Artikel Terkini

4 Elemen Penting Untuk Kita Membaca ‘Candlestick’ Saham


Photo by Siora Photography on Unsplash

Ini kami nak cerita pasal candlestick dalam saham tau, bukan candle light dinner. Candlestick pattern adalah ilmu menganalisa saham yang paling popular.

Membaca chart candlestick bukanlah semata-mata menghafal. Sebenarnya, anda tidak perlu menghafal semua pola yang ada. Anda hanya perlu tahu tentang cara untuk membaca candlestick.

Setiap candlestick dapat memberitahu :

  • struktur harga
  • kekuatan trend
  • karakter pembeli melawan penjual
  • arah harga yang akan bergerak pada masa hadapan.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai cara membaca chart candlestick saham. Bagi membaca candlestick saham, ia memerlukan 4 elemen dasar sebagai panduan.

4 Elemen Dasar Panduan Membaca Candlestick

Pertama, sebelum kita mula mempelajari mengenai
elemen-elemen penting untuk menganalisis candlestick, kita perlu mempunyai cara
pandangan yang betul terlebih dulu.  Kita
boleh mengambil contoh, bahawa pergerakan harga itu terjadi kerana perang di
antara pembeli dan penjual.

Setiap candlestick adalah satu pertempuran semasa
waktu berperang, dan keempat-empat elemen candlestick menceritakan pihak mana
yang memiliki peluang lebih besar untuk menang pertempuran yang akan datang.

Kedua, perlu kita ketahui bahawa candlestick tidak dapat dibaca dalam satu pola sahaja. Kita juga perlu mengetahui mengenai harga-harga sebelumnya. Dalam menganalisa candlestick, kita perlu melihat dan mengira sekali dengan harga-harga sebelumnya.

Baiklah, mari kita liheat empat elemen candlestick pula.

1. Panjang Sumbu Candlestick

Panjang sumbu candlestick menunjukkan ketidakstabilan pergerakan harga. Paksi panjang membawa maksud bahawa harga bergerak pantas sepanjang tempoh candlestick yang terkait, tetapi telah menurun akibat rintangan (perlawanan).

Semakin panjang sumbu candlestick, maka harganya berpotensi untuk meningkat.

2. Posisi Badan Candlestick

Adakah anda pernah melihat candlestick bersumbu panjang dengan posisi badan berada di salah satu hujungnya? Ini menunjukkan perlawanan bacaan.

Candlestick dengan posisi badan di tengah-tengah sumbu bawah dan atas menunjukkan keraguan atau pun ketidakpastian yang berlaku. Tak pasti samada harga akan naik atau turun.

3. Ukuran Badan Candlestick

Ukuran badan candlestick adalah point awal yang bagus
kerana akan memperolehi banyak maklumat darinya. Panjang badan candlestick
menunjukkan kekuatan salah satu pihak (nilai). Ukuran badan yang panjang
bermaksud menunjukkan momentum bertambah kuat.

Semasa ukuran badan candlestick mengecil, momentum juga menjadi bertambah lemah. Secara ringkasnya, panjang badan candlestick menunjukkan berapa jauh harga telah bergerak selama tempoh candlestick tersebut.

4. Ratio Panjang Badan dan Sumbu

Mungkin kini kita sudah memperoleh gambaran besar dalam membaca candlestick. Pada masa puncak dengan momentum tinggi, anda akan mendapati candlestick berbadan panjang dengan lebih kecil axisnya.

Ketika pasaran sedang mengalami ketidakpastian, volatility akan naik sehingga badan candlestick mengecil namun sumbunya menjadi lebih panjang.

Cara Untuk Baca Candlestick

Cara bacaannya adalah seperti berikut:

Badan candlestick biasanya dikenali dengan istilah badan nyata yang menunjukkan jarak di antara harga pembuka dengan harga penutup. Jika anda melihat badan candlestick berwarna merah atau hitam, ini menandakan harga saham pada hari tesebut ditutup dengan harga lebih rendah daripada hari pembukaannya.

Namun, jika badannya berwarna hijau atau putih, ianya
menunjukkan penutupan harga lebih tinggi daripada harga pembukaannya. Garis
lurus yang terdapat di atas atau bawah dari badan disebut bayangan atas atau
bawah yang mewakili harga tertinggi dan terendah saham pada hari itu.

Sumber Rujukan:

Akhir kata, tahukah anda bahawa candlestick ini berasal dari Negara Matahari Tebit? Kalau minat nak tahu lebih lanjut, jemput baca Prinsip ‘The Three Monkey Record of Money’: Asal-Usul Candlestick Jepun.



Source link