Uncategorized

5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Kadar Cepat

5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Kadar Cepat 1


Tidak dinafikan, masih ramai yang tersepit dan dibelenggu hutang yang kian meninggi. Namun, ia bukanlah satu perkara yang tidak dapat diselesaikan sama sekali. Jika seseorang telah meletakkan diri dalam beban hutang, bermakna mereka juga telah meletakkan diri mereka dengan keberanian untuk menanggung sekaligus menyelesaikan hutng tersebut.

Jom kita tengok 5 langkah utama bagaimana caranya untuk kita selesaikan hutang satu persatu secara teratur dan bijaksana.

Langkah 1: Senaraikan Segala Jenis Hutang

Pertama sekali, buat senarai segala hutang-hutang yang kita ada beserta dengan nilai segala hutang-hutang tersebut. Selain daripada itu, senarai ini juga membantu kita untuk melihat keseluruhan hutang yang kita ada.

Sebaiknya, hutang-hutang ini disenaraikan mengikut kepada nilai jumlah hutang yang paling kecil ke nilai jumlah yang besar.

Contoh:

  • Hutang Peti Sejuk RM1,600
  • Hutang Kereta RM45,000
  • Hutang Rumah RM200,000

Langkah 2: Senaraikan Segala Jenis Pendapatan

Pendapatan ini termasuklah pendapatan tetap dan juga pendapatan sampingan, tidak kira sikit atau banyak. Senaraikan semuanya yang memberikan kita pendapatan setiap bulan.

Contohi:

  • Gaji Tetap RM3,000
  • Part-time dropship RM800
  • Part-time menulis RM500

Langkah 3: Senaraikan Segala Jenis Komitmen Bulanan Yang Tetap

Komitmen di sini termasuklah pembayaran bil internet, instalment bulanan kereta, instalment bulanan rumah dan sebagainya; senaraikan satu persatu.

Ini sangat penting agar kita tidak tertinggal walau satu komitmen sedia ada.

#Langkah 4: Sediakan Wang Yang Lebih Untuk Bayar Hutang

Tetapkan sebanyak 10% lebih daripada jumlah minimum hutang yang paling rendah yang perlu kita tanggung. Contohnya, sekiranya keseluruhan hutang minimum adalah RM1,600, bermakna kita perlu lebihkan 10% daripada nilai RM1,600 tersebut.

Kat mana nak dapat 10% ‘lebihan’ ni, samada kita ikat perut dan berjimat-cermat atau tambah pendapatan yang baru.

#Langkah 5: Selesaikan Hutang Kecil Terlebih Dahulu

Jika dah mampu untuk sediakan 10% tersebut, maka selesaikan dulu hutang-hutang kecil yang kita ada.

Contoh:

  • Hutang Peti Sejuk RM1,600
  • Bayaran Bulanan RM100
  • Tambahan 10% sebanyak RM160
  • Bayaran Bulanan seterusnya RM100 + RM160 = RM260/bulan

Jika bulan lepas, kita bayar hutang peti sejuk sebanyak RM100 sebulan, dengan adanya 10% tambahan tadi, boleh gunakannya untuk bayar lebih hutang tersebut.

Cara sebegini dapat membantu kita untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat.

Lakukan ini untuk hutang-hutang yang seterusnya, tanpa mengurangkan jumlah RM260 tadi, malah kita gandakan lagi jumlah bagi hutang yang lebih tinggi.

Contoh:

  • Hutang Kereta RM45,000, bayaran bulanan sebanyak RM800

Sekarang kita bayar RM1,060 pula, iaitu lebih RM260 sebulan disebabkan kita dah habis bayar hutang peti sejuk tadi.

Semak Kedudukan Kewangan Anda Dengan Laporan Kredit

Anda mungkin berasa bahawa anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tetapi adakah pihak bank atau institusi kewangan mempunyai pandangan yang sama?

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan anda secara online.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Kadar Cepat 2

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Kadar Cepat 3

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

5 Langkah Selesaikan Hutang Dengan Kadar Cepat 4

Komen

komen





Source link