Uncategorized

5 Industri Kalis Gawat – Majalah Labur

5 Industri Kalis Gawat - Majalah Labur 1


Melabur di pasaran saham adalah seperti ekonomi, ada pasang dan surutnya. Bila ekonomi meningkat naik, semua orang pasti memperolehi kebaikannya. Tetapi bila dah lama sangat di atas, pasti tiba masa untuk jatuh juga.

Pernah dengar kitaran 10 tahun atau 12 tahun?
Masih ingat lagi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998?
Krisis Sub-Prime di Amerika Syarikat pada tahun 2008?

Oleh itu, ambil tahu 5 industri yang kalis gawat di bawah. Ini kerana mereka telah terbukti dapat mengharungi kegawatan ekonomi yang katanya akan berlaku pada tahun 2019 ini.

1. Barangan Konsumer

5 Industri Kalis Gawat - Majalah Labur 2

Apa pun yang terjadi kepada ekonomi, orang ramai masih memerlukan barangan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun mandi, syampu, sabun basuh, tisu dan banyak lagi. Hanya sebilangan kecil konglomerat yang menghasilkan barangan konsumer ini, termasuklah Colgate-Palmolive Company (CL), Proctor & Gamble Co (PG) and Unilever N.V. (UN).

Cuba tengok kat rumah anda, ada tak barang-barang keluaran mereka ini? Ini kerana mereka memiliki lebih daripada 30 jenama dengan pendapatan lebih daripada $1 bilion setiap tahun.

2. Pasaraya

5 Industri Kalis Gawat - Majalah Labur 3

Nak beli barangan konsumer di atas, kena beli di kedai bukan? Kalau di Amerika Syarikat, mereka ada Wal-Mart Stores, Inc. (WMT), Kroger Company (KR) dan Costco Wholesale Corporation (COST), kita di Malaysia pula ada Giant, Mydin, Tesco dan Aeon Big. Berbilion jugalah bisnes mereka setiap tahun kan?

Walaupun ‘pasaraya online’ mula memberikan persaingan, namun di Malaysia nampaknya belum lagi nampak kesannya.

3. Makanan dan Minuman

5 Industri Kalis Gawat - Majalah Labur 4

Ekonomi naik ke menjunam ke, kita semua masih kena makan dan minum. Betul tak? Kalau dulu mampu pergi makan tempat mewah setiap minggu, kini pergi sebulan sekali pula. Mungkin makanan dan minuman hipster berkurang pelanggan, tetapi makanan asas lain seperti nasi, lauk-pauk, mi segera dan yang seangkatan dengannya.

Ikat perut macam mana sekalipun, orang ramai pasti takkan abaikan kesihatan mereka dengan mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat. Kalau ada anak kecil, memang tak boleh nak elak daripada beli susu lembu pula.

4. Kosmetik

Perempuan terutamanya, mahu kelihatan cantik, menarik dan tertarik apabila keluar rumah berjalan-jalan atau pun ke tempat kerja. Ekonomi yang suram takkan mengubah fakta ini. Di antara syarikat kosmetik terbesar adalah L’Oréal dan Estee Lauder. Kita di Malaysia pun tak kurang hebatnya dengan SimpliSiti, keluaran Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.

Kalau tak mampu beli barangan kosmetik yang mahal-mahal, terpaksa beralih kepada jenama yang murah sedikit. Tetapi orang ramai pastinya nak kelihatan cantik, walaupun terpaksa berjimat.

5. Perkhidmatan ‘Tok Adi’

Semua orang tak boleh lari daripada kematian, maka perkhidmatan penggali kubur dan industri yang berkaitan pasti takkan surut. Kain kapan, kapur barus, lot tanah kubur, perhiasan batu nisan atas kubur dan bermacam-macam lagi perlu disediakan.

Setiap kali berlakunya kematian, keluarga si mati perlu sediakan wang ribuan ringgit untuk semua keperluan ini.

Ekonomi Teruk Pun Industri Kalis Gawat Akan Kekal

Bagi mereka yang berniaga, bolehlah menceburi industri kalis gawat ni. Bagi pelabur saham pula, boleh intai peluang untuk beli saham-saham syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan kalis gawat ni.

Bagi pengguna pula, walaupun ada niat untuk berjimat, namun pasti tidak mampu untuk tidak langsung menggunakan produk dan perkhidmatan daripada industri-industri yang disebut di atas.

Diolah Daripada Sumber: Investopedia

5 Industri Kalis Gawat - Majalah Labur 5

Komen

komen





Source link