Artikel Terkini

5 Sebab Kenapa Orang Suka Beli Rumah Baru Berbanding Rumah Subsale


Rata-rata rakyat Malaysia khususnya anak muda, bila ditanya jika diberi peluang untuk memilih rumah undercon atau subsale, jawapannya pasti berbeza-beza.

Ada yang inginkan rumah undercon kerana entry cost yang murah dan lebih gemar rumah baru berbanding rumah subsale.

Ada juga yang inginkan rumah subsale gara-gara lokasi rumah yang matang dan tawaran harga yang kompetitif.

Baca : 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Tetapi, trend
pemilikan hartanah pada tahun 2019 yang lalu menunjukkan sebenarnya lebih ramai
rakyat Malaysia yang membeli rumah undercon berbanding subsales.

Buktinya?

Kempen Pemilikan
Rumah (HOC) yang lalu telah berjaya menjual 28,000 unit kediaman baharu bernilai RM21 bilion setakat bulan November sahaja.

RM18 bilion lebih tinggi
berbanding sasaran jualan asal yaqni RM3
bilion
sebulan sebelum Kempen Pemilikan Rumah (HOC) berakhir!

Apa logiknya? Kenapa ini terjadi?

Sebelum itu, kita
perlu faham dengan baik bahawa rumah undercon adalah produk dari pemaju
hartanah.

Dan pemaju hartanah ini akan menawarkan tawaran yang menarik seperti:

  • Percuma kabinet dapur
  • Percuma parkir
  • Percuma yuran guaman
  • Rebat
  • Cashback
  • Booking fee serendah RM500.
    (bergantung kepada pemaju)

Ramai sedia maklum
yang rumah subsale atau rumah sekunder memerlukan entry cost yang tinggi.

Untuk golongan B40 dengan pendapatan bulanan RM2,000 yang tinggal di Kuala Lumpur, kebanyakannya hanya mampu tengok saja harga rumah.

Baca : Rumah Mahal? 5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

Pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya 15% tunai dari nilai rumah yang ingin dibeli.

Untuk rumah apartmen di Subang Bestari yang berharga RM200,000, pembeli perlu menyediakan RM30,000.

Jom kita tengok 5 sebab kenapa ramai orang beli rumah baru berbanding rumah subsale:

1. Earnest Deposit

Untuk booking fee
rumah tersebut, pembeli wajib membayar 3.18%
earnest deposit.

Untuk rumah
apartmen di Subang Bestari yang berharga RM200,000, sebanyak RM7,600 perlu
dikeluarkan dan baki 6.82% perlu diselesaikan semasa menandatangani Sales
Purchase Agreement (SPA).

Baca : 5 Cara Untuk Dapatkan Rumah ‘Below Market Value

2. Deposit

Seperti yang
diterangkan di atas, earnest deposit merupakan sebahagian daripadanya.

Deposit 10% boleh
dibayar melalui simpanan tunai atau membuat pengeluaran wang di Akaun 2, KWSP.

Masalah timbul
apabila pembeli tidak mempunyai tunai dan wang di Akaun 2, KWSP tidak
mencukupi.

3. Legal Fee

Kosnya tidak berakhir dengan 10% deposit sahaja!

Pembeli juga perlu
membayar legal fee atau yuran guaman mengikut kiraan yang telah ditetapkan.

Amaunnya bergantung kepada harga rumah dan anggaran kasar adalah 3.5%-4% daripada harga rumah.

Untuk rumah apartmen di Subang Bestari yang berharga RM200,000, pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM7,000

4. Valuation Fee

Penilaian hartanah
akan dijalankan oleh penilai hartanah bertauliah yang berdaftar dalam
menetapkan harga semasa rumah tersebut.

Anggaran kasar
untuk valuation fee adalah 1% atau kurang daripada harga rumah tersebut.

Akan tetapi, untuk
pembeli rumah pertama, kos duti setem adalah percuma bagi rumah berharga
RM300,000 ke bawah.

5. Proses

Siapa yang mempunyai pengalaman membeli rumah dari pasaran subsale pasti tahu yang prosesnya memakan masa di antara 3 bulan hingga 6 bulan atau lebih.

Proses juga akan
memakan masa yang lama sekiranya hartanah tersebut :-

  • Mempunyai kaveat
  • Pemaju muflis
  • Rumah masih ada hutang dengan bank
  • Rumah jenis kos rendah
  • Geran tidak sempurna
  • Pemilik meninggal dunia

Faktor dorongan lain yang menyebabkan ramai orang beli rumah baru berbanding rumah subsale adalah kerana berlakunya lambakan pilihan dalam pasaran undercon lebih-lebih bagi projek undercon yang telah siap dan tidak dibeli selepas tempoh 9 bulan.

Baca : Apa Yang Anak Muda Fikir Bila Sebut Tentang Rumah Pertama

Selain itu, wujud rangsangan oleh pihak kerajaan menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC), Skim Perumahan Belia, Skim Rumah PertamaKu dan Skim MyDeposit.

Akan tetapi, ini tidak bermaksud hartanah undercon tiada cacat cela dan risikonya. Pembeli juga perlu memastikan projek undercon tersebut:

  • Bukan projek gajah putih /
    terbengkalai.
  • Pemaju bertanggungjawab sekiranya
    wujud kerosakan (defect)
  • Jenis geran hartanah.
  • Bebas dari pemaju hartanah
    bermasalah.

Dengan keadaan Malaysia hari ini ibarat susah jatuh ditimpa tangga, dilanda kemelesetan ekonomi dan pandemik COVID-19, pasaran hartanah berada dalam keadaan trend yang sangat perlahan.

Baca : Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

Untuk anda yang berminat untuk membeli hartanah dalam tempoh ini,  bergembiralah kerana tempoh ini merupakan waktu terbaik untuk membeli hartanah khususnya pasaran subsale.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah beberapa kali menurunkan kadar OPR (Overnight Policy Rate), bagi memastikan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank berada di paras yang sangat rendah.



Source link