Artikel Terkini

5 port makan menarik yang korang harus cuba di Shah Alam


Shah Alam. 

Tempat yang tak asing lagi. Dengan pilihan kafe dan restoren yang menarik, sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Kan? 

Dari masakan western, Thailand, Cina hinggalah Arab, korang boleh pilih je. 

Untuk mudahkan korang, kali ni Tok nak kongsikan 5 port makan menarik di Shah Alam. Port makan di sini sebenarnya banyak. Selain dari Bangi, Shah Alam adalah tempat yang terkenal dengan port makan sedap. 

Jom habiskan baca perkongsian Tok ni. 

Port makan #1 : Foodsbury di Seksyen 9, Shah Alam

Restoren Foodsbury ni terkenal dengan pilihan menu viralnya. 

Antara yang boleh dicuba adalah Salted Egg Salmon dimasak dengan Wagyu Garlic Butter Sauce (dalam set ni ada 50gm, ayam, wagyu miso soup, salad dan nasi), tom yam spaghetti, chicken grill, Cheezy Chicken Parmigiana, beef burger, lamb chop, Buttermilk Pasta Tempura Prawn, dan banyak lagi. Disini juga terkenal dengan keenakkan Almond Salted Caramel Crepe Cake. Korang boleh cuba kalau korang ni cake lover. 

Untuk minuman pula, korang boleh cuba minuman salted caramel yang tak terlalu manis namun terasa kesedapan karamelnya. 

Rambang mata nak pilih yang mana satu? Korang boleh cuba platter macam dalam gambar di bawah. 

Menarik kan?

Alamat:  24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (12.00 pm – 10.30 pm) | Isnin (Tutup)

 Ps : Untuk tempoh PKP ni, waktu operasi 2pm-6:30pm

Port makan #2 : Cafe Eat & Repeat

Korang mesti pernah dengar atau makan di Boat Noodle kan? 

Menggunakan konsep yang lebih kurang sama, dekat Cafe Eat & Repeat ni korang boleh order seberapa banyak makanan yang korang nak cuba. Harga pun berpatutan. Setiap menu hanya berharga RM1.90. Mix dan match saja ikut selera korang. Dari mee hailam, nasi paprik, nasi ayam cincang, pulut mangga, ais krim vanila dan macam – macam lagilah. 

Cafe ni sesuai bagi korang yang nak cuba pelbagai menu dalam satu masa tapi nak bajet. Bolehlah singgah bila berkesempatan. 

Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)

Port makan #3 : Island BBQ Steamboat

Bagi korang yang sukakan makanan yang berkonsepkan buffet, boleh cuba makan di Island BBQ Steamboat ni. Korang boleh makan seberapa banyak yang korang suka, tak kiralah berapa pinggan dan berapa kali tambah sekalipun. Cuma janganlah sampai membazir ye. 

Wajib singgah makan dengan perut yang kosong. 

Ada banyak pilihan seafood yang ditawarkan. Selain daripada steamboat, menu extra yang ditawarkan adalah mihun goreng, bubur, laksa, nasi lemak, kuey teow dan banyak lagi. 

Parking disini juga cukup untuk menampung mereka yang singgah. 

Port makan #4 : CRG Chicken Rice Guys

Kalau korang nak rasa masakan Cina halal, korang boleh cuba singgah di kedai ni. Menu yang ditawarkan adalah masakan yang dimasak menggunakan teknik masakan tradisional Cina, khas untuk kekalkan rasa asli masakan tanpa menggunakan perisa tambahan (contohnya MSG).

Antara yang boleh dicuba adalah nasi ayam hainan, ayam steam, White Mee Kari Special, Nasi Ayam Chinese style, Mee Udang, Ipoh Sar Hor Fun, Mee Wantan Kicap Special, Char Kuey Teow, Nasi Goreng CRG, Roti bakaq, Wantan Goreng dan nasi itiknya. Harganya pula berpatutan iaitu hanya dari RM5.50 sepinggan. 

Dah lah murah,sedap pula tu. Ape lagi korang nak? 

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 7.00 pm)

Port makan #5 : Kueh Café

Nak cari tempat minum petang dengan pilihan kuih yang sedap? Ha port makan yang terakhir ni sesuai sangat untuk korang singgah. Kueh Cafe yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. 

Ada pelbagai jenis kuih yang ditawarkan. Kuih keria, apam ayu, donut, ketayap, kek lapis, kuih cara berlauk, kuih seri muka dan banyak lagi.

Makanan berat juga turut ditawarkan di sini. Antaranya adalah nasi lemak, nasi kerabu, mee kari, soto dan lain-lain.

Alamat: Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Amacam? Dah dapat idea kat mana nak singgah makan? Masa PKP ni memanglah terhad untuk kita keluar. Namun, boleh order delivery je kalau korang nak (bergantung kepada restoren ada buat servis delivery ke tak). 

Ada banyak lagi pilihan port makan yang menarik. Cukuplah Tok bagi 5 ni je dulu. 

Nanti ada kesempatan, Tok share port makan tempat lain pula ya? 

Take care and stay safe, everyone. 



Source link