Uncategorized

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME 1


Sejak dua menjak ni, semakin banyak acara berkaitan hartanah
dijalankan. Maklumlah, rakyat Malaysia semakin cerdik berkenaan dengan ilmu
hartanah ini.

Tetapi pada hari ini, kita akan tengok acara terhangat tahun
ini iaitu Hi HOME; dan kenapa anda perlu sertainya.

Apa Itu Hi HOME?

Kalau nak tahu, Hi HOME ini sebenarnya merangkumi 2 acara
besar sekaligus. Ianya terdiri daripada:

1. Persidangan Hartanah Hi HOME (25 Julai 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)) – http://event.hihomes.my/

2. Ekspo Hartanah Online Hi HOME (25 Julai – 31 Oktober 2019 di www.hihomes.my)

Wow, baru tahu Hi HOME ini terdiri daripada dua acara yang
dijalankan serentak. Jadi kenapa kita kena join ekspo dan persidangan hartanah
Hi HOME ni?

Sebab Pertama: Disokong Oleh Badan Berautoriti

Bukan satu, tapi dua badan berautoriti di Malaysia. Yang
pertama, kita ada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang akan
diwakili oleh Menterinya sendiri iaitu YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin. Nama
pun ekspo dan persidangan hartanah, bila dapat perkenan daripada pihak
kementerian yang bertanggungjawab; kira power
jugalah.

Dan yang kedua, kita ada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
yang akan diwakili oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia
Dan Sukan. Bila Menteri Belia sendiri turun padang, memang sah-sah ianya sangat
sesuai untuk para belia di negara kita.

Sebab Kedua: Persidangan Disruptif Yang Julung Kali Diadakan Di Malaysia

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME 2

Biasa tak dengar pasal TED Talk yang popular di luar negara? Bagi mereka yang tak tahu, TED Talk ini menekankan ketepatan dan kejituan dalam seseorang speaker membuat persembahan.

Biasanya seseorang speaker akan mengambil masa sejam atau
lebih untuk mempersembahkan idea-idea dan hujah-hujah mereka. Tapi bukan TED
Talk, setiap speaker hanya mempunyai masa beberapa minit saja. Maka yang keluar
daripada mulut speaker, adalah yang paling berharga.

Dan persidangan Hartanah Hi HOME bakal menjadi persidangan
seumpama TED Talk yang mengumpulkan ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang
masing-masing.

Di antara speaker yang bakal menyinari pentas pada 25 Julai
nanti adalah:

  • YAB Tun Dr Mahathir Mohamed
    untuk ucaptama majlis dan perasmian
  • YB Zuraida dan BY Syed Saddiq
    (mewakili kementerian dan orang muda)
  • Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’
    Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (pemimpin korporat)
  • Dr Suraya
    daripada Khazanah Research Institute (KRI), Dr Daniele Gambero daripada
    Propenomy Academy, Ishmael Ho daripada Ho Chin Soon Research (pakar industri
    hartanah)
  • Kamarul
    Muhamed daripada Aerodyne, Nadhir Ashafiq daripada The Lorry & Hann Liew
    daripada Ringgit Plus (pakar teknologi)

Nampak kan betapa ramainya speaker dan meluasnya ilmu
pengetahuan yang mereka miliki. Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir
Mohamed ada, wakil daripada kementerian pun ada, pemimpin korporat pun ada,
pakar industri hartanah pun ada, pakar teknologi pun ada.

Memang rugi siapa yang tak datang ke Persidangan Hartanah Hi
HOME yang bakal diadakan pada tarikh 25 Julai 2019 bertempat di Malaysia
International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Dapatkan tiket ke persidangan ini dengan segera di http://event.hihomes.my/

Sebab Ketiga: Speaker Power, Ada Pula 4 Topik Yang Power

Dibarisi dengan barisan speaker yang hebat-hebat, topik yang
akan dibincangkan pun sangatlah hebat.

Topik pertama berkisar kepada hartanah Mampu Milik di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan dengan perumahan
mampu milik dan apakah puncanya? Apakah yang mempengaruhi kuasa membeli orang
kita?

