Artikel Terkini

3 port makan menarik anda wajib singgah di Tanjung Malim


Tanjung Malim terletak di selatan Perak, bersempadan dengan Negeri Selangor. 

Bagi yang kurang mengenali tempat ni, di sini ada institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan ramai pendidik iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain dari itu, Tanjung Malim juga ada beberapa tempat makan yang menarik. 

Korang bakal bercuti di Tanjung Malim tak lama lagi tapi tak tahu nak makan kat mana? Berikut adalah port makan menarik yang korang boleh singgah. 

Port makan #1 : Cape Café

Sumber gambar – apakehei.blogspot.com

Kalau korang mencari tempat makan bajet, korang boleh cuba makan di Cape Cafe ni. Harga makanan mereka hanya RM1.70 sahaja untuk setiap hidangan. Korang boleh cuba bermacam-macam hidangan di sini.  

Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak, mee, bihun, kuey teow, sagu gula melaka, pulut mangga dan soto. 

Korang boleh makan pelbagai menu dalam satu masa. 

Alamat: Cape Cafe, No 13, Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi -10.00 malam).

Port makan #2 : Pau Yik Mun

Sumber gambar – KNizam Artwerk

Pau Yik Mun adalah antara makanan yang korang patut cuba ketika berada di Tanjung Malim. 

Antara pilihan pau yang korang boleh pilih adalah kari ayam, daging, kacang dan kaya. 

Mereka turut menyediakan menu lain contohnya mee, ayam goreng dan Hainan Chicken Chop. 

Salah satu menu istimewa mereka adalah Kopi Hainan White Coffee Yik Mun. Kopi ni ada aromanya tersendiri. Bagi coffee lover, korang patut cuba untuk rasa kelainannya. 

Alamat:  6043, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjong Malim.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 8.00 malam).

Port makan #3 : Andri Nasi Padang

Sumber gambar – halalstuff.com

Kat sini, hidangan paling famous adalah ayam kampung goreng dan ayam kampung masak rendang yang cukup mantap. 

Pilihan lauk yang tersedia jugak, boleh tahan banyak. Ada sambal udang petai, sambal udang biasa, lampung dengan bawang, lampung goreng, ulam yang pelbagai, dan macam-macam lagi. 

Satu je benda kena ingat bila nak makan kat sini – kena datang awal. Biasanya memang ramai orang akan beratur sebelum kedai. 

Alamat: Andri Nasi Padang (Ayam Kampung), 35900 Tanjong Malim, Perak.

Waktu operasi: 1.30 tengahari hingga 4 petang, dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad (kecuali hari Jumaat).

Port makan #4 : Kilang Roti Mokhtar (Roti Babu Abang Mokhtar @ Roti Babu Warisan)

Sumber gambar – hmetro.com.my

Port makan yang terakhir ni bukanlah kafe hipster mahupun tempat makan yang korang boleh duduk lepak. 

Ia merupakan satu kilang roti yang dah lama bertapak di Tanjung Malim. Bau roti dibakar cukup membuatkan kita terliur. 

Di sin,i roti disediakan dengan kaedah tradisional iaitu ia dimasak menggunakan dapur arang. 

Antara pilihan roti yang ada adalah roti kelapa, roti kacang, roti kaya, roti bijan, roti krim dan roti bantal. Pastikan korang singgah untuk dapatkan roti ni, ok? 

Alamat: No. 1, Kampung Masjid Lama, Slim River, 35800 Tanjung Malim.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11.30 pagi – 1.15 pagi).

Buat penggemar makanan atau food hunter, korang pasti Menarik, kan? Dah pergi nanti, boleh la singgah di port makan cadangan Tok ni. Selamat menjamu selera. 

P/S: Korang tengah mencari analisa kawasan Tanjung Malim? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

Ini tawaran ‘baik punya’ buat anda yang nak tambah ilmu pelaburan hartanah!

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang serius nak tambah ilmu pelaburan hartanah.

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Faizul Ridzuan pada 23 Februari (hari Ahad) ini.  

Sesi ini 100% PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa pun. Korang cuma perlu bawa diri dan buku nota je.

Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu. Tok ada jelaskan isi kandungan sesi Sembang Hartanah ni kat link di bawah. 

Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. 

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG



Source link