Artikel Terkini

5 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Yang Paling Mujarab, No. 1 Dan 2 Ramai Tak Tahu


Tahun ni, rezeki durian menjadi-jadi tak seperti tahun lepas. Ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan raja buah ni. Peniaga pun perlu pandai main harga sebab dah tiba musim luruh. Durian pula, bila dah lebih 2 hari tak sedap pula dimakan. Jadi, sebaiknya stok durian yang dijual perlu habis dijual segera. Jadi, sebagai pembeli pula tugas yang kita perlu lakukan adalah untuk memastikan durian yang dibeli dapat dinikmati dengan puas. Jadi, pembila haru hadam cara atau tip memilih durian terlebih dahulu [klik sini untuk dapatkan tip memilih durian yang sedap]

Bila dah beli, satu hal lagi yang perlu dihadapi iaitu menghilangkan bau durian dalam kereta. Ada tu makan berhari baru hilang. Walaupun anda merupakan Die hard fan durian, bau yang terperap dalam kereta berhari-hari pun boleh menyebabkan pening tak sudah. Jadi, untuk hilangkan bau durian dalam kereta dengan segara, mujarab dan teruji, Ada beberpa kaedah yang boleh anda lakukan.

Jika sebelum ini ada beberapa perkongsian menyatakan, bau durian dapat dihilangkan dengan meletakkan tangkai durian lah roti dan pelbagai lagi. Tapi ini tip yang paling mujarab dan cepat.

1. Guna kotak dan surat khabar
Kebiasaanya, penjual akan menyediakan pelastik atau guni untuk tujuan pembukasan, Apa kata anda letak durian dalam kotak dan sebaiknya sekeliling durian tersebut diletakkan surat khabar. Kaedah ini berupaya mengurangkan kadar pembebasan bau durian di dlam kereta

2. Tukarkan tatapan air-cond.
Tip ini paling cepat dan mujarab. Masa membawak durian mahupun selepas, tukar tatapan aliran air-cond anda kepada pengudaraan bebas. Iaitu, angin yang disedut akan terus keluar dari kereta. Kalau yang menggunkan aliran biasa, udaranya akan berpusing dan terperangkap di dalam kenderaan. Hal ini akan menyebabkan bau durian yang terperangkap lambat hilang

3. Arang
Ini antara petua yangtelah digunakan sejak dulu lagi. Arang terutamanya dari buluh berupaya meneutralkan sebarnag bau busuk yang terperangkap dalam kenderaan termasuklah durian. Tapi, bukanlah bermakna anda pelu letak satu bongkah besar arang. Ia perlu di kecil-kecilkan untuk memudahkan penyerapan bau.

4. Baking soda
Kalau taka da arang, baking soda pon boleh. Namun, bukanlah sebarangan baking soda yang sesuai. Yang digunakan untuk membuat kek dan roti tu, kandungan nya tak begitu kuat. Anda perlu dapatkan baking soda dari hardware. Letakkan baking soda di dalam bekas terbuka untuk lebih mujarab.

5. Serbuk kopi
Perasan tak kala pergi counter perfume, penjual akan bagi kita biji kopi untuk hidu sebelum mencuba aroma lain? Kopi seperti arang bersipat menutralkan bau. Untuk dapatkan kesan yang lebih proaktif, gunakan serbuk kopi yang belum digunakan sebab aromanya masih kuat dan segar.

Atau, anda boleh cuba cara dalam video ni. SANGAT MUJARAB 

 

No durians in the car

With the durian season in full swing.When your love of durian clashes with your wife who already warned you not to put it your in the car 😆Credit: Tun M Faizul

Posted by ROADS.sg on Wednesday, July 25, 2018

Komen anda





Source link