Uncategorized

14 Nasihat Daripada Lagenda Wall Street, Sir John Templeton


Sebelum ini kita ada kongsikan berkenaan Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton. Beliau yang gemar mengembara, membolehkan Sir John mempunyai perspektif global dalam dunia saham.

Jika anda sudah membaca kisah hidup beliau sebelum ini, sememangnya sangat sesuai jika kita teruskan dengan perkongsian nasihat daripada beliau. Diharapkan ia dapat membantu kita dalam memantapkan diri agar menjadi seorang pelabur tersohor.

1. Ketahui hakikat sebenar pulangan pelaburan (Real Return)

Laburlah sebaik mungkin, dan pastikan kita tahu sejauh mana keuntungan daripada pelaburan selepas ditolak cukai dan inflasi. Jika kita seorang pelabur jangka masa panjang, ianya merupakan perkara yang sangat penting untuk kita fahami.

2. Melabur dan bukannya berspekulasi (Speculate)

Jangan melakukan perdagangan dan spekulasi dalam saham. Dunia saham bukannya kasino di mana orang selalu rugi secara sengaja atau pun tidak. Saya suka mengingatkan kata-kata bijaksana daripada Lucien O. Hooper juga lagenda di Wall Street yang mengagumkan saya, bahawa:

“Is how much better the relaxed, long-term owners of stock are with their portfolios than the traders with their switching of inventory. The relaxed investor is usually better informed and more understanding of essential values, more patient and less emotional, pays smaller annual capital gains taxes, and does not incur unnecessary brokerage commissions.”

3. Jadilah Fleksibel

Sentiasa fleksibel dan berfikiran terbuka tentang pelaburan yang pelbagai. Ada masanya kita perlu beli saham Blue Chip, ada masa kita beli saham saiz kecil atau sederhana dan sebagainya. Ini kerana setiap saham syarikat mempunyai kitaran tersendiri, dan ada masanya kita kena keluar daripada dunia pelaburan.

Untuk tidak menekan butang Buy dan mengosongkan Portfolio juga perlu kadang-kadang.

4. Pendekatan atau cara seorang Contrarian (Buy Low, Sell High)

Semestinya ia satu benda yang sangat sukar, apabila kita melawan arah pelaburan kebanyakan pelabur lain. Tetapi jika kita sentiasa ikut cara orang ramai melabur, keputusan kita juga akan sama seperti mereka.

Mengulangi semula ayat-ayat mentor saya Benjamin Graham, ‘Buy when most people including experts are overly pessimistic, and sell when they are actively optimistic.’

5. Belilah saham yang berkualiti

Apabila membeli saham, cari saham yang sangat berkualiti tetapi berada di paras harga yang paling rendah. Saham berkualiti boleh diukur dengan syarikat yang betul-betul kukuh dan mendahului syarikat lain dalam kategori syarikat yang tengah membangun.

Saham syarikat yang mendahului syarikat lain daripada segi teknologi. Kualiti saham syarikat yang mempunyai team yang betul-betul kukuh dibuktikan dengan track record. Saham berkualiti yang dijana berdasarkan kos yang rendah. Saham berkualiti yang pertama kali berada di dalam pasaran. Saham berkualiti yang mana akan di ketahui jenamanya secara meluas.

6. Belajar teknik Value Investing

Belilah pada nilai, bukanya disebabkan trend pasaran atau pun disebabkan tinjauan ekonomi. Pelabur yang bijak, mereka tahu saham yang mana betul-betul mempunyai nilai dan sedang berada di bawah nilai.

7. Kepelbagaian (Diversify)

Pelbagaikan pelaburan anda. Sentiasa amalkan kepelbagaian dalam pelaburan saham, terutamanya dalam industri yang berbeza-beza. Sebagai contoh, jika kita melabur kesemuanya dalam industri pembinaan, jika ditakdirkan semua projek dihentikan – maka menjunamlah semua saham syarikat pembinaan.

Begitu juga halnya dengan selsema burung, jika ianya berlaku; maka saham-saham ayam dan telur ayam pastinya terjejas teruk.

Sebab itulah pentingnya untuk kita mempelbagaikan pegangan saham kita.

8. Lakukan kajian yang mendalam

Kajilah sebelum melabur. Pelajari syarikat tersebut untuk menilai sejauh mana mereka boleh berjaya, dan apakah perancangan mereka pada masa akan datang.

9. Sentiasa pantau pelaburan

Sentiasa buat jangkaan dan tindak balas berdasarkan pemantauan anda. Ini kerana pasaran Bull dan Bear Market sering bertukar-tukar tempat. Ada pasang surutnya. Ada juga saham yang kita boleh ‘long’, dan ada juga saham yang kita boleh ‘short’.

10. Jangan panik

Adakalanya kita akan berhadapan dengan keadaan kejatuhan pasaran (Market crash). Jika ianya berlaku, jangan terlalu panik sehingga terus menjual semua saham dalam portfolio.

Kita sepatutnya menjual pegangan saham sebelum berlakunya kejatuhan, dan bukannya selepas kejatuhan.

11. Belajar daripada kesilapan

Cara terbaik untuk tidak melakukan kesilapan adalah dengan tidak melabur. Jika kita tidak mampu untuk menerima kesilapan, kita tidak layak untuk bergelar sebagai seorang pelabur. Tidak mempelajari daripada kesilapan akan meningkatkan risiko untuk kita rugi dengan lebih besar lagi.

Jadikan kesilapan sebagai satu pelajaran, agar kita lebih matang dalam membuat keputusan.

12. Berdoa

Sebelum saya memulakakan apa-apa aktiviti, saya akan berdoa dengan orang di sekeliling saya. Jika kita memulakan sesuatu dengan doa, kita akan lebih berfikiran waras dan terbuka.

Namun saya berdoa kepada Tuhan bukannya meminta untuk ditunjukkan jalan pelaburan, tetapi saya meminta untuk dikurniakan hati yang tenang.

13. Sentiasa merendah diri

Walaupun saya dapat menjangkakan perubahan dalam dunia pelaburan, tetapi saya sentiasa merendahkan diri ketika melontarkan pandangan. Masih terdapat risiko untuk kita melakukan kesilapan.

14. Bersikap positif

Jangan terlalu takut dan sentiasa berasa negatif terhadap pasaran. Walaupun adakalanya kejatuhan berlaku, tetapi sejarah sudah membuktikan bahawa pasaran saham akan mengalami peningkatan yang lebih banyak lagi selepas berlakunya kejatuhan, semuanya disebabkan oleh kebangkitan dan rangsangan ekonomi.

Namun jangan lupa untuk sentiasa amalkan ‘Buy low sell high’.

Memang sungguh berharga sekali pesanan dan nasihat daripada ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton ini.

Komen

komen





Source link