Artikel Terkini

5 Cara Untuk Dapatkan Rumah ‘Below Market Value’


Asas kepada
strategi pelaburan hartanah adalah dengan membeli hartanah pada harga yang
lebih murah di pasaran atau dalam bahasa mudahnya di bawah harga pasaran.

Ramai pelabur
hartanah di luar sana yang mencari – cari hartanah di bawah harga pasaran dengan
harapan membuat keuntungan dari hartanah tersebut dengan menunggu harganya
meningkat untuk satu tempoh jangka panjang.

“Mencari rumah below market value memang sukar,
tetapi sebenarnya tidak mustahil.”

Persoalannya kini
adalah, di mana hendak mula dalam pencarian senarai hartanah di bawah harga
pasaran?

Baca : 4 Tips Beli Rumah Bawah Harga Pasaran

Adakah menerusi
portal online, menerusi ejen, ataupun menerusi kenalan yang ingin menjual
hartanah mereka?

Untuk itu, artikel kali ini akan menerangkan tentang 6 cara dan teknik yang sering diguna pakai oleh pelabur hartanah dalam mendapatkan hartanah below market value.

1. Portal Online

Seiring dengan
perkembangan penggunaan teknologi pada hari ini, industri hartanah juga
menerima impak positif.

Anda kini hanya
perlu melayari portal online hartanah yang tepat untuk membuat carian hartanah
di bawah harga pasaran.

Untuk mendapatkan
hartanah di bawah harga pasaran, anda disarankan untuk mula dengan hartanah
dari pasaran lelong.

Tahukah anda, terdapat
hampir 1,000 hartanah dilelongkan di Kuala Lumpur dan Selangor dalam masa
sebulan sahaja?

Baca : Top 10 Portal Carian Hartanah di Malaysia Tahun 2019

Ini antara portal
online yang anda boleh gunakan untuk mula membuat carian hartanah below market
value :-

2. Beli Secara Tunai

Teknik ini
merupakan teknik paling cepat dan berkesan untuk anda membeli rumah di bawah
harga pasaran.

Akan tetapi, anda
perlu mempunyai simpanan wang yang banyak untuk membeli rumah secara tunai ini.

Baca : Berapa Downpayment Untuk RUmah Undercon, Subsale dan
Lelong?

Atau sekurang –
kurangnya, pendapatan bulanan yang sedap dan konsisten untuk membiayai
pembelian secara tunai.

Caranya adalah
dengan melakukan carian senarai hartanah di mana – mana portal online dan
hubungi pemilik rumah yang ingin menjual hartanah mereka dengan bayaran tunai tetapi 30% – 50% daripada
harga rumah tersebut.

Teknik lain yang
diguna pakai adalah dengan menawarkan bayaran tunai kepada rumah tersebut
tetapi melalui ansuran bulanan kepada
pemilik hartanah dalam tempoh 6 bulan – 12 bulan.

Untuk teknik
pembelian secara ansuran bulanan ini, anda perlu berbincang dengan pemilik
rumah terlebih dahulu. Jika pemilik rumah bersetuju, anda boleh membuat
perjanjian seperti :-

Harga
Rumah : RM150,000.

Harga
Dibeli Oleh Anda : RM100,000

Tempoh
Ansuran Bulanan : 12 Bulan

Bayaran
Bulanan : RM8,333

3. Jangan Cari Di Projek Utama / Projek Mega

Buat pengetahuan
anda, kebanyakan hartanah yang dijual secara below market value bukan berada di
projek utama atau projek mega.

Baca : 6 Tips Nak Beli Rumah Lelong

Kebanyakannya
adalah dari projek yang tidak mempunyai permintaan yang kurang tinggi.

Kesan dari
permintaan sewaan yang kurang, kebanyakan pemilik rumah akan menjual rumah
mereka.

Projek – projek
yang kurang permintaan ini biasanya terletak di pinggir bandar atau di kawasan
yang mempunyai lambakan bekalan hartanah yang sama seperti Cyberjaya.

4. Unit Rumah Yang Besar

Jangan terkejut
jika anda mendapati, kebanyakan rumah yang dijual secara below market value
adalah unit rumah yang luas sekiranya hartanah tersebut adalah dari jenis
kondominium.

Secara logiknya,
harga unit kondominium yang besar adalah sama atau lebih tinggi daripada
hartanah landed.

Baca : 6 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Lelong

Kita sedang
bercakap tentang unit kondominium yang mempunyai keluasan melebihi 1,500 kps ke
atas.

Berdasarkan data,
high rise di bawah 1,000 kps adalah lebih laku berbanding 1,000 kps ke atas
atas faktor harga.

Dan trend di
Malaysia menyaksikan pembeli rumah lebih suka hartanah landed berbanding high
rise.

5. Jangan Beli Rumah Yang Diiklankan

Maksud jangan
membeli hartanah yang diiklankan secara online adalah kerana sekiranya sebuah
hartanah yang dijual secara below market value perlu diiklankan, hartanah
tersebut tidak berada di tempat yang tinggi permintaannya.

Pada kebiasaannya,
hartanah below market value yang dijual di bawah RM100,000 dan kekal tidak terjual adalah kerana tidak wujud booster
– booster hartanah di sekitarnya seperti pengangkutan awam, pasaraya, hospital
dan juga bank.

Baca : 5 Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

“Berjaya beli rumah pada harga murah memang baik. Tetapi
berjaya beli rumah di kawasan tumpuan pada harga murah adalah jauh lebih baik.”

Cadangannya adalah
membuat carian hartanah below market value di pasaran lelong menerusi portal
bank yang melelong hartanah tersebut atau menerusi ejen lelong yang dilantik
panel bank. 

Nak beli rumah di
bawah harga pasaran sememangnya tidak mustahil jika anda tahu teknik dan ilmu
selain daripada mempunyai modal yang besar.

Proses rundingan
antara anda dan pemilik rumah juga perlu dititikberatkan supaya anda mampu
mendapatkan rumah tersebut jauh lebih murah berbanding harga pasaran.



Source link