Uncategorized

2 kisah yang buat anda berfikir panjang pasal kewangan selepas pencen


Adakah mengekalkan rumah selepas pencen satu tindakan yang bijak?

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang bagus untuk dimiliki sepanjang tempoh hidup kita (ini adalah fakta).

GH Masterclass

Tapi kalau silap langkah, tak perlu hairan kalau ia makan diri kita sendiri.

Ada banyak kes yang tak sedap kita dengar melibatkan golongan yang dah pencen.

Ini ada satu kisah yang bakal Tok kongsikan. Kita boleh banyak belajar berkenaan perkara ini.

Neal Frankle ceritakan kisah Patty Rich ini supaya kita semua boleh belajar sesuatu tentang pelaburan hartanah.

Patty Rich berumur 65 tahun dan baru sahaja pencen.

Beliau ada sebuah aset iaitu rumah yang dah habis dibayar (hutang bank dah selesai).

Pendapatan bulanan Patty (selepas pencen) 100% bergantung kepada pencen dan sekuriti sosial (social security) semata-mata.

Rumah Patty (yang dah habis bayar hutang bank) masih memaksa beliau keluarkan duit untuk kos insuran, penyelenggaraan, pembetulan, dan cukai.

Patty mempunyai pendapatan sebanyak $1,800, selepas tolak semua kos yang perlu beliau bayar setiap bulan.

Kali ini, kita lihat dan kaji pula jiran Patty yang bernama Ann.

Situasi Ann sama seperti Patty.

Cuma, beliau jual rumah yang dah habis bayar hutang bank dan duduk menyewa di rumah lain (yang beliau duduk sekarang).

Dalam kes beliau, Ann perlu bayar kadar sewa yang tinggi, berbanding kos yang perlu Patty keluarkan untuk selenggara rumah beliau.

Tapi, ada beza yang besar disini.

Pendapatan Ann 50% lebih tinggi daripada Patty. Beliau ada pendapatan bulanan berjumlah $2,667.

Sebabnya? Ann buat pelaburan yang bantu naikkan pendapatan bulanan beliau, yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang perlu beliau bayar setiap bulan.

Sebab ini, Ann boleh keluar melancong ke mana-mana destinasi yang beliau sukai setiap tahun.

Malangnya, Patty tak ada peluang untuk bergembira seperti Ann. Memandangkan pendapatan beliau tak sebanyak Ann.

Tak apa. Ann akan hantar poskad di setiap destinasi pelancongan yang beliau pergi kepada Patty.

Bukan. Tok tak maksudkan macam itu.

Macam yang Tok cakap tadi. Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik yang boleh dibuat oleh semua orang.

Untuk keluarga yang baru dan masih muda, ia boleh jadi kenderaan pelaburan yang baik. Ia memaksa kita untuk menyimpan duit, dan lebarkan potensi hartanah yang kita miliki itu meningkat naik daripada sudut nilai.

Isu utama di sini adalah, ia bergantung kepada situasi kehidupan seseorang itu.

Ada masa, kita boleh letak sepenuh fokus untuk tinggikan nilai hartanah.

Ada masa lain pula, pendapatan bulanan akan menjadi fokus utama kita (lagi-lagi selepas kita dah pencen, atau dah tak bekerja).

Jika ada banyak simpanan selepas pencen, mungkin masalah ini tak jadi isu utama dalam hidup kita.

Kita bebas nak pilih sama ada hendak menyewa, atau beli hartanah mengikut kemampuan kita waktu itu.

Mari kita cuba menilai balik situasi Patty. Beliau dah selesai bayar hutang rumah.

Tapi, beliau tak ada duit yang cukup untuk menikmati kehidupan selepas pencen seperti Ann.

Patty terpaksa bayar kos untuk penyelenggaraan dan sekuriti rumah, pembaikian, cukai, insurans, dan lain-lain. Senarai kos ini ada kemungkinan boleh bertambah dengan banyak lagi.

Jika memiliki rumah boleh buatkan Patty lebih gembira berbanding buat aktiviti lain selepas pencen, ia tak jadi masalah kepada beliau.

Tapi jika Patty nak kehidupan selepas pencen seperti Ann, rumah yang beliau miliki mungkin jadi beban berbanding berikan manfaat ke dalam hidup beliau.

Kita semua ada hak mutlak dalam membuat keputusan dan memilih kehidupan yang kita mahukan.

Namun, ia bergantung kepada matlamat kita sendiri. Selagi pilihan itu tak menyusahkan diri sendiri, Tok tak rasa ia patut dihalang. Yang terbaik kita boleh buat, adalah dengan ambil kira setiap inci perkara yang akan beri kesan kepada kehidupan kita.

Kalau korang, nak kehidupan selepas pencen yang mana satu? Boleh kongsikan pandangan korang di bahagian komen?



Source link