Uncategorized

5 soalan yang elakkan anda stres dek masalah kewangan


Kita sentiasa membuat keputusan berkaitan kewangan setiap hari. Dan tak ada seorang pun yang terkecuali (ini termasuk dengan Tok sekali).

Tapi, tak semua orang buat keputusan yang baik dalam bab berbelanja. Ramai yang sanggup lagi jadi pak turut nafsu dengan hati yang rela.

GH Masterclass

Bila dah tergerak hati nak tengok baki kat dalam akaun bank, baru nak menggelabah. Siapa suruh berbelanja tak ingat dunia?

Tok ada baca satu artikel Huffington Post. Dalam tu, dah terbukti yang masalah kewangan adalah salah satu punca utama yang buatkan kita stres. Dan Tok tak sanggup tengok korang jadi mangsa.

Itu sebab Tok nak korang jawab 5 soalan ini, sebelum keluarkan duit dalam dompet bila nak beli sesuatu. Tok baca ilmu ini kat blog Mr-Stingy, dan ia sangat bagus untuk kita amalkan.

Ini soalan pertama yang patut kita tanya kat diri sendiri sebelum membeli.

Tok kongsikan satu contoh. Katakan, korang pasang niat nak beli IPhone 7 yang bakal terjah pasaran gadjet tahun ini.

Dah tentu akan muncul macam-macam iklan yang menjual perkataan “jimat sehingga XX% kalau gunakan pelan XYZ%”. Tanpa berfikir panjang (dan terikut-ikut dorongan nafsu), korang terus buat bayaran.

Tapi, betul ke jimat? Tok rasa, korang boleh kira sendiri berapa banyak jumlah tambahan yang kena tanggung.

Daripada bayar harga seketul iPhone (katakan RM3,100 untuk 16GB), korang terpaksa bayar lebihan harga yang berlipat ganda.

Ini satu hakikat yang kita kena belajar telan. Kalau tak mampu nak bayar secara penuh, bermakna kita tak mampu lagi nak beli barang itu.

Ada juga yang kata, pinjaman pendidikan dan loan perumahan adalah perkara yang terkecuali. Tapi, ia tetap akan jadi beban kat kita. Sebab ia perlukan komitmen jangka masa panjang.

Kalau betul terpaksa berhutang, pastikan dulu ia hutang “baik” dan kita mampu nak tanggung hutang itu.

Kalau tak, baik kita elakkan. Belajar untuk hidup diluar kemampuan boleh kurangkan banyak tekanan dalam hidup kita.

Tok bagi satu lagi contoh. Katakan, korang dapat bonus RM10,000 sebab prestasi kerja yang baik.

Adakah patut korang belanjakan duit ini membeli jam tangan baru, atau pergi bercuti ke negara Eropah selama 2 minggu?

Bagi Tok, kalau korang tak ada perkara lain yang libatkan prioriti dalam bab kewangan, tak salah nak berbelanja. Kalau ada, baik korang selesaikan dulu siap-siap guna duit bonus itu.

Sebelum apa-apa, jawab soalan seperti ini:

  • Adakah aku dah selesaikan semua komitmen aku? (seperti sewa rumah, bil, hutang, dan sebagainya),
  • Adakah aku dah simpan duit untuk dana kecemasan aku?
  • Adakah aku dah melabur beli sumber ilmu (seperti buku, podcast, dan lain-lain) yang berkaitan kewangan dan hartanah bulan ini?

Kalau masih ada hutang kad kredit yang masih tertunggak, Tok rasa korang dah tahu apa yang korang patut selesaikan dulu.

Sebab kapasiti duit kita adalah terhad, yang terbaik boleh kita buat adalah fokus selesaikan perkara yang penting terlebih dulu (priotization).

Bajet yang baik boleh bantu korang dalam hal ini dengan berkesan.

Mungkin ramai yang anggap soalan ini agak tertumpu kat diri kita sendiri (ya, ia bersifat agak selfish).

Tapi bagi Tok, tak salah pun. Sebab duit kita sendiri yang bakal jadi mangsa. Bukan duit orang lain. Setuju?

Ramai yang lebih suka melabur kat pengalaman, berbanding kebendaan. Sebab pengalaman akan sentiasa kekal dalam memori, serta ia dapat membuka mata dan minda kita.

Kalau setakat beli jam tangan jenama Rolex, kita mungkin gembira sekejap saja. Tok yakin ramai yang bersetuju dengan perkara ini.

