Uncategorized

2 Kaedah Mudah Musnahkan Lipas Tanpa Guna Racun

2 Kaedah Mudah Musnahkan Lipas Tanpa Guna Racun 1


Bagi kediaman yang mempunyai kelembapan yang tinggi di tambah tersedianya ruang gelap sentiasa menajdi pilihan sebagai habitat serangga perosak utama di dalam kediaman iaitu lipas. Terdpat pelbagai produk pemusnah dan pencegah lipas di pasaran. Namun, kebanyakkanya mempunyai kandungan kimia yang akan memudaratkan kesihatan jika berlaku sedikit kecuaian

Bagi mengatasi ancaman tersebut, apa kata anda gunakan beberapa kaedah lain yang lebih selamat dan efektif untuk mencegah dan memusnahkan liaps yang bertapa di dalam kediaman anda.

1. DIFFUSE MINYAK PATI
Antara aroma minyak pati yang tidak digemari oleh lipas adalah seperti peppermint, lavender, eucalyptus dan tee tree. Sebaiknya, diffuse sekurang-kurnagnya seminggu sekali untuk memastikan kaedah pembasmian yang digunakan efektif. Jika anda tidak mempunyai diffuser, letakkan beberapa titis minyak pati pada tisu dan letakkan di kawasan yang menjadi target atau laluan lipas
2 Kaedah Mudah Musnahkan Lipas Tanpa Guna Racun 2

2. CAMPURAN SERBUK PENAIK DAN GULA
Campur satu bahagian serbuk penaik bersama 2 bahagian gula. kacau rata dan letakkan di kawasan laluan lipas. Canpuran ini akan membunuh lipas secara senyap. Gula yang digunakan berupaya menarik minat lipas. Manakala, baking soda yang digaul bersama akan merosakkan sistem tubuh lipas yang telah memakannya
2 Kaedah Mudah Musnahkan Lipas Tanpa Guna Racun 3

Komen anda





Source link