Artikel Terkini

13 Chart Pattern Yang Wajib Kita Tahu


Dalam pelaburan saham, ilmu Technical Analysis adalah ilmu penting yang dapat membantu kita membuat keputusan bila nak beli dan bila nak jual.

Ilmu mentafsir chart Candlestick juga penting, bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh baca 4 Elemen Penting Untuk Kita Membaca ‘Candlestick’ Saham. Namun Candlestick hanya menceritakan sebahagian daripada pergerakan harga saham.

Ilmu Chart Pattern katanya lebih padu. Ianya merupakan gabungan beberapa Candlestick yang akhirnya membentuk pattern yang tertentu.

Disebabkan itulah, kita kena juga ambil tahu berkenaan dengan Chart Pattern ni. Dan ini merupakan 13 Chart Pattern yang kita kena tahu kalau nak lebih ‘power’ dalam dunia pasaran saham.

Sebelum tu, baca dulu Support & Resistance Dalam Saham.

1. Pennant

Saham sedang uptrend, tetapi sideways sekejap untuk mengumpul kekuatan.

Bila fasa pengumpulan dah cukup, tenaga dah cukup, maka berlakulah breakout dan harga saham meneruskan kenaikan.

2. Cup And Handle

Ada nampak macam cawan dengan ‘telinga’ tak?

Saham baru saja meningkat naik dengan banyak dan gagal memecah Resistance. Harga saham turun sedikit apabila ramai mula menjual pegangan untuk mendapatkan keuntungan.

Tetapi selepas itu minat belian kembali sehingga mencecah paras Resistance dan tak berjaya menembusi lalu turun semula.

Kali ketiga harga saham naik dengan volume yang cukup untuk membuat Breakout dan saham pun terus ‘terbang’.

3. Ascending Triangle

Hampir sama macam Pennant, tapi harga saham beberapa kali mencuba tapi tak berjaya melepasi tahap Resistance.

Setelah beberapa kali turun naik dalam julat yang kecil, akhirnya harga saham pun membuat Breakout apabila disertai dengan volume yang mencukupi.

4. Triple Bottom

Harga saham sedang downtrend namun telah menjumpai support yang kuat.

Tiga kali juga harga saham mencecah paras Support dan naik semula ke paras Resistance dan turun semula ke Support.

Akhirnya harga saham pun Breakout menandakan Trend Reversal atau pertukaran trend daripada downtrend kepada uptrend.

5. Descending Triangle

Harga saham sedang downtrend dan telah menjumpai Support yang kuat.

Beberapa kali juga tekanan jualan berlaku namun Support terus bertahan.

Namun, Support pecah juga akhirnya dan saham Breakout ke bawah meneruskan aliran downtrend.

6. Inverse Head And Shoulders

Saham sedang downtrend dan baru pecah Support.

Kini Support menjadi Resistance baru dan harga saham beberapa kali cuba untuk melonjak naik.

Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya saham membuat Reversal apabila berjaya membuat Breakout dan memecahkan Resistance.

Kini saham dalam aliran uptrend dan Resistance sebelum ini kini bertukar menjadi Support.

7. Bullish Symmetric Triangle

Lebih kurang sama macam #1 Pennant dan #3 Ascending Triangle, Bullish Symmetric Triangle ini berlaku apabila fasa pengumpulan mencapai kemuncaknya.

Dengan volume yang mencukupi, harga saham telah berjaya memecahkan segitiga dan meneruskan aliran uptrend.

8. Rounding Bottom

Saham yang sedang downtrend dan baru saja memecahkan Support.

Kalau dilihat dengan lebih dekat, kelihatan harga saham membentuk huruf ‘U’ apabila mencecah Support baru dan melantun ke paras Resistance.

Seterusnya harga telah memecahkan Resistance menandakan Trend Reversal telah berlaku dan kini berubah menjadi uptrend.

9. Flag Continuation

Ada nampak seperti bendera tak?

Harga saham sedang uptrend namun turun buat seketika apabila ramai pelabur menjual untuk mendapatkan profit.

Apabila pembeli telah berjaya menyerap tekanan jualan, maka kini lebih ramai pembeli telah muncul.

Akhirnya harga saham membuat Breakout daripada ‘bendera’ tersebut dan meneruskan aliran uptrend.

10. Double Top

Saham yang sedang uptrend dan baru saja memecahkan Resistance.

Saham yang cuba untuk meneruskan kenaikan, namun tak berjaya untuk melepasi paras Resistance yang baru.

Disebabkan tekanan jualan oleh pelabur yang menjual untuk mendapatkan keuntungan, harga saham telah turun semula dan memecahkan Support yang sebelum ini merupakan Resistance.

Maka harga saham yang dulunya sedang uptrend, kini bertukar menjadi downtrend.

11. Bearish Symmetric Triangle

Saham yang sedang downtrend kelihatan melantun naik semula apabila mencecah paras Support.

Beberapa kali harga saham cuba untuk ‘melawan arus’ namun gagal untuk membuat reversal.

Akhirnya harga saham jatuh dan memecahkan Support untuk meneruskan downtrend yang terhenti buat seketika tadi.

12. Falling Wedge

Saham yang sedang uptrend telah menemui Resistance baru dan gagal melepasinya.

Harga saham turun sedikit apabila ramai yang menjual, namun percubaan untuk naik semula telah gagal beberapa kali.

Beberapa kali harga saham cuba untuk bangkit, dan akhirnya saham pun Breakout apabila melepasi ‘Falling Wedge’ tersebut dan kembali meneruskan aliran uptrend.

13. Head And Shoulders Top

Nampak seperti kepala dengan bahu kiri dan bahu kanan tak?

Kelihatan saham membentuk bahu kiri diikuti dengan kepala dan kemudiannya bahu kanan.

Apabila harga saham sedang uptrend namun tak berjaya meneruskan kenaikan, harganya turun beberapa kali ke paras Resistance yang juga dikenali sebagai Neckline.

Namun tekanan jualan dengan volume telah berlaku mengakibatkan harga saham Breakout ke bawah, menandakan Trend Reversal telah berlaku dan saham kini sedang membuat downtrend.

Sumber Rujukan: https://optionalpha.com/13-stock-chart-patterns-that-you-cant-afford-to-forget-10585.html



Source link