Uncategorized

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 1


Awal tahun 2019, Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign, HOC).

Pemaju digalakkan untuk menyertai kempen ini untuk membolehkan pembeli menikmati pengecualian duti setem untuk surat cara pembelian (S&P) dan duti setem perjanjian perumahan.

Baca: Pengecualian Duti Setem Ringankan Beban Pembeli Rumah Pertama

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 2

Imej : Loanstreet.com.my

Syarikat pemaju yang menyertai kempen ini diwajibkan untuk menawarkan potongan harga sekurang-kurangnya 10%. Terdapat ramai pemaju yang sanggup menawarkan diskaun, ada yang sehingga 40% potongan dari harga asal.

Kempen ini amatlah diperlukan untuk merancakkan lagi pasaran hartanah yang sudah suam sejak pertengahan 2017. Ianya meningkat kepada 32,313 unit dengan nilai RM19.86 bilion pada tahun 2018. Kebanyakan hartanah tidak terjual ini adalah kediaman bertingkat; kondominium dan apartmen.

Baca : Unit kediaman siap dibina tidak terjual terus meningkat

“Sumber dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (National Property Information Centre, NAPIC) menyatakan terdapat 24,738 buah unit kediaman dengan nilai RM15.64 bilion tidak terjual pada tahun 2017.”

Impak yang paling ketara sekali adalah melalui jualan projek perumahan PR1MA. Pada 9 Mei yang lepas, PR1MA juga mengumumkan 10,200 unit kediaman berjaya dijual melalui Kempen Pemilikan Rumah (HOC), dengan nilai sebanyak RM2.65 bilion.

Baca : Apa KPKT Buat Untuk Bantu Pemilikan Rumah?

Kempen ini berjaya membantu syarikat pemaju dan masyarakat di semua negeri. Sebelum ini terdapat banyak rungutan bahawa projek perumahan PR1MA berada di kawasan yang kurang strategik.

Ianya benar kerana banyak projek yang dibina terletak di luar kawasan bandar utama. Tetapi dengan tawaran potongan harga yang diberikan bersama penjimatan setem duti, projek PR1MA terus mendapat sambutan hangat.

Baca : Pasaran Hartanah Mula Stabil Di Seluruh Malaysia

Yang kedua, golongan B40 dan M40 adalah penerima faedah yang paling untung apabila terdapat banyak projek perumahan mampu milik turut menyertai kempen ini. Termasuklah PR1MA, Rumah SelangorKu, dan juga Residensi Wilayah.

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 3

Imej : Harian Metro

Masalah utama dua golongan ini untuk membeli kediaman adalah berpunca dari kesukaran untuk mendapat pinjaman perumahan. Harga hartanah yang agak tinggi menyukarkan peluang mereka.

Tetapi HOC telah membuka peluang keemasan apabila potongan harga diberikan menyebabkan komitmen bulanan menjadi amat rendah. Sebagai Contoh; PR1MA A’Famosa Melaka yang dijual bermula dengan harga RM135,000. Ramai yang mampu memilikinya keranan bayaran pembiayaan bulanan hanyalah sekitar RM650.

“Apa yang lebih menarik adalah 4 bulan selepas kempen ini dilancarkan, pasaran hartanah mula menunjukkan perkembangan yang positif.”

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 4

Imej : Sales Portal PR1MA

Berdasarkan NAPIC, sebanyak 1% peningkatan dari jumlah nilai transaksi pada suku pertama 2019, berbanding suku keempat 2018. Statistik hartanah tidak terjual dari NAPIC hanya tertumpu pada hartanah dari pasaran utama, bukan pasaran sekunder.

Dianggarkan 80% transaksi hartanah pada 2018 adalah dari pasaran sekunder dan 20% dari pasaran utama. Disebabkan jumlah nilai hartanah tidak terjual dari pasaran utama yang tinggi, pasaran sekunder turut merasakan impak dan mengalami kemerosotan.

Dengan HOC, pasaran sekunder dijangkakan akan pulih tidak lama lagi kerana jumlah hartanah yang dijual dari pasaran utama akan mula berkurang.

Pembeli akan mula bertumpu ke pasaran sekunder kerana jumlah hartanah untuk dijual di sesuatu lokasi adalah terhad bagi pasaran utama. Tetapi tidak bagi pasaran sekunder yang terdiri dari beberapa projek perumahan yang telah siap dibina dan diduduki.

Baca : Pasaran Subsale Bakal Terima Diskaun Bermula Julai 2019

Impak HOC yang keempat, projek perumahan yang sudah mula perlahan dan hampir terbengkalai berjaya dihidupkan. Ramai kontraktor binaan mula menanggung kerugian apabila terlalu banyak unit kediaman tidak terjual dan bayaran dari syarikat pemaju telah mula telah berhenti.

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 5

Imej : Wikipedia

Di setiap bandar-bandar utama, KPKT telah menganjurkan Expo Hartanah HOC untuk meningkatkan kesedaran terhadap kempen ni. Sekaligus menyelesaikan masalah projek perumahan yang hampir dikategorikan sebagai projek sakit di setiap pelusuk negeri, bukan hanya bertumpu di Lembah Klang.

Yang terakhir, peluang pekerjaan, perniagaan dan perkongsian ekonomi secara tidak langsung mula meningkat. Antara yang menikmati perkembangan pasaran hartanah adalah :-

  • rakan jualan syarikat pemaju
  • ejen hartanah
  • pereka hiasan dalaman
  • kedai perkakasan rumah
  • kedai perabot
  • kedai barangan elektrik
  • khidmat membersihkan rumah
  • khidmat lori sewa

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 6

Imej : The Lorry

5 Impak Kempen Pemilikan Rumah KPKT 7

Imej : Maideasy

Namun, tempoh masa yang singkat dan persediaan yang tidak lengkap dari pihak terlibat telah menghadkan potensi kempen ini untuk memberikan impak yang lebih besar. Syarikat pemaju, firma guaman, dan juga institusi kewangan sepatutnya lebih peka dan bersiap sedia lebih awal untuk kempen ini.

Baca : Lanjutkan Tempoh Pinjaman Beli Rumah Kepada 40 Tahun. Pembeli Atau Pemaju Untung?

Proses untuk memiliki sesebuah kediaman memerlukan persediaan yang berbeza bagi setiap individu. Beberapa bulan diperlukan untuk memperbaiki profil kewangan, sebelum layak untuk memohon pembiayaan perumahan.

“Tempoh Kempen Pemilikan Rumah selama 6 bulan sebenarnya tidak mencukupi. Diharap pihak KPKT dan REHDA mempertimbangkan untuk melanjutkan sehingga hujung Disember 2019.”

Hartabumi.com mempunyai banyak ilmu hartanah dan ilmu kewangan yang percuma untuk diakses. Golongan pembeli rumah pertama khususnya boleh manfaatkan laman sesawang Hartabumi.com untuk mencari tawaran menarik sempena HOC 2019.





Source link