sehingga RM4,000 adalah sebanyak RM500 sehingga RM1,000. Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang kecuali anak orang kelainan upaya (OKU) yang tidak ada had umur.

Individu bujang berusia sekurang-kurangnya 40 tahun dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 layak mendapat RM300.

3. Subsidi Elektrik

Peningkatan isi rumah dengan penggunaan RM20 ke bawah, kini dinaikkan kepada RM40.

4. Subsidi Minyak

Kepada pemilik kenderaan dengan kapasiti 1,500cc dan ke bawah serta pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

5. Skim MySalam

Mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara percuma kepada yang berkelayakan. Penerima terdiri daripada golongan B40 berumur di antara 18 ke 65 tahun dan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal, akan mendapat beberapa jenis bantuan seperti RM700 atau RM50 sehari terhad kepada 14 hari setahun sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital.

RM4,000 bayaran bagi penyakit kritikal dan RM8,000 bayaran khas akan diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan kelak.

6. Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM)

Kerajaan memperkenalkan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama untuk golongan yang berpendapatan rendah. Pembiayaan pembelian rumah pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Terhad kepada harga tanah sehingga RM150,000 serta kediaman di pasaran utama sahaja (rumah baru). Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun.

7. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan adalah inisiatif program bantuan daripada kerajaan terdahulu. Bantuan ini akan diberi secara automatik dengan melihat pendapatan kasar bulanan seisi rumah ibu bapa atau penjaga pelajar iaitu tidak melebihi RM3,000.

Bantuan RM100 kepada setiap seorang pelajar tahun satu sehingga tingkatan lima.

8. i-Suri KWSP

Bagi golongan suri rumah, ibu tunggal dan balu, kerajaan menyediakan sebuah insentif khas bagi yang berjaya mendaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Mereka turut menerima manfaat seperti ahli KWSP yang lain seperti simpanan persaraan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran ketika berumur 50, 55 dan 60 tahun.

9. Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL

Pas bulanan RM50 sebulan bagi perkhidmatan bas RapidKL sahaja tanpa had serta RM100 sebulan yang boleh digunakan bagi perkhidmatan bas RapidKL dan rel RapidKL tanpa had.

10. Insentif eTunai Rakyat

Salah satu usaha kerajaan menggalakkan penggunaan eTunai (eWallet). Menerusi program ini, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun akan mendapat kredit sebanyak RM30 menerusi eWallet tertentu.

11. Program Sarapan Percuma

Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan murid mendapat sarapan yang sihat dengan menyediakan makanan berkhasiat dengan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

12.Bantuan Wabak COVID-19

Berikut merupakan sebahagian daripada bantuan dan insentif kerajaan ketika wabak Covid-19 melanda dunia iaitu:

Bantuan Prihatin Nasional RM500 hingga RM1600, pengeluaran i-Lestari KWSP (terbuka kepada semua), bantuan khas NADMA, bantuan RM600 PERKESO.

Usah Bimbang, Bantuan Menanti Anda

Ini adalah beberapa bantuan yang diberi kepada golongan B40. Untuk maklumat lebih lanjut boleh bertanya terus dengan badan yang menguruskan setiap bantuan tersebut.

Ada yang bergaji B40 pada gaji hakiki tetapi berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga dan melakukan kerja part-time. Tahniah diucapkan kerana berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Terima kasih juga kepada golongan M40 dan T20 kerana mereka merupakan di antara penyumbang cukai terbanyak demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Bersama-samalah kita bantu-membantu dan kita jaga kita.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan (pelaburan, takaful dan wasiat) di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga sesi konsultansi individu.

Sumber Rujukan:



Source link