Artikel Terkini

17 Kesilapan Biasa Yang Sering Dilakukan Oleh Pelabur Saham


Pepatah yang popular yang selalu kita dengar dalam pelaburan saham adalah untung itu tidak pasti tetapi rugi adalah pasti. Rugi bukanlah tanda kita gagal. The more you learn the more you earn.

Untuk menjadi pelabur yang berjaya dalam pasaran saham, kita mestilah sedaya upaya mengelakkan kesilapan-kesilapan yang telah biasa dibuat.

Kesilapan ini adalah yang sering dilakukan oleh pelabur runcit terutamanya pelabur yang baru nak kenal dunia pelaburan saham.

Jom kita sama-sama belajar kesilapan yang biasa dilakukan dalam pelaburan saham seperti di bawah:

#1 – Kesilapan yang pertama adalah hanya membeli saham syarikat yang kita kenal. Ini adalah kesilapan yang biasa.

Pelabur baru kebiasaannya akan main beli saja saham syarikat yang mereka kenal tanpa melihat kedudukan kewangan syarikat.

Baca: Apakah Maksud Pendekatan Top-Down dan Bottom-Up Dalam Analisa Fundamental, Dan Perbezaan Di Antara Keduanya?

#2 – Kesilapan kedua adalah hanya membeli brand kita suka. Mereka lebih cenderung untuk melihat brand / produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

Produk dan syarikat yang bagus adalah dua benda yang berbeza. Tidak semestinya produk yang bagus dihasilkan oleh sesebuah syarikat itu menandakan saham mereka juga bagus di pasaran.

#3 – Kesilapan ketiga adalah membeli saham syarikat yang dipercayai akan memberi pulangan yang lumayan. Kita percaya bahawa sekiranya syarikat itu terkenal atau popular saham syarikat itu mesti power.

Kadang kala syarikat yang popular ini sebenarnya tidak mempunyai apa-apa selain daripada publisiti media.

#4 – Kesilapan keempat adalah melabur dalam satu atau pun dua syarikat sahaja. Tindakan ini adalah berbahaya kerana sekiranya syarikat tersebut mengalami kerugian, ia juga akan mempengaruhi portfolio pelaburan kita.

Kita juga perlu melabur dalam industri yang berbeza kerana kita tidak tahu industri yang mana akan memberi pulangan yang lebih nanti.

Baca: Bina Portfolio Pelaburan Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini

#5- Kesilapan kelima adalah kita tidak membahagikan duit pelaburan kita dengan baik. Kita perlu meletakkan sejumlah wang yang hampir sama ataupun lebih kepada portfolio yang kita rasakan akan memberi pulangan yang lumayan.

#6- Kesilapan yang keenam pula adalah tidak melabur kembali dividen yang kita perolehi. Yang tak perasan dapat dividen pun ramai juga. Jadi macam mana nak merasa kesan compound interest pada masa akan datang?

#7 – Kesilapan ketujuh adalah kita suka mengejar saham syarikat yang mana memberi pulangan yang lumayan pada suku tahun pembentangan kewangan syarikat tanpa melihat faktor lain.

#8 – Kesilapan yang kelapan adalah kita cuba meramal apa yang akan berlaku dalam pasaran pada masa akan datang. Meramal keadaan ekonomi juga merupakan salah satu strategi dalam saham tetapi ia sangat sukar untuk dijangka.

Berbeza dengan trader saham kerana mereka membuat duit melalui kebarangkalian berdasarkan data-data lepas dan pergerakan harga.

#9 – Kesilapan yang kesembilan adalah terlalu takut pasaran saham akan crash. Jika kita terlalu takut untuk melabur kerana berfikiran bahawa pasaran saham akan crash, kita sebenarnya tidak layak untuk melabur dalam pasaran saham.

Kejatuhan pasaran saham adalah benda yang normal dan bukan setiap tahun berlaku.

Baca: Black Monday – Market Crash Terburuk Dalam Pasaran Saham

#10 – Kesilapan yang kesepuluh adalah memegang sesuatu saham itu dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Kita bukan seorang trader yang mempunyai sejumlah wang yang besar dan objektif yang berbeza.

