Uncategorized

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 1


Ray Dalio merupakan nama yang tidak asing bagi pelabur saham di Wall Street mahupun dunia. Syarikat beliau iaitu Bridgewater Association merupakan syarikat hedge fund terbesar di dunia dengan nilai pelaburan sebanyak $150 billion. Beliau juga terkenal dengan buku bertajuk The Principle yang merupakan di antara buku yang laris di pasaran pada tahun 2017.

Dalam kajian yang dilakukannya, Ray Dalio telah menyediakan borang kaji selidik untuk mengkaji bagaimana seorang bilionaire berfikir untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam hidup mereka. Beliau telah memberi borang kaji selidik itu kepada bilionaire yang berpengaruh seperti Bill Gates (Pengerusi Microsoft), Elon Musk (CEO Tesla & Space X), Jeff Bezos (CEO Amazon), Jack Dorsey (CEO Twitter), Reed Hastings (Ceo Neftlix) untuk mengetahui ciri-ciri yang ada di dalam diri mereka, dan tindakan yang diambil oleh mereka untuk mencapai matlamat dalam bidang yang mereka ceburi.

Para bilionaire yang terlibat dalam ujian tersebut mengambil masa satu jam untuk menjawab soalan yang diberikan. Setelah ujian itu selesai, Ray Dalio mendapati kebanyakan bilionaire yang mengambil ujian tersebut mempunyai 4 ciri-ciri yang sama yang terdapat di dalam diri mereka. Ciri-ciri inilah yang membuatkan mereka berjaya dan menjadi seorang yang luar biasa.

4 ciri-ciri tersebut ialah:

1. Mempunyai Idea Yang Sangat Jelas Dan Boleh Dipraktikkan Di Dunia Nyata

Mereka mempunyai idea yang sangat jelas dengan apa yang mereka lakukan. Idea itu boleh dipraktikan dan boleh dikomersilkan pada skala yang sangat besar. Dengan adanya pengkomersilan, produk dan servis akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat mereka.

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 2
Amazon Prime member merupakan salah satu cara yang digunakan oleh Syarikat Amazon untuk memberi kepuasan kepada pelanggan mereka

Sebagai contoh, Jeff Bezos yang sangat jelas dengan idea mementingkan kepuasan pelanggan di dalam perniagaan Syarikat Amazon. Beilau yang mempunyai idea yang jelas untuk menjaga hati pelanggan mereka supaya mereka suka akan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Amazon berbanding dengan syarikat yang lain.

Kesanya, perniagaan Amazon sangat berjaya dan berkembang dengan pesat berbanding dengan syarikat pesaing mereka kerana motto yang dipegang oleh mereka iaitu “Delight  your Customer”.

2. Mempunyai Visi Yang Jelas Tentang Apa Yang Mereka Lakukan Untuk Masa Hadapan

Dengan adanya visi yang jelas dan boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan dengan perkembangan sekarang. Mereka sanggup mengambil risiko terhadap apa yang mereka fikir benda yang boleh merubah langskap manusia. Mereka tidak takut akan cabaran dan kesusahan yang mereka akan hadapi akibat daripada perbuatan mereka untuk menguji idea yang dirasakan betul pada sisi pandangan mata mereka.

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 3
“One Computer One Home” merupakan kalimat yang digunapakai oleh Microsoft pada awal penubuhannya

Bill Gates yang mempunyai visi yang jelas pada permulaan penubuhan Syarikat Microsoft, di mana beliau ingin membawa syarikat itu ke kedudukan 500 syarikat terbesar di dunia dan inginkan setiap rumah mempunyai sebuah komputer pada masa hadapan. Beliau yang meletakkan visi dalam dirinya itu pada permulaan penubuhan Microsoft bersama dengan mendiang Paul Allen.

Walaupun pada masa itu seperti nampak mustahil untuk dilakukan kerana zaman permulaan perkembangan komputer, tetapi kini Bill Gates berjaya mencapai apa yang ditetapkan pada permulaan visinya.

3. Mereka Mampu Bangkit Dengan Cepat Dengan Masalah Yang Mereka Hadapi

Perniagaan mempunyai pasang surutnya sendiri yang mana jika tidak ditangani dengan cara yang betul, kemungkinan untuk berlakunya kegagalan adalah sangat tinggi. Ciri ketiga ini merupakan ciri yang ada pada setiap billionaire yang mengambil ujian Ray Dalio. Mereka cepat bertindak dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat mereka dan dapat mengatasi masalah tersebut dengan berkesan.

Dengan kata lain, mereka mampu menewaskan cabaran dan kesukaran yang terhidang di hadapan mereka dengan jayanya.

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 4
Syarikat Tesla yang disenaraikan di pasaran saham Nasdaq pada tahun 2010

Sebagai contoh pada krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008, kebanyakan syarikat yang mengeluarkan kereta menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk termasuklah syarikat kereta elektrik Elon Musk iaitu Tesla. Elon Musk yang hampir diisytiharkan muflis telah mengambl langkah dengan meminjam wang daripada Kerajaan Amerika yang memberi perlindungan kepada industri kereta sebanyak $465 juta yang berada dalam keadaan tenat pada masa itu.

Kini Tesla merupakan syarikat yang menerajui dalam pengeluaran kereta elektrik dunia.

4. Tidak Menghiraukan Apa Yang Dikatakan Oleh Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Dibuat

Ciri yang paling penting yang ada pada semua bilionaire. Kesemuanya tidak menghiraukan kata-kata orang lain demi mencapai matlamat jangka masa yang panjang atau pendek. Mereka lebih rela mencapai matlamat yang mereka buat berbanding dengan menjaga hati orang ramai yang mana boleh menghalang mereka dari mencapai matlamat yang telah ditetapkan didalam hidup mereka.

Walaupun nampak seakan kejam, ia tidak menggambarkan sikap sebenar mereka dalam kehidupan peribadi seperti Bill Gates yang menderma seluruh kekayaan yang dimilikinya kepada pusat kebajikan dan Ray Dalio yang berikrar akan memberi separuh kekayaan dimilikinya kepada badan kebajikan yang diasaskan oleh Bill dan Melinda Gates.

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 5
Jonathan Rubinstein merupakan orang yang bertanggungjawab membawa iPod ke pasaran dunia

Sebagai ketua, mereka perlu bijak mencari orang yang layak untuk jawatan yang diberi untuk kepentingan syarikat, berbanding untuk menjaga hati sesorang yang tidak layak untuk jawatan tersebut tetapi takut untuk menyingkirkan mereka kerana ingin menjaga perasaan mereka.

Sebagai contoh, Ray Dalio sendiri pernah memecat ketua pegawai eksekutifnya yang bernama Jonathan Rubinstein. Beliau yang diambil bekerja denganBridgewater kerana kepakaran beliau dalam bidang perkomputeran dan pernah menjadi orang kanan kepada mendiang Steve Jobs selama 16 tahun. Dia kemudian dipecat kerana tidak sesuai dengan budaya kerja Bridgewater dan hanya sempat berkerja selama 10 bulan sahaja.

Jika anda mempunyai 4 ciri-ciri di atas, anda berkemungkinan akan menjadi seorang jutawan atau bilionaire suatu hari nanti.

Sumber Rujukan:

4 Ciri Utama Bilionaire Mengikut Kajian Ray Dalio, Pengurus Hedge Fund Terbesar Dunia 6

Komen

komen





Source link