Artikel Terkini

5 Strategi Berbeza Tetapi Matlamat Yang Sama Iaitu Financial Freedom


Sudah pasti ramai yang biasa mendengar perkataan Financial Freedom ni kan? Namun pernahkah anda bertanya apa itu definisi financial freedom terhadap diri kita sendiri?

Semestinya makna atau definisi ‘financial freedom’ bagi setiap seorang daripada adalah berbeza. Ada yang inginkan kekayaan, ada yang nak membantu orang tanpa fikir soal kewangan, ada yang nak duit yang cukup tanpa perlu bekerja tapi mampu berjalan keliling dunia, dan banyak lagi.

Namun, matlamat sahaja tanpa strategi yang betul ianya tidak mampu mendatangkan hasilnya yang dicari. Oleh itu, kebanyakan strategi dan ideologi tentang kewangan ini datangnya dari mereka yang telah pun berjaya, mereka berkongsi pandangan dan cara mereka untuk orang lain turut berjaya.

Tetapi terlalu banyak cara dan strategi yang beza membuatkan ramai yang semakin terkeliru, antara yang menjadi rujukan ramai adalah seperti berikut:

1. Li Ka-shing

Li Ka-shing adalah seorang salah satu ahli perniagaan terkaya di Asia, asalnya seorang yang miskin dan kini menjadi ‘self-made billionaire’.

Dengan kaedah mudah yang beliau kongsikan, tidak kira berapa jumlah pendapatan bulanan, bahagikan kepada 5 tabung.

30% – Untuk Kos Hidup
20% – Untuk Berkawan dan Memperluas Network
15% – Untuk Pembelajaran
10% – Untuk Melancong (Terutama ke Luar Negara)
25% – Untuk Melabur

2. Nur Aliah

Beliau terkenal dengan panggilan Liaomey, salah seorang ‘business women’ dan suka berkongsi ilmu berkenaan bisnes dan kewangan.

Caranya, dari pendapatan bersih, selepas tolak bayar cukai, EPF dan SOCSO. Formula 50:30:20

Hadkan 50% – untuk keperluan bulanan
Hadkan 30% – untuk keseronokan dan kemahuan
Hadkan 20% – untuk simpanan dan pelaburan)

3. Abang Abu Mekanik Wang

Mesra dikenali sebagai Abang Abu, pengasas NowAsia, motivator yang melatih pemuda dalam bidang keusahawanan dan pengurusan kewangan. Beliau telah dilantik secara rasmi sebagai rakan Robert Kiyosaki cashflow game board.

Beliau sering gunakan konsep kompas kewangan:

U : UNTUNG 30% – untuk simpan
T : TERPAKSA 60% – penggunaan bulanan
S : SAMPAH 5% – penggunaan di luar keperluan
B : BOCOR 5% – perkara di luar jangkaan bualan

Abang Abu juga menyarankan kita supaya membuat 3 akaun simpanan untuk setiap satu.

4. Robert Kiyosaki

Robert adalah ahli perniagaan dan penulis, penulis buku best-seller Rich Dad Poor Dad. Beliau banyak menyediakan pendidikan kewangan melalui buku dan video.

Strategi yang disarankan oleh Robert Kiyosaki adalah:

70% – untuk bil-bil bulanan
10% – untuk simpanan kecemasan
10% – pelaburan kepada aset
10% – kepada charity atau sedekah

Namun, sebelum membayar dan membahagikan kewangan bulanan pastikan bayar pada diri sendiri terlebih dahulu atau “Always pay your self first”.

5. Afyan Mat Rawi

Merupakan seorang perancang kewangan bertauliah iaitu Islamic Financial Planner (IFP). Beliau menyarankan formula kewangan menggunakan Model INFAQ.

30% – Perbelanjaan isi rumah
10% – Pemberian zakat dan sedekah
30% – Pembayaran hutang
30% – Lebihan simpanan perlindungan dan pelaburan

Sememangnya ke semua strategi ini berbeza pada dasarnya, namun ianya mempunyai penyampaian maltamat yang sama – iaitu bagi membantu kita keluar daripada permasalahan dan menyusun strategi kewangan agar tidak lagi terperangkap dalam ‘rat race’.

Namun, malangnya masih ramai yang terkeliru “mana yang patut saya ikut? Yang mana lebih baik?”.

Dalam game kewangan ini tiada siapa yang betul dan tiada siapa pula yang salah, tiada yang paling bagus dan tiada paling teruk.

Yang menjadi masalah besar apabila tidak melakukan secara berterusan dan tiada disiplin dalam melakukannya. Ini yang membezakan mereka yang mempunyai kemahuan dan angan-angan.

Kami percaya masih banyak lagi strategi dan teknik diluar sana bagi mencapai tahap kewangan yang di impikan. Oleh itu, terpulang kepada ‘tuan punya badan’ nak ikut yang mana, tepuk dada tanya selera.

Tak salah untuk belajar lebih banyak strategi, yang salah apabila kita tidak beramal dengan apa yang telah kita pelajari.

Iklan


Iklan



Source link