Artikel Terkini

24 Idea Perniagaan Yang Berpotensi Bernilai Jutaan Ringgit


Dengan kemajuan internet, semakin ramai orang pilih untuk berniaga. Kita sekarang boleh berniaga di mana saja (dengan syarat kena ada internet), yang mampu untuk menjana jutaan ringgit setiap tahun.

Memang benar teknologi telah membolehkan ramai untuk memulakan perniagaan, namun masih banyak masalah yang tunggu untuk diselesaikan. Tak tahu nak mula dekat mana, jom kita tengok 24 idea perniagaan berikut

1. Pencipta Sambungan Gmail

Kebanyakan perniagaan moden menggunakan emel untuk menjalankan kerja seharian. Banyak peluang untuk menggunakan sambungan Gmail untuk mengautomasikan aliran kerja bagi menjimatkan masa dan duit.

2. Juru Gambar/Video Dron

Kemajuan dalam teknologi penerbangan telah menjadikan penerbangan dron di atas bangunan dan landskap yang cantik sangat mudah. Industri hartanah komersial dan kediaman sangat memerlukan juru gambar atau video yang mahir menggunakan dron bagi berkhidmat kepada ejen dan pemaju hartanah.

3. Pembangun Chatbot FAQ

Syarikat biasanya menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari untuk menjawab soalan daripada orang ramai. Bantu mereka automasikan proses ini dengan menggunakan chatbot yang boleh menjawab soalan yang sering ditanya pelanggan.

4. Pemilik Perniagaan Dropship

Kini kita boleh mula berniaga tanpa modal dan tanpa memegang sebarang stok. Amalan ini yang juga dikenali sebagai dropship, menawarkan peluang yang besar jika kita berjaya mendominasi niche yang betul.

5. Pembangunan Kursus Online

Jika kita tahu sesebuah industri dengan mendalam, kita boleh hasilkan dan jual kursus online yang mengajar orang ramai mendalami ilmu tersebut. Sebagai contoh kita pandai buat website, sekarang kita boleh jual kursus membuat website dalam bentuk video atau e-book.

6. Pengurus Media Sosial

Kita boleh mengurus akaun media sosial bagi beberapa buah syarikat, jika kita pandai untuk memasarkan diri dan kebolehan kita. Iklankan kemampuan kita untuk meningkatkan jualan dengan kepakaran kita untuk mengurus pelbagai medium media sosial yang ada.

7. Social Influencer

Di zaman internet ini, sesiapa saja boleh jadi terkenal atau seorang selebriti internet. Dengan adanya pengaruh dan pengikut yang ramai, kita boleh jana pendapatan dengan mengiklankan produk atau perkhidmatan diri sendiri atau orang lain.

8. Rakan Pemasaran Affiliate

Pemasaran affiliate adalah sejenis perkongsian yang membolehkan seorang blogger atau pemasar digital dengan sesebuah organisasi atau peruncit. Biasanya organisasi atau peruncit atau tersebut akan membayar komisyen bagi setiap jualan yang direkemen oleh blogger atau pemasar digital tersebut.

9. Perancang Dan Promoter Acara

Restoran, kelab atau acara yang diadakan secara fizikal berdepan dengan masalah untuk membuatkan pelanggan datang ke tempat mereka. Gunakan kepakaran kita sebagai orang pemasar digital untuk tarik minat pelanggan untuk pergi ke lokasi, dan kita akan dibayar untuk perkhidmatan tersebut.

10. Pelabur Hartanah

Dalam apa jua pasaran, akan ada peluang untuk membeli dan menjual hartanah bagi menghasilkan keuntungan. Dengan sedikit modal, kita boleh mengambil risiko dengan aset kira, dan menjadikan hartanah komersial dan kediaman sebagai pelaburan jangka masa panjang. Pastikan kita membuat kajian sebelum bermula.

11. Ghostwriter

Juga dikenali sebagai penulis hantu, kita boleh gunakan kelebihan kita untuk menulis dengan baik dan cepat. Boleh guna platform seperti Upwork dan Freelancer.com untuk mencari pelanggan. Selagi kita menghasilkan kerja yang konsisten dan berkualiti, pastinya perniagaan kita akan berkembang maju.

12. Perterjemah Kandungan

Pakar dalam bahasa lain sangat bernilai, terutamanya kepada mereka yang ingin laman web mereka diterjemah. Boleh buat laman web yang mudah, dan kenakan bayaran untuk perkhidmatan untuk menterjemah laman web, dokumen dan sebagainya.

