Artikel Terkini

3 perkara yang menjadikan HUAWEI P40 Pro Plus pilihan terbaik abad ini


KUALA LUMPUR: Sejak melancarkan HUAWEI P40 Pro+ di Malaysia pada Jun lalu, HUAWEI terus membuatkan orang ramai teruja dengan kepintaran dan kecemerlangan teknologi yang dihasilkan. Diinspirasi daripada seramik tradisional, reka bentuk khas pada P40 Pro+ ini memaparkan teknologi nano yang menjadikannya lebih ringan dan menyerlah di bawah sinaran cahaya.

Dilengkapi dengan sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta, pengalaman fotografi anda pastinya menjadi lebih hebat kerana turut dikuasai dengan perkakasan yang luar biasa seperti pemprosesan Kirin 990 5G. Selain menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menyediakan pengalaman kelajuan 5G, Huawei P40 Pro+ terus menerajui keyakinan pengguna dengan ciri-ciri menarik.

1. Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta

Pengalaman terbaik apabila menggunakan HUAWEI P40 Pro+ dapat dirasai apabila ia dilengkapi sistem kamera belakang lensa penta yang merangkumi sensor kedalaman yang menyokong apa jua keadaan termasuklah sewaktu dalam penerbangan serta menawarkan kesan bokeh yang lebih baik.

Kamera penta yang disatukan itu tentu saja menjadi pilihan utama jurugambar dan pencinta kaki fotografi yang dilengkapi 50MP primary dan 40MP ultrawide shooters, selain 8MP telephoto dengan 3x optik zoom dan 8MP telephoto dengan 100x SuperZoom bersama lensa periskopik. Fungsi ToF juga membantu dalam penghasilan autofokus, potret, dan beberapa mod video yang lebih canggih.

Turut digabungkan dengan video 4K yang lancar, kadar bingkai sehingga 60fps, prestasi cahaya rendah Pixel menjadikan ia peranti pengimejan yang tiada tandingan. Siri P40 terbaru HUAWEI juga dilengkapi dengan AI Golden Snap HUAWEI yang membolehkan pengguna membuang imej yang tidak dikehendaki (remove passerby) pantulan atau bayang dan merakam momen-momen indah.

Sumber Facebook HuaweimobileMY

2. Sentuhan tanpa sempadan. Dengan hanya satu sentuhan merentasi peranti melalui kecanggihan teknologi AI

Hanya satu sentuhan diperlukan untuk menghubungkan HUAWEI P40 Pro+ bersama HUAWEI MateBook. Semuanya dalam satu skrin, kini anda boleh menghantar fail, gambar dan seumpamanya antara kedua-dua peranti itu dengan menarik dan meletak (‘drag and drop’), selain salin-tampal antara kedua-duanya. Ia juga berfungsi pada HUAWEI Matepad Pro 5G.

Panel Kawalan Berbilang Peranti (Multi-Device Control Panels) menyediakan platform yang membolehkan pengguna melihat setiap peranti yang disambungkan dalam jarak yang dekat. Ia juga secara bijak mengesyorkan peranti berdekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman semasa pengguna.

Sumber Facebook HuaweimobileMY

Sebagai contoh, ketika pengguna mendengar muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X yang berdekatan, Panel Kawalan Berbilang Peranti akan menyarankan untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar untuk mendapatkan kualiti suara yang lebih baik. Pengguna juga boleh menyambungkan telefon pintar dengan HUAWEI Sound X hanya dengan satu sentuhan!

Aplikasi panggilan video HUAWEI MeeTime yang menyokong panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI memanfaatkan sepenuhnya integrasi antara perisian dan perkakasan HUAWEI dalam memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.

Sumber Facebook HuaweimobileMY

3. Petal Search Widget – Pilihan sejuta aplikasi

HUAWEI sentiasa komited untuk memberikan penggunanya pengalaman yang terbaik. HUAWEI P40 Pro+ dilengkapi dengan Petal Search – Find Apps widget carian baru yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang diingini.

Ini memberikan pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang belum pernah mereka alami.

Terdapat tiga langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps.

Langkah 1

Untuk menyokong anda dalam mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti siri P40, Petal Search Widget – Find Apps membantu anda melakukannya.Setelah siap, klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama untuk memulakan.

Langkah 2

Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan aplikasi teratas yang boleh anda muat turun. Klik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.

Langkah 3

Petal Search Widget – Cari Aplikasi akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ini menyoroti apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, muat turun melalui pautan rasmi, mengemas kini versi web baharu, atau muat turun dari kedai pihak ketiga yang lain.

Ini adalah 3 sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah salah satu peranti pintar yang unggul. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/





Source link