Uncategorized

4 Tips Menabung Bagi Mereka Yang Susah Nak Menyimpan

4 Tips Menabung Bagi Mereka Yang Susah Nak Menyimpan 1


4 Tips Menabung Bagi Mereka Yang Susah Nak Menyimpan 2

Photo by Jessica Lewis from PexelsPhoto by Jessica Lewis from Pexels

Ramai di antara kita yang menghadapi masalah untuk menyimpan, tambah-tambah lagi bagi mereka yang suka berbelanja. Pelbagai alasan diberikan, duit gaji tak cukup la, banyak hutang nak kena settle la, dan bermacam-macam lagi.

Kali ini kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh kita gunakan agar dapat memaksa diri untuk menabung.

1. Anggap Ia Sama Seperti Perbelanjaan Wajib

Bila dah dapat gaji, anda mesti akan terus settlekan bayaran yang penting dahulu seperti bil utiliti, hutang PTPTN, hutang kereta, rumah dan sebagainya. Lakukan perkara yang sama juga untuk simpanan.

Sebelum membelanjakan duit gaji, ambil sedikit untuk tujuan saving. Kita digalakkan untuk menyimpan di antara 20-30% daripada jumlah gaji bulanan.

Cara ini lebih efektif berbanding membelanjakan terlebih dahulu gaji dan kemudian menyimpan baki yang ada. Itu pun kalau ada. Sebab kadang-kadang baru  tengah bulan, duit gaji pun dah tinggal ciput dan cukup-cukup makan, sementara menunggu gaji baru masuk.

2. Akaun Khas Untuk Simpanan

Boleh dikatakan semua orang mesti pernah mengalami situasi di mana kita gunakan wang simpanan untuk kononnya tujuan kecemasan, padahal sebenarnya nak beli kasut baru. Jadi salah satu cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan membuat satu akaun khas seperti deposit tetap atau fixed deposit.

Ini bagi memastikan kita tidak dapat mengeluarkan duit simpanan tersebut sesuka hati. Ini kerana dalam akaun simpanan tetap, kita hanya boleh mengeluarkan duit tersebut setelah cukup waktu matangnya iaitu mungkin 1 bulan, 3 bulan, setengah tahun dan sebagainya.

Kalau kita keluarkan juga duit daripada simpanan tetap, kita mungkin tidak akan dapat merasai kadar faedah. Kan rugi?

Baca juga Kelebihan Dan Kelemahan Simpanan Fixed Deposit.

3. Tunggu Sebelum Membeli

Untuk mengelak daripada membeli sesuatu yang tidak diperlukan, apa kata kita sabar dengan menetapkan waktu menunggu. Maksudnya, katakanlah anda teringin beg tangan baru, cuba bersabar untuk tempoh seminggu ke dua minggu.

Kalau keinginan tersebut masih kuat, maka teruskan niat untuk membelinya.

Tapi beli pun sebab ada duit lebih, bukan dengan cara berhutang atau swipe kad kredit pula.

Jemput baca Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

4. Cabaran Bersama Rakan-rakan

Bagi mereka yang sukakan cabaran, apa kata kita ajak mana-mana rakan kita untuk sama-sama menyimpan. Cabar diri dan rakan kita untuk menyimpan sejumlah tertentu dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Lihat siapa yang berjaya menjadi penyimpan yang baik.

Dengan cara ini, kita akan jadi lebih bersemangat dan tidak berasa keseorangan dalam usaha membuat simpanan.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk menggalakkan diri menabung. Semua ini bergantung kepada kreativiti dan disiplin masing-masing.

Sumber Rujukan: RinggitPlus

Sabar, jangan pergi lagi, teruskan membaca untuk dapatkan tips-tips yang power berikutnya:

4 Tips Menabung Bagi Mereka Yang Susah Nak Menyimpan 3

Komen

komen





Source link