Uncategorized

5 Peranan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) Di Dalam FinTech


Sama ada ianya digunakan untuk mencapai resolusi yang lebih cepat, membantu pertanyaan pelanggan, mencapai hasil pelaburan yang lebih baik dan menilai risiko, Artificial Intelligence atau AI akan memainkan peranan yang besar di dalam pembangunan perkhidmatan kewangan.

Di antara contoh kegunaannya adalah:

1. Perkhidmatan Pelanggan Automatik

Pelanggan akan menerima perkhidmatan pelanggan AI setanding dengan kepakaran manusia pada kos yang lebih rendah menerusi sistem seperti ‘text chats’, sistem suara atau ‘chatbots’. AI membantu untuk mengelakkan kekusutan berurusan dengan pasukan perkhidmatan pelanggan manusia yang beremosi.

2. Pengesanan Penipuan Dan Pengurusan Tuntutan (Claims Management)

AI boleh mengumpul dan menganalisa data yang diperlukan untuk mengesan penipuan. AI kemudian akan mengenali dan memantau corak tingkah laku pengguna bagi mengenalpasti tanda-tanda percubaan penipuan. Pengurusan Tuntutan boleh dibina menggunakan teknik Machine Learning (ML) di dalam pelbagai peringkat pengendalian tuntutan.

Firma insurans yang menggunakan sistem AI boleh mengurangkan masa pemprosesan dan juga kos pengendalian. Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan pengalaman pelanggan. Algoritma ini mengenal pasti corak data untuk membantu mengesan tuntutan palsu.

3. Pengurusan Insurans

Sistem AI akan mengautomasikan proses menaja jamin atau ‘underwriting’ dan membantu pengguna dalam menentukan keperluan insurans. Underwriting automatik boleh mempercepatkan proses ini. AI juga berupaya menganalisa maklumat luar yang tidak terdapat di dalam rekod perubatan.

Daripada membayar untuk rawatan yang mahal menggunakan insurans, adalah lebih baik untuk mengesan risiko dan mencegah penyakit. Firma insurans boleh menggunakan data yang telah digunakan sebelum ini untuk mengakses risiko untuk menurunkan kebarangkalian gantirugi tinggi kepada orang yang diinsuranskan.

4. Pembantu Kewangan Automatik

Perancang kewangan automatik membantu pengguna di dalam membuat keputusan kewangan. Ini termasuk aktiviti pemantauan, saham dan trend harga bon mengikut kepada matlamat kewangan dan portfolio peribadi pengguna. Sistem ini dinamakan “Robo-Advisors” dan semakin aktif ditawarkan oleh institusi kewangan tradisional dan startup FinTech.

Salah satu fungsi AI sebagai pembantu kewangan automatik adalah melalui Smart Wallet yang membantu menguruskan perbelanjaan dan mengenalpasti corak tindak laku dan pilihan pengguna.

5. Analisis Ramalan Dalam Perkhidmatan Kewangan

Ini secara langsung memberi impak besar kepada strategi perniagaan, meningkatkan jualan, menjana hasil dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Antara kelebihan penggunaan AI di dalam meramal berpandukan data adalah; meningkatkan operasi perniagaan, meningkatkan proses dalaman, dan mengatasi pesaing. Analisis ramalan boleh membantu mengira skor kredit dan membantu mencegah pinjaman yang merugikan.

AI membuat ramalan dengan menganalisa data seperti: Apa yang pelanggan akan beli, berapa lama pekerja mungkin bertahan, dan lain-lain data. ‘Predictive analysis’ ini merangkumi pelbagai statistik dan ‘Data Mining’.

AI Juga Boleh Membantu Dalam Pelaburan Saham

Jom beramai-ramai ke Seminar Berani Melabur Artificial Intelligence pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam bersama dengan mentor saham Tuan Haji Mohd Asri dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Dah tiba masanya untuk kita melabur menggunakan AI untuk membantu kita berjaya. Boleh ke sini untuk mendaftar -> http://bit.ly/SeminarBeraniMelaburAI-2019

Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar ini. InshaAllah aplikasi ini dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi “meletup”, sesuai untuk para pedagang dan pelabur.

Nak kaunter Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat keuntungan dalam masa berjam-jam atau sehari dua.

Atau anda nak tahu kaunter-kaunter mana yang sesuai untuk
Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa
minggu.

Bagaimana pula dengan pelabur yang nak amalkan teknik simpan
dan peram? Jangan risau, kami pun ada pilihan kaunter yang boleh anda beli dan
tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih keuntungan.

Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details > http://bit.ly/speedsaham

Komen

komen





Source link