Artikel Terkini

4 Panduan Mudah Tanam Sendiri Limau Purut Yang Subur


Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix merupakan tanaman saka yang berasal dari Asia Tenggara. Hari ini limau purut banyak ditanam di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Keiffer lime (Kafir lime) di Barat, Bai makrut di Thailand dan di Indonesia dipanggil Jerut purut kerana rasanya masam dan sedikit pahit.

Limau purut ditanam secara meluas di seluruh dunia sebagai penyeri laman untuk diambil buahnya. Ia sesuai ditanam dalam bekas tanaman dan juga dalam pasu-pasu besar yang diletakkan di patio atau pun teres.

Limau purut kelihatan sama dengan limau nipis, cuma buahnya bulat, kulitnya lebih mengerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berair, masam dan pahit. Kadar tumbesarannya agak perlahan jika dibandingkan dengan limau lain. Ia boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi. Daunnya akan membiak dan berwarna hijau gelap. Struktur daunnya yang bersayap seolah-olah memberi gambarandua helai daun yang dicantumkan dari hujung ke hujung dan kelihatan seperti nombor lapan. Daunnya mengandungi sejenis minyak yang berbau wangi yang kuat, berunsur kimia dengan bahan sabininie sebanyak 14% dan bahan liminene sebanyak 15%.

 

Cara Penanaman

  1. Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
  3. Kemudian siram.
  4. Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.

Penjagaan

  1. Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
  2. Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
  3. Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
  4. Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.

SELAMAT MENCUBA!



Source link