Artikel Terkini

3 Kaedah Nak Selesaikan Hutang Tertunggak


Sama ada golongan muda atau tua, kurangnya ilmu pengurusan wang menyebabkan seseorang itu mudah untuk tersalah langkah. Menurut kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019, 60% golongan yang muflis adalah daripada golongan muda!

Sudah pasti seseorang itu muflis kerana banyak hutang yang tertunggak sehingga menyebabkan kita tidak lagi mampu untuk membayarnya.

Kajian juga menunjukkan bahawa hutang yang membawa kepada seseorang itu muflis adalah pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan juga hutang kad kredit.

Bagi mereka yang sedang dalam masalah, masih ada peluang lagi untuk selamatkan kewangan anda.

Jom kita tengok 3 kaedah nak selesaikan hutang yang tertunggak. Walaupun jumlahnya banyak, dengan cara ini kita akan lebih mudah untuk mengurus dan menyelesaikannya.

1. Teknik Avalanche

Photo by eberhard grossgasteiger from Pexels

Avalanche adalah merupakan teknik atau kaedah selesaikan hutang tertunggak yang mudah dan efektif. Ia menekankan kepada pembayaran hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bagi hutang yang kurang interest, kita boleh bayar pada kadar minimum payment atau cukup sekadar membayar mengikut yang biasa.

Contoh 4 jenis hutang serta faedah interest yang dikenakan:

Jenis Hutang / Komitmen Jumlah Kadar Faedah
Pinjaman kad kredit RM 7,000 18.0%
Pinjaman peribadi RM 5,000 10.0%
Pinjaman pelajaran RM 75,000 5.5%
Pinjaman kereta RM 25,000 4.5%

Cara selesaikan hutang tertunggak menggunakan kaedah Avalanche:

  • Buat bayaran hutang secara minimum bagi setiap akaun.
  • Bayaran pada hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi perlu diletakkan dalam jumlah yang lebih banyak.
  • Teruskan proses ini sehingga semua hutang dibayar. Kemudian ulang semula untuk komitmen yang kadar interestnya lebih besar pula.
  • Ikut susunan pembayaran yang paling penting seperti ini: Kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran dan akhirnya pinjaman kereta.
  • Satu persatu akaun hutang akan ‘runtuh’ namun keburukannya, ia akan memakan masa yang agak lama.

2. Teknik Snowball

Photo by Clay Banks on Unsplash

Snowball adalah konsep menyelesaikan hutang dengan mudah iaitu dengan fokus kepada hutang yang kecil terlebih dahulu. Ia berbeza dengan kaedah avalanche tadi.

Di sini, kita akan membayar hutang yang paling kecil jumlahnya dahulu dengan banyak manakala hutang lain kita akan bayar secara minimum.

Kaedah yang menaikkan motivasi untuk menyelesaikan komitmen ini diperkenalkan oleh Dave Ramsey iaitu seorang pakar kewangan. Cara melakukan kaedah ini adalah seperti berikut.

  • Buat bayaran paling minimum bagi setiap komitmen lain.
  • Letakkan dana yang lebih banyak kepada akaun hutang yang jumlahnya paling rendah.
  • Sehinggalah hutang paling rendah tersebut sudah habis, maka teruskan bayar lebih untuk hutang berjumlah rendah yang seterusnya.
  • Kita boleh melebihkan bayaran mengikut susunan ini: pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman kereta dan juga pinjaman pelajaran.

3. Teknik Snowflake

Snowflake adalah kaedah menyelesaikan hutang tertunggak yang efektif dan sesuai bagi mereka yang tidak berpendapatan tetap. Sekiranya anda seorang freelancer, boleh guna kaedah ini.

Dengan kaedah ini, kita membuat bayaran hutang mengikut kemampuan dengan lebih kerap. Sebagai contoh, setiap kali kita memperolehi pendapatan, kita terus membayar hutang dan baki hutang tersebut. Mudah kan?

Dapat payment untuk sesuatu job, terus bayar hutang tanpa perlu tunggu hujung bulan.

Akhir kata, pilih strategi yang bersesuaian dengan kita. Ia bergantung kepada pekerjaan, jenis hutang dan jumlah komitmen yang ada. Dengan mengikut salah satu kaedah selesaikan hutang ini, lambat laun kita akan terselamat jua.

Sumber Rujukan: Amalan

Iklan


Iklan



Source link