Uncategorized

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile 1


Harga Bitcoin terkenal sebagai harga yang volatile. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat pergerakan besar (baik naik mahupun turun) dalam selang beberapa hari, jam dan bahkan minit.

Apakah yang menyebabkan hal ini berlaku? Mengapa harga Bitcoin sangat volatile?

Kita tahu bahawa semakin volatile harga sesuatu pelaburan, semakin besar pula risiko yang perlu diambil jika anda memutuskan untuk melakukan pelaburan tersebut (dan sebenarnya, semakin tinggi pula potensi keuntungan yang anda dapatkan).

Prinsip ini juga berlaku untuk Bitcoin.

Dengan berlalunya waktu, kita dapat melihat harga Bitcoin tidak lagi mengalami volatile sebesar apa yang terjadi sebelumnya. Tahap volatile harian (perubahan harga sehari) rata-rata kurang daripada 5% sejak tahun 2015.

Pasaran Bitcoin masih kecil, jadi angka ini merupakan angka yang masuk akal, dan tidak terlalu berbeza dari emas dan kebanyakan mata wang utama lainnya (yang sebenarnya memiliki pasaran yang jauh lebih besar dan stabil).

Mari kita lihat dengan lebih dalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan harga ini:

1. Bitcoin masih merupakan teknologi baru

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile 2

Bitcoin masih relatif muda, dicipta pada tahun 2009. Di sisi lain, Internet tercipta pada tahun 1960an, penjelajahan luar angkasa telah ada sejak tahun 1957 dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) telah ada sejak tahun 1956.

Teknologi baru memerlukan waktu untuk berkembang dan menemukan tempatnya dalam kehidupan seharian manusia. Teknologi baru akan melalui hype cycle.

Pada awalnya, hanya segelintir orang yang mengetahui atau menggunakannya. Kemudian, teknologi tersebut perlahan-lahan akan dikenali oleh masyarakat umum dan tiba-tiba, ramai akan berbicara mengenai teknologi tersebut.

Pendapat-pendapat yang aneh akan muncul, pernyataan yang melebih-lebihkan akan beredar dan level ”hype”-nya akan menjadi semakin menggila.

Kemudian realiti akan meredakan hype tersebut. Namun di sebalik tabir, teknologi tersebut terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Berbeza dengan teknologi baru yang lain, kita dapat melihat tanda yang jelas bahawa Bitcoin sedang berada pada hype cycle, ini dapat dilihat menerusi harganya. Walaupun kitaran tersebut kelihatannormal, namun volatile-nya harga Bitcoin semakin memperjelaskan hype cycle ini.

Bitcoin merupakan teknologi dan juga bentuk pelaburan baru. Pelaburan terhadap Bitcoin merupakan pengakuan positif terhadap potensi teknologinya. Bitcoin masih berada dalam kitaran tersebut, sementara kita terus mencari tujuan penciptaannya dan bagaimana Bitcoin boleh memberi nilai tambah pada kehidupan kita semua.

Apapun yang terlihat pada harga Bitcoin, syarikat seperti Luno akan terus bekerja di sebalik tabir untuk membantu adopsi akan Bitcoin dan memastikan bahawa Bitcoin akan tetap bermanfaat dalam jangka masa panjang.

2. Bitcoin sebelumnya tidak secair seperti sekarang

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile 3

Hanya ada 21 juta Bitcoin yang tersedia dan belum semuanya dilombong. Banyak Bitcoin yang ada pada saat ini dimiliki oleh beberapa orang saja. Kira-kira 4% individu memiliki 95% Bitcoin yang ada. Selain daripada itu, 1% daripada pemilik Bitcoin yang ada, menguasai setengah daripada pasaran Bitcoin sendiri.

Akibatnya, kecairan Bitcoin terbatas. Kecairan menandakan berapa mudah kita dapat membeli atau menjual sesuatu, tanpa mengubah harganya.

Ketika kecairan tidak cukup, ini bererti hanya beberapa orang saja yang bersedia menjual atau membeli. Hal inilah yang terjadi dengan mata wang kripto pada masa lalu.

Ramai pemilik terbesar Bitcoin tidak mahu menjual Bitcoin mereka walau apa keadaan sekalipun. Maka jika seseorang cuba untuk membeli banyak Bitcoin sekaligus, tidak cukup Bitcoin yang tersedia. Hal ini membuat harga terdorong naik hingga lebih ramai orang yang ingin menjual Bitcoin mereka.

