Uncategorized

19 Cara Mintak Diskaun Untuk Beli Ruamh Sub-Sale

19 Cara Mintak Diskaun Untuk Beli Ruamh Sub-Sale 1


Ramai orang takut nak beli rumah sub-sale sebab khuatir ditipu ajen. Tapi masalah itu boleh diatasi. Nak tahu macam mana? perlu ikut 21 tip elak ditipu ejen yang pernah disiarkan impiana [klik sini]

Selain daripada itu, ada beberapa faktor yang juga wajib anda lihat. Terutamanya dari segi kondisi kediaman. Kalau tak dilihat, kelak dah beli baru lah tahu macam-macam masalah. Masa tu lah baru nak menyesal. Sebab tu pentingnya Pemeriksaan Hartanah (Site Viewing). Kalau anda kurang pasti, boleh ajak orang yang mahir untuk tengok sekali.

Pemerhatian anda terhadap kediaman bukan sekadar menjamin hak anda sebagai bakal pemilik, malah ciri-ciri ini juga yang akan menyebabkan ANDA BERHAK MENUNTUT DISKAUN ATAU POTONGAN HARGA daripada pemilik. Antara perkara yang perlu anda perhatikan adalah:

Dalaman Rumah

1. Periksa semua suis lampu dan kipas. Point elektrik kalau boleh cubalah periksa sama ada berfungsi atau tidak.

2. Periksa air. Adakah ia keruh. Aliran air perlahan atau laju.

3. Tandas. Mangkuk tandas tak tersumbat. Boleh flush.

4. Leasehold atau freehold. Jika leasehold, tengok berapa tahun tinggal.

5. Maintenance fees berapa. Kena buat anggaran.

6. Sebarang jenis hutang, bil air dan elektrik yang tertunggak.

7. Tombol pintu. Banyak rosak atau tak.

19 Cara Mintak Diskaun Untuk Beli Ruamh Sub-Sale 2

8. Air sinki dapur tak tersumbat.

9. Dinding retak. Ambil gambar sebagai bukti.

10. Keadaan cat. Baru atau lama. Dinding penuh dengan contengan perlu ambil kira.

11. Periksa tiles dan lantai ada retak atau pecah.

12. Kebocoran di bahagian dinding. Kebocoran jenis ini menelan kos baik pulih yang tinggi. Ambil gambar sebagai bukti.

19 Cara Mintak Diskaun Untuk Beli Ruamh Sub-Sale 3

Luaran Rumah

1. Kawasan sekitar. Kalau berdekatan dengan kawasan perkuburan ke, memang penyewa penakut atau gegadis tak nak.

2. Jalan. Adakah jalan sesak atau tak. Kalau sesak, penduduk ramai. Jadi, peluang nak dapatkan penyewa dengan cepat lebih cerah.

3. Tangga. Kalau tangga kotor, pengurusan memang kelaut.

4. Parkir. Ada ruangan parkir.

5. Kejiranan. Ini penting. Kalau majoriti kaum lain, fikirkan balik.

6. Berdekatan dengan sekolah, hospital, ataupun bangunan kerajaan dan sebagainya.

7. Kemudahan berhampiran, masjid, kedai makan, pasar raya dan sebagainya.

19 Cara Mintak Diskaun Untuk Beli Ruamh Sub-Sale 4

Sumber: Amir Syahir 

Komen anda





Source link