Artikel Terkini

5 Perkara Seorang Penjamin Atau Guarantor Wajib Tahu


Biasanya sebagai seorang penjamin, ianya merupakan satu bentuk pertolongan untuk rakan atau ahli keluarga terdekat bagi memudahkan mereka mendapatkan pinjaman. Ia sama sekali bukanlah disebabkan faktor pelaburan.

Tahukah anda, penjamin tidak mempunyai potensi untuk mendapatkan keuntungan apa-apa daripada segi kewangan? Institusi kewangan memerlukan penjamin agar dapat melindungi pinjaman mereka sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman yang telah ditetapkan.

Oleh itu, pastikan anda tahu 5 perkara ini terlebih dahulu sebelum nak jadi penjamin kepada sesiapa.

1. Penjamin Terikat Dengan Kontrak Yang Sah

Penjamin telah terikat dengan kontrak sah yang menyatakan tanggungjawab untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.

Sangat penting bagi kita untuk fahamkan betul-betul maksud penjamin dan tugas yang perlu dipikul.

2. Tindakan Terhadap Penjamin

Terdapat beberapa langkah awal yang boleh digunakan
bagi penjamin seperti mendapatkan nasihat daripada peguam agar dapat
mengurangkan risiko sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini.

Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran, institusi kewangan tidak mempunyai hak untuk melaksanakan sesuatu tindakan kepada penjamin kecuali jika peminjam minta daripada penjamin. Dan penjamin tidak mempunyai sebarang obligasi setelah peminjam menyelesaikan semua bayaran hutang sehingga tamat.

3. Hak Dan Tanggungan Penjamin

Penjamin haruslah berwaspada dengan hak perundangan yang berkaitan kepada mereka sebelum dan juga selepas menandatangani sesuatu kontrak. Penjamin dibenar untuk mendapatkan salinan surat jaminan dan dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai bukti perjanjian kontrak tersebut.

Dokumen ini boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya terdapat kes tuduhan terhadap penjamin.

4. Maklumat Daripada Peminjam Kepada Penjamin

Ingatlah bahawa walaupun peminjam adalah individu yang dipercayai, tidak salahnya untuk kita mengambil langkah tambahan. Seterusnya kita perlu berwaspada sekiranya akses kepada maklumat dinafikan oleh peminjam.

Hak sebagai penjamin untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada peminjam hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Maklumat ini akan berguna jika apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Tiada Rekod Baik Diberikan Kepada Penjamin

Seperti yang disebutkan sebelum ini, menjadi penjamin tidak akan memberi kita sebarang rekod kredit yang baik walaupun peminjam berjaya membayar pinjaman. Malahan, penilaian kredit yang buruk akan menyebabkan kita susah pada masa hadapan.

Jika terdapat sebarang keraguan dan ingin menamatkan
perjanjian jaminan, penjamin ini bolehlah melaksanakan haknya untuk meminta
peminjam membayar semua pinjaman agar dapat melepaskan semua tanggungan
tersebut.

Walaubagaimanapun, terma-terma dan syarat-syarat mungkin akan berbeza. Oleh itu, adalah sangat penting bahawa penjamin menyedari apa kesan yang bakal ditanggungnya.

Jadi, sebelum nak menjadi penjamin kepada sesiapa, fikirlah dengan sewajarnya.

Berat Tugas Sebagai Penjamin

Sesetengah individu mungkin berpendapat bahawa mereka
harus menjadi penjamin kepada ahli keluarga mereka. Ramai juga yang tidak
bersetuju sekiranya terdapat kes menimbulkan keraguan terhadap keupayaan
peminjam.

Kadang-kadang, kebanyakan penjamin sendiri tidak mempunyai keupayaan untuk membayar pinjaman jika peminjam gagal membayar pinjaman.  Sekiranya ada dalam kalangan kita yang tidak sengaja menjadi penjamin kepada seseorang, terdapat beberapa butiran yang harus anda perlu beri perhatian.

Antaranya adalah jumlah maksimum yang akan dijamin, terma-terma dan syarat-syarat pinjaman, tandatangan daripada semua penjamin bersama dengan nama penjamin.

Kesimpulannya, menjadi seorang penjamin memerlukan kita bersedia daripada segi tanggungjawab, hak, keupayaan diri sendiri sebelum bersetuju dengan sebarang dokumen secara sah.

Kita kena berfikir secara teliti dan bijak sebelum menjadi penjamin kepada ahli keluarga anda sendiri. Biasanya dengan menjadi penjamin, banyak masalah yang akan datang kepada; oleh itu beringatlah sebelum terkena.

Sumber RujukanAgensi Kaunseling & Pengurusan Kredit(AKPK)



Source link