Kalau korang salah seorang jenis ini, korang akan lebih gembira gunakan duit untuk bercuti dan cari pengalaman kat negara orang, daripada membeli barang yang bersifat sementara.

Bagi Tok, kita semua ada kehendak masing-masing yang bersifat materialistik.

Tapi, kalau kita gunakan duit untuk gembirakan orang lain (contohnya, dermakan duit membantu orang susah, atau beli hadiah untuk ayah atau ibu kita), ia juga boleh buatkan kita rasa lebih bahagia untuk satu jangka masa yang panjang.

Itu baru kat dunia saja. Tok rasa korang dah sedia maklum tentang pahala dan balasan kat akhirat nanti, kan?

Tadi, kita dah selesai bercakap pasal diri kita. Tapi, apa pula impak kat orang yang kita sayangi?

Sebab apa Tok cakap macam ini? Kalau korang dah berkeluarga, keputusan yang korang buat secara langsung dan tak langsung akan berikan kesan kat mereka. Baik secara positif atau negatif.

Kalau korang buat keputusan membeli rumah banglo mewah 3 tingkat, dah tentu anak korang ada ruang bermain yang lebih luas, serta mempunyai bilik tidur masing-masing.

Tapi, korang sanggup ke nak abaikan masa berharga dengan keluarga, dan terpaksa bekerja lebih masa untuk tanggung kos rumah banglo mewah itu?

Apa pula kata pasangan korang? Katakan, isteri korang yang suruh beli banglo mewah ini. Adakah saya terus bersetuju (tanpa fikirkan impak yang mendatang), atau bagitahu kat beliau implikasi negatif yang bakal terjadi?

Setiap keputusan kewangan yang kita buat pasti akan berikan kesan.

Kalau korang sanggup abaikan tanggungjawab seorang bapa yang baik semata-mata untuk capai matlamat bersifat kebendaan, tak elok juga.

Tok yakin korang bukan jenis orang macam ini.

Baik lagi tinggal kat rumah yang sederhana, dan hidup bahagia bersama keluarga. Berlebih-lebih sangat pun tak elok juga.

Tengok saja Warren Buffet. Beliau ada harta berbilion, tapi pilih untuk tinggal kat rumah yang biasa saja. Korang pasti dah banyak kali dengar nasihat Buffet ini:

“Peraturan pertama dalam pelaburan: Elakkan rugi bila melabur. Peraturan kedua: Sentiasa ingat peraturan pertama tadi.”

Ini peraturan yang Buffett amalkan sampai hari ini, termasuk cara beliau kawal nafsu berbelanja dan hidup secara berjimat-cermat.

Jadi, sentiasa hidup bawah kemampuan kita. Bagi Tok, Buffett adalah contoh terbaik yang kita boleh ikut rapat.

Soalan yang penting kita boleh tanya kat diri sendiri adalah:

“Kenapa aku nak beli barang ini?”

Katakan, korang merancang nak beli sebuah banglo mewah. Adakah korang benar-benar perlukan rumah banglo mewah yang besar?

Kalau jawapan korang “ya”, adakah ia sebab korang nakkan rumah mewah yang dipenuhi dengan kasih sayang keluarga? Atau sebab nak melayan ego semata-mata?

Mari kita cuba contoh lain pula.

Bayangkan korang pelan nak beli kereta Lamborghini Murcielago.

Adakah korang perlu pakai kereta berkuasa tinggi, sebab lebih senang nak pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap hari? Atau sekadar nak buat orang lain pandang tinggi kat kita?

Dengan mengkaji motif utama kita, ia akan bantu sedarkan diri yang semua kehendak bersifat materialistik ini jelas tak masuk akal. Ia adalah motivasi palsu dan ia tak akan kekal lama.

Selain itu, ia juga membantu kita faham ada perkara yang lebih penting dalam hidup kita, selain daripada kebendaan semata-mata.

Mungkin soalan yang Tok kongsikan ini agak susah korang nak jawab. Tambahan pula, siapa tak suka berbelanja seperti duit kita tak akan pernah habis, kan?

Tapi, soalan macam ni boleh menjamin keselamatan kewangan korang, baik untuk jangka masa pendek atau panjang.

Satu yang Tok berani gerenti.

Soalan ini akan membantu korang dapatkan kehidupan yang lebih bahagia, dan bebas stres pasal kewangan.

Mungkin ia juga akan bawa korang ke arah bebas kewangan. Siapa tahu kan?



Source link