Tidak perlu ikut seperti mereka. Kita hanya perlu melabur duit itu untuk tempoh satu jangka masa yang panjang supaya duit itu berkembang.

#11 – Kesilapan yang kesebelas adalah kita terlalu kerap membelek portfolio pelaburan kita. Takut-takut kita akan membuat keputusan yang salah sekiranya emosi kita terganggu.

Perkara ini adalah normal sekiranya kita terlalu kerap melihat jatuh dan naik harga saham yang kita pegang.

Baca: Anda Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Pun Saham

#12 – Kesilapan yang kedua belas adalah kita terlalu mempercayai apa yang dibawa oleh media terutamanya media arus perdana. Media memainkan peranan penting dalam pelaburan saham tetapi kebanyakkan apa yang media telah umumkan itu adalah waktu kemuncak bagi pelabur-pelabur yang besar seperti hedge fund untuk menjual saham mereka.

#13 – Faktor yang ketiga belas adalah kita tidak sabar. Kalau boleh bila beli saham hari ini, esok nak terus untung.

#14 – Kesilapan yang keempat belas pula adalah kita terlalu risau. Kerisauan itu akan mengganggu kita terutamanya pada waktu tidur kerana kita tidak mahu rugi.

Lebih–lebih lagi, jika kita melabur dengan jumlah yang banyak dengan harapan ia akan berganda. Situasi ini akan menganggu fikiran dan emosi kita.

#15 – Kesilapan yang kelima belas pula adalah kita terlalu tamak. Kebanyakan pelabur yang terlalu tamak akan berkesudahan dengan kerugian yang besar.

Ini tidak bermakna kita tidak boleh mengambil keuntungan tetapi kita perlu ada rancangan yang jelas berapa keuntungan yang kita mahu capai.

#16 – Kesilapan yang keenam belas pula adalah menganggap saham syarikat yang murah adalah tidak bagus. Pelabur baru tidak tahu yang nilai sesuatu syarikat itu tidak hanya bergantung kepada harga yang ditawarkan.

#17 – Kesilapan yang ketujuh belas satu pula adalah tersilap menggunakan konsep beli dan pegang saham yang dikatakan akan menjadi saham blue chip pada masa hadapan.

Jika kita mengkaji nilai saham syarikat tertentu dengan ilmu yang kita ada, jika kita merasakan syarikat itu tidak memberi performance yang bagus, kita perlu menjual dan cari saham yang lebih baik.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana pelabur-pelabur baru akan mengalami kerugian. Semoga belajar sesuatu dan dapat pulangan yang semaksima mungkin dalam pasaran saham!

Baca juga 5 Tips Kepada Pelabur Saham Baru Nak ‘Up’

Gunalah Screener Untuk Cari Saham-Saham Berpotensi

Ada orang free pagi, trade saham belah pagi.
Ada orang free petang, trade saham belah petang.
Bila kita sibuk dengan urusan harian, boleh duduk tepi minum kopi dulu.

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

Kenapa perlu guna benda ni? Ilmu teknikal dah ada, cuma kami tak ada masa nak tengok lama-lama depan komputer untuk cari saham yang ada buy signal.

Berapa Harga SpeedSaham?

  • Buat masa ini RM400 untuk langganan SpeedSaham selama setahun. (Kalau rasa dah power dan tak perlu sesi previu, boleh pilih yang ini)
  • RM799 pula untuk langganan SpeedSaham selama setahun + BONUS sesi separuh hari bersama founder SpeedSaham untuk dapatkan teknik penggunaan dan pengalaman peribadi beliau.

Ada Trial?

Alhamdulillah ada, jemput datang ke sesi previu kami, dan trial 7 hari akan diberikan. InshaAllah semoga lebih ramai dapat menjana pulangan yang baik di pasaran saham patuh shariah.

Berminat Nak Langgan SpeedSaham?

This image has an empty alt attribute; its file name is speedsaham-logo-800-298x300.jpg

Klik http://bit.ly/LanggananSpeedSaham untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.



Source link