Artikel Terkini

4 Ciri Perbankan Islam, Yang Membuatkan Orang Bukan Islam Turut Tertarik


Dah pun masuk tahun 2020, tapi masih ramai yang tak percaya dengan Perbankan Islam atau Islamic Banking?

Tahukah anda bahawa jika disebut mengenai perbankan dan kewangan Islam, Malaysia adalah perintis dan pemimpin di peringkat global?

Ya, sememangnya benar! Malah, sejak penubuhan Akta Perbankan Islam pada tahun 1983 lagi, industri ini telah dilihat berkembang dengan mendadak sekali.

Menurut laporan Bank Negara pada tahun 2017, pembiayaan Islam di negara telah menyumbang 34.9% daripada jumlah pinjaman dan pembiayaan. Jika dibandingkan pada tahun 2000, yang hanya menyumbang kepada 5.3% saja.

Satu perkara menarik untuk perbincangan adalah demografi bagi penggunanya. Perbankan Islam tidak terhad hanya kepada orang Muslim.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Namun, apakah ciri-ciri bagi industri yang kian meningkat ini untuk menjadikannya menarik bagi orang bukan Islam?

Kalau nak tahu, berikut adalah 4 ciri perbankan Islam yang membuatkan orang bukan Islam tertarik:

1. Keadilan Dan Perlindungan Daripada Risiko Yang Tinggi

Salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh perbankan dan kewangan Islam adalah ianya perlu bebas daripada unsur “Gharar”. Perkataan itu boleh diterjemahkan secara umum sebagai ketidakpastian, ketidakcukupan, penipuan, peluang, atau risiko yang tidak memenuhi syarat.

Gharar
mungkin wujud dalam senario berikut:

  • Sekiranya
    ia tidak jelas mengenai item yang sebenarnya. Kewangan Islam haruslah dikaitkan
    dengan aset sebenar
  • Sekiranya
    item tersebut tidak pasti dapat dihantar
  • Sekiranya
    penjualan sesuatu item tersebut adalah sengaja tidak jelas dan samar-samar
    maklumatnya. Contohnya adalah penjualan sebuah rumah yang tidak termasuk
    butir-butir penuh integriti strukturnya, bilangan biliknya, dan sebagainya.
  • Sekiranya item yang dijual melibatkan
    risiko atau bahaya yang tidak menentu, atau apabila hasilnya tidak diketahui.

2. Selamat Daripada Krisis

Kembali pada 2007 dan 2008, kebanyakan ekonomi dunia mengalami krisis. Walau bagaimanapun, kewangan Islam adalah sebaliknya – ia mengalami peningkatan sebanyak 25%!

Dua faktor utama telah dikenalpasti sebagai punca:

  • Bebas dari riba (kadar faedah):
    Selain daripada gharar, kewangan Islam perlu bebas daripada sebarang elemen
    riba. Ini menjadikan ia sebuah perjanjian yang lebih adil dan keuntungan boleh
    dikongsi oleh semua pihak yang berkepentingan.
  • Perkongsian
    risiko:
    Dengan konsep “Mudarabah” adalah kewangan
    Islam, sebarang risiko, kerugian, atau ganti rugi juga akan dikongsi dalam
    kalangan para pemegang saham dan bukan hanya para pembiaya.

3. Kos Tetap Dan Jelas

Dalam
kewangan Islam, jumlah pembayaran maksimum telah dipersetujui terlebih dahulu.
Dengan ini, bayaran adalah tetap dan kekal untuk keseluruhan tempoh yang telah
ditetapkan.

Ia berbeza dengan pinjaman konvensional di mana amaun pembayaran adalah bergantung kepada BLR (Kadar Pinjaman Asas). Dalam erti kata lain, ia adalah kadar yang dirujuk oleh bank dalam pengurusan sebelum memutuskan berapa banyak bayaran yang akan dikenakan (iaitu kadar faedah) untuk pinjaman anda.

4. Penalti Yang Lebih Rendah

Tidak seperti pinjaman konvensional yang melaksanakan konsep kadar faedah pengkompaunan, yuran penalti lewat bayar dalam kewangan Islam hanya dikenakan ke atas jumlah baki hutang utama.

Berikut
adalah contoh antara kedua-dua sistem. Senario yang diberikan adalah untuk
pinjaman sebanyak RM100,000 dan penalti lewat sebanyak 3%:

PEMBIAYAAN ISLAM:

Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan ketiga: RM100,000 x 3% = RM3000

Jumlah penalti selama tiga bulan:
RM3000 + RM3000 + RM3000 = RM 9000

PINJAMAN KONVENSIONAL:

Bulan pertama: RM100,000 x 3% = RM3000
Bulan kedua: (RM100,000 + RM3000) x 3% = RM3090
Bulan ketiga: (RM100,000 + RM3000 + RM3090) x 3% = RM3182.7

Jumlah penalti selama tiga bulan:
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM 9272.7

Adakah sekarang kita lebih yakin dengan kelebihan perbankan Islam?

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.



Source link