Topik kedua pula mengenai Pasaran dan Polisi, dan sepertimana kita tahu tampuk pemerintahan
baru telah mengambil alih kerajaan dan menggubal polisi sedia ada. Dengarkan
daripada pembuat dasar membincangkan mengenai hartanah Bumiputra, kuota dan
usaha daripada pihak pemaju di dalam pelaburan hartanah pada masa depan.

Topik ketiga pula berkenaan Data dan Teknologi. Jom kita ambil tahu apakah teknologi terkini
yang bakal mempengaruhi landskap hartanah di Malaysia, terutamanya daripada
segi pengeluaran, pembinaan dan peralatan yang terlibat dalam projek
pembangunan hartanah di tanah air kita.

Yang terakhir sekali, kita ada topik Masa Depan. Aplikasi berasaskan komuniti, data pengguna dan
algoritma perisian akan mengambil alih cara lama kita biasa melakukan sesuatu
perkara. Penting juga untuk kita ambil tahu mengenainya.

Sebab Keempat: Ekspo Hartanah Hi HOME Online

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME 3

Dah hadir dan dengar sendiri daripada pakar-pakar semasa Persidangan Hartanah Hi HOME, kini masanya untuk kita ke Ekspo Hartanah Online Hi HOME yang bakal berlangsung pada 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019 di www.hihomes.my.

Di antara keunikan ekspo atas talian ini yang membuatkannya
lain daripada yang lain adalah:

  • Kira dulu kelayakan berdasarkan
    tahap kewangan kita
  • Dah tahu kelayakan, barulah
    kita akan ditunjukkan dengan hartanah yang bersesuaian dengan kelayakan.
    Tujuannya adalah untuk kita tahu rumah yang mengikut kadar kemampuan, dan
    bukannya berdasarkan kehendak
  • Banyak pilihan yang ada,
    disasarkan ada 100 projek perumahan yang akan menyertai ekspo ini
  • Rebat dan tawaran menarik oleh
    pihak pemaju
  • Sangat untuk pembeli rumah
    pertama, dan juga pelabur hartanah yang dah berpengalaman
  • Tempoh yang lebih panjang iaitu
    3 bulan, jika dibandingkan dengan ekspo hartanah fizikal yang mungkin
    berlangsung selama 3 hari
  • Bila tempoh panjang, maka kita
    tidak perlu buat keputusan tergesa-gesa

Jangan lupa layari www.hihomes.my dari 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019.

Sebab Kelima: Masa Terbaik Untuk Beli Rumah Adalah 10 Tahun Yang Lalu, Masa
Kedua Terbaik Adalah Hari Ini

Lagi lama
kita melengahkan keputusan untuk membeli rumah, maka akhirnya harga rumah akan
jadi mampu tengok sahaja buat kita.

Kan best
kalau kita beli rumah 10 tahun yang lalu? Bukan saja kita tidak perlu menyewa,
malahan harga rumah tersebut pasti telah meningkat. Berbanding dengan 10 tahun
yang lalu, pastinya gaji kita turut meningkat naik. Dah boleh beli rumah kedua
dan seterusnya, dengan gaji kita yang terkini.

Tapi itu
kalaulah…..

Kalau 10 tahun lepas tak beli rumah, maka belilah tahun ini juga. Usah berlengah lagi, buat sampai jadi. Kalau terpaksa kurangkan perbelanjaan, maka kurangkanlah. Kalau terpaksa bekerja part-time atau freelance untuk menambah pendapatan, maka buatlah. Untuk kesenangan kita dan keluarga kita juga pada masa hadapan.

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME 4

Ayuh, kita jumpa di Persidangan Hartanah Hi HOME (25 Julai 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)). Daftar sekarang di http://event.hihomes.my/. Siapa cepat, dia dapat.

Dan jangan lupa layari www.hihomes.my dari 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019 untuk Ekspo Hartanah Online Hi HOME pula.

5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME 5

Komen

komen





Source link