Artikel Terkini

2 Cara Cepat “Defrost” Daging Atau Ayam Tak Sampai 15 Minit Yang Ramai Tak Tahu

169353 07 03 208840 - 2 Cara Cepat "Defrost" Daging Atau Ayam Tak Sampai 15 Minit Yang Ramai Tak Tahu


defrost-daging
defrost-daging

Nak masak ikan, ayam mahupun daging yang telah dibekukan, esti anda perlu letak bahan tersebut pada suhu bilik untuk tempoh 1 jam dan mungkin lebih. Tapi, macam mana pula kalau anda lupa nak keluarkan? Kebiasaannya, mak-mak akan merendam bahan sejuk beku tersebut di dalam air atau menggunakan microwave. Tahu tak, ia akan menjejaskan tekstur dan kandungan khasiat yang terdapat di dalam makanan.

Ada dua cara yang paling mudah dan cepat sebenarnya untuk defrost makanan sejuk beku seperti ikan, ayam dan daging. Hanya 5-15 minit sahaja masa yang diperlukan.

GUNA PERIUK

Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terlangkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.

169352 07 01 470231 - 2 Cara Cepat "Defrost" Daging Atau Ayam Tak Sampai 15 Minit Yang Ramai Tak Tahu

GUNA CUKA MAKAN

Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu menurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.

169354 07 05 421478 - 2 Cara Cepat "Defrost" Daging Atau Ayam Tak Sampai 15 Minit Yang Ramai Tak Tahu



Source link