Uncategorized

5 Nasihat Jim Rohn: Pakar Motivasi Terunggul Sepanjang Zaman


Jika anda inginkan kemajuan dan kejayaan dalam diri, kita perlu mempelajarinya melalui pengalaman hidup dan motivasi kepada diri sendiri. Jika ada yang sedang mencari seorang ikon untuk dijadikan panduan bagi meningkatkan motivasi diri, Jim Rohn adalah di antara ikon yang sesuai untuk kita ambil sebagai contoh.

Tahukah anda setiap kata-kata yang keluar daripada mulut beliau telah mengubah mentaliti ramai orang di luar sana? Tanpa membuang masa, mari kita hadamkan kata-kata hikmah beliau:

1. “You are the average of the five people you spend the most time with

Kita cenderung untuk menjadi seperti 5 individu yang kita selalu luangkan masa bersama. Kenapa? Kerana mereka inilah yang akan banyak mempengaruhi kehidupan kita. Jika kita meluangkan masa bersama dengan 5 orang yang banyak membuang masa, pemalas dan sebagainya; kita juga berpotensi untuk jadi seperti mereka.

Bayangkan jika kita lebih banyak meluangkan masa dengan individu yang lebih bermotivasi, lebih menghargai masa, lebih bijak dan sebagainya; kita secara tidak langsung juga berpotensi menjadi seperti mereka.

Oleh itu, luangkan lebih masa dengan mereka yang dah berjaya. Ambil dan belajar sesuatu sebanyak yang mungkin.

2. “Life plan, chances are you’ll fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not much

Mula untuk merangka setiap pelan kehidupan. Buatlah pelan untuk 3 bulan, setahun, dan 5 tahun akan datang; apa yang ingin dicapai dalam kehidupan. Ianya akan menjadikan kita fokus dan sesuatu yang ingin dikejar dalam kehidupan.

Pastikan kita kekal kepada pelan asal agar kita berada di landasan yang betul. Akan terdapat pelbagai halangan dalam menujunya, namun kita harus tabah menghadapinya.

3. “We must all suffer one of two things: the pain of discipline or the pain of regret.

Bermula hari ini kita kena tanamkan sifat, tingkah laku dan perangai yang baik-baik sahaja. Setiap kejayaan yang besar bermula daripada tabiat kecil yang baik. Contohnya jika kita ingin menurunkan berat badan, kita perlu bermula dengan menukar cara pemakanan. Sebagai contoh mengelak pengambilan makanan segera, kemudian pergi bersenam dan seterusnya.

Jika kita berasa malas untuk mulakan tingkah laku yang lebih baik, mulakan hari anda lebih awal daripada sebelumnya. Mula dengan mengubah perangai lewat bangun tidur, dan cuba untuk bangun setengah jam lebih awal daripada biasa. Perubahan yang kecil bakal membawa kepada perubahan yang lebih besar dalam kehidupan.

4. “Profits are better than wages. Wages make you a living; profits make you a fortune.

Berapa ramai daripada kita yang bekerja, tetapi rasa sangat berat untuk datang ke pejabat setiap hari? Ini kerana kita tak suka dengan pekerjaan , rakan sepejabat atau pun persekitaran tempat kita kerja tersebut.

Masih belum lambat untuk berubah sebenarnya. Fikirkan cara atau jalan bagaimana kita boleh mengubah minat menjadi satu pekerjaan yang boleh memberikan hasil daripada segi wang ringgit dan juga kepuasan.

Sentiasa tanya kepada diri sendiri, apakah cara lain yang boleh kita beri lebih manfaat kepada orang lain; berbanding dengan yang kita sedang lakukan sekarang. Juga sentiasa cabar diri untuk meningkatkan potensi yang ada dalam diri kita.

5. “Don’t wish it was easier, wish you were better. Don’t wish for less problems, wish for more skills. Don’t wish for less challenge, wish for more wisdom.

Belajar, terus belajar dan belajar lagi sampai bila-bila. Jangan pernah berhenti untuk belajar. Jika kita berhenti belajar, ianya ibarat kita berhenti bernafas.

Adalah terbaik jika kita sentiasa belajar benda baru. Hanya melalui ilmu pengetahuan dan pengalaman baru, kita boleh menyelesaikan masalah yang akan dihadapi pada masa akan datang.

Jim Rhon Merupakan Mentor Kepada Tony Robbins

Tahukah anda Jim Rhon juga merupakan mentor kepada Tony Robbins, salah seorang pakar motivasi terbaik sepanjang zaman? Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mencari seorang mentor yang dapat mengubah kehidupan kita untuk menjadi seorang yang lebih baik, di dunia dan di akhirat kelak.

Komen

komen





Source link