13. Flipper Laman Web

Mesti kita ingan istilah flipping cuma terkenal dalam industri hartanah, laman web pun ada ramai flipper juga. Dengan menggunakan platform Flippa atau mana-mana pasaran perniagaan atas talian, kita boleh jual beli projek, domain dan juga laman web. Jika kita mahir, kita boleh jana keuntungan hanya dengan pelaburan yang kecil.

14. Penulis Surat Berita (Newsletter)

Dengan membangunkan surat berita dengan ramai pengikut yang aktif, pihak pengiklan sanggup bayar mahal untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di khalayak ramai yang betul. Mula dengan niche yang kecil yang kita boleh menambah nilai pelanggan, ianya pasti akan berkembang dalam jangka masa panjang.

15. Pereka Bentuk Freelance

Belajar untuk menggunakan Photoshop atau lain-lain perisian untuk membuat reka bentuk yang menarik, dan kita boleh mengenakan bayaran kepada pelanggan. Sebagai seorang freelancer, kita boleh kerja ikut masa sendiri dan tentukan perkembangan perniagaan sendiri. Nak lagi banyak duit, ambil lagi ramai pelanggan selagi kita termampu.

16. Jurulatih Peribadi

Mereka yang mempunyai badan sado dan gemar menjalani kehidupan yang sihat, maka boleh pertimbangkan untuk menjadi seorang jurulatih peribadi. Akan sentiasa ada orang yang ingin mendapatkan badan yang diidamkan, dan seseorang yang boleh membimbing mereka ke jalan yang betul.

17. Craigslist Flipper

Kalau di Malaysia mungkin Craigslist tak berapa popular, namun kita boleh gunakan platform seperti Mudah atau Carousell untuk membeli sesuatu yang mungkin dianggap barang lusuh atau tidak bernilai oleh sesetengah pihak, namun boleh dijadikan barangan vintage dan boleh dijual pada harga yang tinggi kepada pihak yang lain pula.

18. Penjual Barangan Petani

Kalau kita kenal sesiapa petani di kawasan kita, boleh hubungi mereka untuk bantu mereka jual barangan hasil mereka di pasar-pasar awam. Daripada membayar untuk mendapatkan barangan mereka, boleh juga bekerjasama dengan mereka tanpa modal dan memperolehi komisyen bagi setiap jualan.

19. Perunding Iklan Yang Berbayar

Kebanyakan perniagaan bergantung kepada iklan yang berbayar untuk mendapatkan pelanggan. Rebut peluang untuk menjadi pakar dalam Google AdWords atau Facebook Ads, dan bagi mereka nasihat bagi mengurus perbelanjaan mereka dengan efektif.

20. Pengajar / Tutor

Samada untuk peperiksaan penting di peringkat sekolah atau universiri, ramai pelajar yang perlukan bantuan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam pelbagai subjek yang berbeza. Sangat sesuai bagi mereka yang memang pandai dalam bidang yang diceburi, dan ramai ibubapa yang sanggup bayar mahal untuk bantu anak mereka.

21. Pembantu Peribadi

Ramai pemilik syarikat yang tidak mempunyai masa atau tenaga untuk membuat benda-benda berkaitan admin. Dengan ‘membebaskan’ masa mereka dengan menjadi seorang pembantu peribadi, ramai yang mampu beri bayaran yang tinggi untuk tugas ini.

22. Pengulas / Reviewer

Percaya atau tidak, kita boleh menjana pendapatan dengan menjadi seorang pengulas profesional. Seseorang yang menilai berkenaan sesuatu produk dan memberikan penilaian yang jujur terhadapnya. Mungkin mengambil masa sedikit untuk dipercayai ramai, tapi lama-kelamaan orang akan percaya kepada kita dan tertunggu-tunggu komen kita tentang sesuatu produk.

23. Jurulatih Kehidupan

Untuk menjadi seorang jurulatih kehidupan, adalah semudah kita gunakan pengalaman lalu dan menambah nilai kepada seseorang. Samada kita bekalkan mereka dengan strategi atau sekadar khidmat nasihat, kita boleh cari niche yang betul dan jadi seorang jurulatih atau mentor kepada ramai orang.

24. Pereka Laman Web

Banyak syarikat dan golongan profesional di luar sana yang memerlukan sebuah laman web untuk mewakili mereka, namun mereka tidak mampu untuk membuatnya sendiri. Dan ramai yang mampu untuk bayar untuk sebuah laman web yang berkualiti, yang boleh menonjolkan imej mereka.

Sumber Rujukan: Entrepreneur.com

Komen

komen





Source link