Artikel Terkini

5 Bantuan Untuk Ibu Tunggal Bagi Mengukuhkan Kewangan Mereka


Ibu tunggal mempunyai cabaran utama di dunia ini iaitu mencari duit untuk membesarkan anak-anak. Ramai ibu tunggal mengalami masalah yang sama iaitu hilang tempat bergantung di mana tiada lagi suami yang memberi nafkah untuk diri sendiri dan anak-anak.

Justeru, terdapat banyak bantuan yang diberikan khas kepada ibu tunggal malah peluang perniagaan juga telah diperkenalkan. Menyedari hal itu, pastinya terdapat banyak bantuan untuk ibu tunggal bagi mengukuhkan kewangan dan mencukupkan kewangan harian mereka dalam menampung anak-anak.

1. Inisiatif Ibu Tunggal

Tahukah anda, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi wanita dan ibu tunggal menyediakan inisiatif kemahiran dalam bidang teknikal untuk mereka. Ini adalah peluang keemasan bagi para ibu tunggal mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik lagi.

Bagi anda yang berniaga, jom ketahui inisiatif untuk ibu tunggal yang diberikan.

2. Latihan Dan Bengkel Perniagaan

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Bantuan-Untuk-Ibu-Tunggal-Bagi-Mengukuhkan-Kewangan-Mereka2-700x394.jpg

Latihan dan bengkel perniagaan untuk ibu tunggal memulakan perniagaan juga telah lama diwujudkan. Sokongan yang padu dan pertolongan yang rapi dari Persatuan Witus akan memberi impak yang positif kepada para ibu tunggal.

Perniagaan berdasarkan minat seperti memasak, buat kek dan lain-lain lagi boleh dilakukan. Jom lihat maklumat yang berkaitan Ibu Tunggal Witus di sini.

3. Skim Bantuan Ibu Tunggal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah menyediakan Skim Bantuan Kanak-kanak kepada ibu tunggal untuk membantu meringankan beban mereka dalam menampung kos sara hidup anak-anak. 

Skim Bantuan Kanak-kanak ini termasuk RM 100 sebulan sekiranya mempunyai seorang anak manakala RM 450 sebulan jika keluarga melebihi 4 orang kanak-kanak. Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan negeri.

4. Zakat Ibu Tunggal

Sekiranya anda adalah ibu tunggal yang termasuk dalam mana-mana kategori golongan asnaf, maka anda layak menerima zakat. Pastinya ia dapat membantu meringankan beban si ibu tunggal dalam menempuh hidup bersama anak-anak.

Segera memohon bantuan zakat sekiranya anda ibu tunggal yang merupakan kategori asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

5. Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Bantuan-Untuk-Ibu-Tunggal-Bagi-Mengukuhkan-Kewangan-Mereka3.jpg

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bukan sahaja khas untuk ibu tunggal, tetapi juga terbuka kepada semua kaum ibu asalkan menetap di Selangor. Kaum ibu akan menerima sebanyak RM 2,400 untuk setahun atau RM 200 untuk sebulan.

Ia lebih kurang seperti BRIM tetapi lebih baik dan berbaloi untuk setiap ibu. Jom lihat lebih lanjut berkaitan KISS di sini.

Itulah dia 5 bantuan untuk ibu tunggal bagi mengukuhkan kewangan dan meringankan bebanan mereka dalam menyara anak-anak. Semoga bantuan yang diberikan bermanfaat bagi mereka.



Source link