Uncategorized

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 1


Dalam dunia pelaburan saham ni, biasanya kita akan beli sesuatu saham berdasarkan Fundamental Analysis atau Technical Analysis.

Fundamental Analysis dapat memberikan kita jawapan kepada persoalan, “Saham Apa Yang Bagus Untuk Dibeli?”, manakala Technical Analysis pula boleh menjawab persoalan, “Bila Masa Sesuai Untuk Beli Saham Tersebut?”

Tapi ada 4 jenis saham yang kita sepatutnya elakkan diri daripada beli, iaitu:

1. Saham Super Penny Bawah 20 Sen

Kalau takut dilandai ombak, usah tinggal di tepi pantai. Samalah juga halnya dengan saham super penny yang berharga bawah 20 sen. Memang kalau jatuh satu bid pun (-0.005 sen), dah besar kerugian yang dicatatkan.

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 2

Tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi 2018 di atas, berapa banyak saham-saham penny bawah RM1 dan super penny bawah 20 sen.

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 3

Ada persamaan tak dengan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Pertama (Q1) 2019 di atas?

Ya, senang cerita lebih baik kita jauhkan diri daripada saham super penny ni. Sekali dia menjunam, memang menangis di bucu katil kita nanti.

2. Harga Saham Sedang Downtrend

Seterusnya, lari jauh-jauh daripada saham yang sedang downtrend ni. Dengan mengambil poin #1 di atas, sebab utama harga saham menjunam teruk, adalah kerana ia sedang berada dalam fasa downtrend.

Contoh: Ikhmas Jaya

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 4

Sumber: Trading View

Contoh: Vivocom

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 5

Sumber: Trading View

Contoh: Sumatec

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 6

Sumber: Trading View

Memang bila sesuatu saham sedang membuat downtrend, ianya sangatlah berpanjangan. Lebih baik kita cari saja saham-saham lain yang berpotensi.

3. Syarikat Asyik Declare Rugi

Kan pelaburan saham ini umpama kita berniaga, jadi kenapa nak beli saham syarikat yang asyik-asyik declare rugi. Bila asyik declare rugi, maknanya ada yang tak betul dengan syarikat tersebut.

Mungkin pihak pengurusan yang lemah, mungkin produk syarikat tak laku, mungkin margin keuntungan sikit sangat dan banyak lagi.

Contoh: Ikhmas

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 7

Sumber: Malaysia Stock Biz

Contoh: Vivocom

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 8

Sumber: Malaysia Stock Biz

Contoh: Sumatec

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 9

Sumber: Malaysia Stock Biz

Bila rugi lebih banyak daripada untung, lebih baik kita elakkan diri daripada membeli saham-saham syarikat ini. Kang tak pasal-pasal dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia, lagi haru kita nanti.

4. Saham Tak Patuh Syariah

Tahu tak kita ada 689 sekuriti patuh Syariah yang mewakili 76% daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia?

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 10

Boleh muat turun senarai tersebut di laman web Suruhanjaya Sekuriti. Dah ada yang patuh Syariah, kenapa perlu cari yang haram?

Kita sebagai orang Islam, wajib untuk kita pilih sesuatu yang halal. Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh Syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Rugi Itu Pasti, Untung Itu Wajib

Dalam pelaburan saham ni, rugi itu pasti dan untung itu wajib. Tapi kalau awal-awal dah tersalah beli saham, memang sentiasa rugi jawabnya.

4 Jenis Saham Yang Patut Dielakkan Pelabur 11

Komen

komen





Source link