Sebaliknya, jika ramai orang memutuskan untuk menjual Bitcoin mereka pada waktu yang sama, ada kemungkinan tidak ada cukup pembeli. Kemudian harga akan jatuh hingga harga yang lebih rendah bagi menarik lebih ramai pembeli.

Sekarang, hal ini mulai berubah. Lebih ramai orang yang membeli dan menjual Bitcoin, sehingga lebih banyak kecairan Bitcoin di pasaran. Ini membantu menstabilkan harga kembali.

3. Melabur boleh mempengaruhi emosi

Ramai yang menyarankan bahawa ‘emosi’ tidak boleh terlibat ketika anda melabur. Namun, ini tidak selalu benar.

Ketika harga Bitcoin jatuh, para pelabur cenderung mengalami apa yang biasanya dikenali sebagai FUD: Fear, Uncertainty and Doubt (ketakutan, ketidakpastian dan keraguan).

Mereka takut harga akan terus jatuh. Mereka merasakan ketidakpastian harga tersebut boleh naik kembali. Mereka meragui keputusan mereka melabur itu benar. Kemudian, mereka akan menjual Bitcoin mereka.

Seringkali, hal ini bukanlah disebabkan kerana perubahan nilai Bitcoin yang nyata, tetapi hanya kerana khabar angin atau gosip.

Perubahan harga merupakan hal yang normal di dalam mana-mana pasaran sekalipun. Sama halnya, ketika harga Bitcoin meningkat, orang akan mengalami FOMO: Fear Of Missing Out (takut ketinggalan). Mereka takut ketinggalan kesempatan menjadi kaya dan mereka berharap harga akan terus meningkat, sehingga mereka mulai membeli Bitcoin, meningkatkan permintaan dan harga.

Hal ini menyebabkan kadar volatile yang dialami Bitcoin. Salah satu cara untuk memahaminya adalah bayangkan anda membeli laptop baru. Anda telah sejak lama mengidam sebuah laptop yang berharga RM6,000, dan berharap harga laptop tersebut akan turun.

Jika harganya turun menjadi RM4,000, anda akan segera membelinya. Namun, berbeza halnya dengan pelaburan. Ketakutan kita akan tertinggal (FOMO) mungkin membuat kita membeli laptop ketika harganya lebih mahal kerana kita beranggapan bahawa kita dapat menjualnya dengan harga yang lebih mahal.

Dengan FUD pula, ianya berlaku apabila kita menjual laptop tersebut ketika harganya lebih rendah; kerana kita beranggapan bahawa harganya akan menjadi semakin rendah.

4. Harga Bitcoin sangat mudah dipengaruhi berita-berita

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile 4

Buy the rumour, sell the news.

Sama seperti melabur saham atau mata wang asing, harga Bitcoin boleh dipengaruhi oleh berita yang tersebar.

Bahan berita umum yang dapat mempengaruhi harga meliputi:

● Berita regulasi atau tindakan baru dari bank dan pemerintah (misalnya, keputusan SEC terhadap ETF , pelarangan Bitcoin di Tiongkok )
● Pernyataan dari tokoh-tokoh terkemuka di bidang teknologi dan pelabur (misalnya Jamie Dimon , John McAfee)
● Khabir angin dan informasi yang keliru

Hal-hal tersebut hanyalah beberapa faktor yang mempengaruhi pergerakan harga cryptocurrency seperti Bitcoin. Sebelum membuat keputusan pelaburan apa-apa sekalipun, penting untuk memahami pelaburan apa yang akan anda ceburi.

Oleh Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto terkemuka global yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Mempunyai pekerja lebih daripada 250 orang dan kini mempunyai ibu pejabatnya di London dengan hab serantau di Singapura dan Cape Town.

Diasaskan oleh CEO Marcus Swanepoel dan CTO Timothy Stranex, Luno telah mengumpul lebih daripada $13 juta dana sejak dilancarkan pada 2013 dan disokong oleh gergasi teknologi global Naspers Group yang memimpin pusingan Siri A mereka, dan Balderton Capital yang memimpin pusingan Siri B mereka, antara lainnya.

Mata Wang Digital Dan Token Digital Dikawalselia Suruhanjaya Sekuriti

Di Malaysia, mata wang digital diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Lesen telah diberikan kepada mereka yang ingin menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital ini, dan Luno merupakan salah sebuah syarikat yang mendapat lesen tersebut.

Bila ada lesen yang sah, barulah kita sebagai pengguna rasa selamat untuk menjalankan sebarang transaksi. Baca juga Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin – Mufti Wilayah Persekutuan Dah Bersuara.

4 Sebab Utama Mengapa Harga Bitcoin Sangat Volatile 5

Komen

komen





Source link