Artikel Terkini

4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti

4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti1 - 4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti


Seperti yang kita semua ketahui, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal Mac 2020 yang lalu telah memburukkan lagi keadaan pasaran hartanah semasa. Sebelum itu, industri hartanah kelihatan baru saja nak pulih selepas Kempen Pemilikan Hartanah (HOC) yang telah berjaya menjual lebih daripada 28,000 unit kediaman.

Dek kerana kurangnya suntikan stimulus dan pakej ransangan dari Kerajaan terhadap industri hartanah seperti tahun-tahun sebelumnya, menyebabkan pasaran hartanah pada suku pertama 2020 dilihat lembap dan meresahkan ramai pemaju hartanah.

Baca : Covid-19: Sesuai Ke Nak Melabur Saham Di Bursa Malaysia Sekarang?

Hari ini, kita lihat pemaju hartanah telah mula memberikan pelbagai tawaran istimewa seperti cashback dan diskaun sehingga 30% termasuk bayaran ansuran installment sehingga 13 bulan ditambah lagi dengan percuma set perabot dan televisyen kepada pembeli unit kediaman mereka.

Hakikatnya, bila dilihat semula harganya dengan lebih terperinci tidaklah turun seperti yang dijangkakan.

“Tahukah anda, berdasarkan data dari NAPIC untuk suku ketiga 2019, penawaran unit kediaman pada tahun 2019 adalah pada angka 442,468 unit yaqni jumlah terendah pernah dicatatkan untuk tahun kebelakang.”

Ini menunjukkan tanpa wabak pandemik COVID-19 pun industri hartanah di Malaysia sebenarnya sedang berada dalam fasa yang tenat!

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Untuk mengatakan harga rumah telah turun ekoran pandemik COVID-19 juga adalah kurang tepat. Hal ini kerana, tidak wujud penurunan yang mendadak di seluruh negara daripada kedua-dua hartanah jenis kediaman dan komersial.

Ya, memang benar ada unit kediaman yang dijual lebih murah berbanding harga median pasaran semasa lebih-lebih lagi di pasaran subsale, tetapi kes-kes minoriti dan terpencil ini tidak boleh dilihat sebagai fenomena harga rumah telah turun secara kolektif.

Sungguhpun wujud persepsi orang ramai mengatakan harga rumah akan turun selepas tempoh moratorium berakhir menjelang Oktober 2020 juga tidak mampu memecahkan harga rumah yang kita semua tahu sangat tidak mampu milik.

Untuk itu, artikel kali ini akan menerangkan tentang ramalan hartanah selepas moratorium berakhir September 2020 nanti.

4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti2 700x466 - 4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti

1. Lambakan Kes Non-Performing Loan (NPL)

Selepas tempoh moratorium berakhir kelak, pemilik unit kediaman mempunyai baki 3 bulan lagi yang diberikan pihak bank sebelum pinjaman hartanah menjadi Non-Performing Loan.

Dan punca terbesar wujudnya Non-Performing Loan adalah kerana isi rumah tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk membuat pembayaran balik ansuran pinjaman hartanah.

Baca : Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia

Dengan kadar pengangguran yang mencatatkan angka 3.9% pada suku pertama 2020, angkanya dilihat akan terus meningkat.

Buat pengetahuan anda, kadar pengangguran di Malaysia untuk suku pertama mencatatkan angka tertinggi sejak 10 tahun dengan jumlah 615,000 orang pada Mac 2020!

2. Lambakan Kes Lelong

Selepas tempoh 3 bulan berturut-turut pemilik rumah gagal membuat bayaran balik ansuran pinjaman hartanah, Bank Negara Malaysia akan mengira pinjaman tersebut sebagai Non-Performing Loan.

5 bulan selepas tempoh moratorium berakhir, bank akan mula mengeluarkan borang Mungkir Gadaian kepada pemilik hartanah yang gagal membuat ansuran pinjaman hartanah.

Dalam tempoh itu juga, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan nilai hartanah tersebut untuk dilelong.

Dan akhirnya, selepas tujuh ke lapan bulan, rumah tersebut akan diisytihar lelong dan akan diiklankan di portal-portal bank tersebut.

Keesokannya, rumah tersebut akan mula diiklankan di media sosial dan portal online milik ejen lelong yang dilantik oleh pihak bank.

3. Bank Sukar Berikan Pinjaman Hartanah

Sungguhpun salah satu pendekatan yang diambil bank apabila berlakunya kemelesetan ekonomi adalah dengan merendahkan kadar faedah, purata peminjam yang berjaya mendapatkan pinjaman hartanah juga kurang kerana ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan atau menerima pendapatan yang tidak tetap.

Hatta tanpa wabak pandemik COVID-19 pun 50 permohonan pinjaman hartanah dari 100 permohonan gagal kerana pelbagai isu asas.

Baca : Bank Mana Paling Perform Di Malaysia?

Alternatif yang diambil kebanyakan penganggur dengan mengambil peluang dari e-hailing juga tidak membantu mereka untuk membuat permohonan pinjaman hartanah.

Hal ini kerana, kebanyakan syarikat e-hailing tidak membuat caruman KWSP apalagi memberi surat tawaran pekerjaan secara kontrak kepada mereka.

Orang awam dilihat akan mengusahakan apa-apa saja pekerjaan yang halal asalkan dapat membantu kelangsungan kehidupan mereka.

4. Harga Rumah Turun 10%-15%

Langkah terakhir kebanyakan pemilik hartanah apabila tidak lagi mempunyai pekerjaan untuk jangka masa yang panjang adalah dengan menjual aset mereka.

Kebanyakan perniagaan dan organisasi juga akan mencairkan aset mereka samada untuk menyelamatkan perniagaan atau kerana kesukaran mendapatkan penyewa bagi unit komersial.

Baca : Kajian Menunjukkan Harga Rumah Bakal Turun Sampai Tahun 2021

Ramalan penulis adalah harga rumah akan turun sekurang-kurangnya 10%-15% daripada harga median semasa.

Ini selari dengan indeks harga rumah Malaysia yang menyaksikan penurunan harga rumah pada tahun 1998 dengan kadar -9.5%.

Setakat hari artikel ini ditulis, terdapat ramai pemilik unit kediaman yang mengiklankan rumah mereka secara online tetapi masih menjualnya pada harga median semasa.

Keadaan semasa pasaran hartanah yang lembap ini tidak terbatas di Malaysia dan rantau Asia sahaja bahkan berlaku di seluruh dunia dan negara-negara yang mengalami kadar jangkitan kes yang tinggi jauh lebih terkesan.

Akan tetapi, polemik ini sebenarnya mampu ditangani dengan stimulus ransangan dari pihak Kerajaan agar orang awam mampu berbelanja untuk menggalakkan kitaran wang yang positif.

Baca : 7 Cara Merawat Kewangan Yang Tenat

Sekiranya anda masih memiliki pekerjaan pada hari ini, bersyukurlah kerana di luar sana terdapat lambakan penganggur yang hilang punca pendapatan dan bakal terkesan dari kemelesetan ekonomi dan wabak pandemik COVID-19 yang berlaku serentak ini.

Akhir kata, simpanlah duit dan berbelanja dengan berhemah!

Sumber Rujukan:

SS Ads 300x250 T1 - 4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti
Ads 300x250 b2 - 4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti



Source link