Uncategorized

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 1


5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 2

Apa yang kita lakukan hari ini bakal memberikan kesan kepada masa hadapan kita. Jika seorang pelajar malas untuk mengulang kaji, maka keputusan peperiksaannya akan terjejas, jika seorang pekerja malas bekerja, mungkin dia akan diberhentikan.

Begitulah juga dalam bab kewangan, setiap keputusan kewangan yang dibuat bakal memberikan kesan di masa depan nanti. Kali ini, kita akan melihat kepada kesilapan-kesilapan kewangan yang membebankan kita bagi tempoh jangka masa panjang.

1. Membeli kereta di luar kemampuan.

Tidak dinafikan kereta adalah keperluan bagi sesetengah inidividu, malah terdapat juga pekerjaan yang meletakkan syarat memiliki kereta dalam memilih pekerja. Membeli kereta bukan satu kesilapan, tetapi membeli kereta diluar kemampuan itu adalah satu kesilapan.

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 3

Credit : AutGifs

Kita perlu berbalik kepada fungsi asal kereta iaitu membawa kita daripada destinasi A ke destinasi B. Bukanlah dikfokuskan kepada rasa ‘bangga’ apabila memiliki kereta import.

Baca : 10 Punca Rakyat Malaysia Muflis

Antara formula yang boleh digunakan untuk mengetahui nilai kereta yang bersesuaian dengan kita adalah:

a) Harga kereta = setahun gaji
b) Bayaran bulanan kereta < 15% gaji bulanan

2. Memaksimumkan penggunaan kad kredit.

Kad kredit ini jika digunakan secara berhemah, banyak manfaatnya kepada kita, malah kita boleh jimat lagi dengan bonus dan mata yang diberikan. Tetapi jika kita tewas dengan nafsu membeli, kad kredit ini bakal memeningkan kepala kita.

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 4

Credit : Cash Mart

Akibat nafsu membeli yang tinggi, sedar-sedar sahaja kita sudah memaksimumkan penggunaan kad kredit kita. Kadar faedah yang dikenakan bukan sedikit, mencecah sehingga 18%!

Baca : 5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia

Buat pengetahuan anda, berdasarkan data dan statistik, daripada 2013- 2018, sejumlah 9,428 rakyat Malaysia muflis kerana kad kredit.

3. Kahwin menggunakan pinjaman peribadi.

Belanja kahwin zaman sekarang secara puratanya sekitar RM20,000-RM30,000. Kalau kita asyik sangat bercinta tetapi terlupa untuk mengumpul duit kahwin, maka terpaksalah kita memohon pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan kahwin nanti.

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 5

Credit : Vocket

Kahwinnya sehari sahaja, tetapi bayaran pinjaman sehingga 10 tahun, anak dah masuk darjah 1 pun masih belum habis bayar pinjaman.

4. Tiada simpanan kecemasan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia, hampir 76% rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan. Penting sangatkah simpanan kecemasan?

Ya penting, bayangkan jika anda ditimpa musibah yang memerlukan wang seperti kereta rosak, dari mana anda mahu mendapat wang kalau bukan daripada simpanan kecemasan?

Baca : Kenapa Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah? Ini Puncanya

Kalau tiada simpanan, maka akan terjadilah situasi ‘gali lubang tutup lubang’. Bulan ini kita pinjam dari kawan A, bulan depan pula kita pinjam dengan kawan B untuk bayar hutang A.

Kesilapan Kewangan Rakyat Malaysia Hartabumi 04

Credit : Tenor

Simpanlah sekurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. Kemudian cukupkan simpanan tersebut bersamaan dengan 3 bulan gaji.

5. Tertipu dengan skim cepat kaya.

Maklumlah, bila hutang dah mula menggunung, kita mula mencari jalan mudah keluar. Dan cara paling mudah adalah melalui skim pelaburan yang tidak masuk akal yang menjanjikan pulangan sehingga 20% setiap bulan.

5 Kesilapan Kewangan Yang Dilakukan Rakyat Malaysia 6

Credit :Tenor

Tahukah anda, pelabur terhebat dunia, Warren Buffet pun secara puratanya hanya memperolehi pulangan pelaburan sekitar 20% setahun. Mana mungkin ada pelaburan lain boleh beri pulangan sehingga 10%-20% setiap bulan.

Lebih baik jika anda mula sahaja menyimpan di ASB atau Tabung Haji. Kalau ada lebihan duit, boleh cuba pula pelaburan unit amanah, saham atau hartanah.


Langgan Info Terkini





Source link