Artikel Terkini

5 tip kurangkan kos “membela” kereta baru yang anda patut tahu


Setuju tak kalau Tok kata, majoriti rakyat Malaysia ada sebiji kereta (paling kurang)?

Menurut kajian iMoney, loan kereta adalah komitmen sulung terbesar yang ramai orang sanggup tanggung.

Dan ia pula tak murah. Selain ansuran bulanan, banyak lagi perkara lain kita kena jaga seperti insuran, penyelenggaraan, dan lain-lain.

Tengah bercadang nak beli kereta baru?

Tok harap korang hadamkan perkongsian Iris Lee ini dulu. 5 tip ini boleh bantu kurangkan kos “membela” kereta korang itu untuk jangka masa panjang.

Mungkin ada yang jadi “buta” bila kereta idaman kat depan mata. Tapi, jangan biarkan ia kaburkan fikiran kita. Selalu baca dulu brosur dan kaji spesifikasi kereta yang nak dibeli terlebih dulu.

Enjin adalah nadi utama kereta. Kalau luaran kereta tip-top, tapi enjin tak bagus, ia ada potensi koyakkan dompet korang dengan teruk sekali.

Nota: Bagi Tok, kereta dari Jepun sesuai dengan iklim negara kita ni. Kalau betul ada duit, tak salah nak melaram pakai kereta negara Eropah (kalau korang tak kisah tanggung kos lebih sikit).

Enjin yang bersesaran kecil boleh jimatkan pengunaan minyak. Ini adalah rule of thumb yang bagus untuk kita ingat selalu, sebab ia jimatkan ratusan (atau ribuan) ringgit untuk kos minyak dalam jangka masa panjang.

Dan kalau pakai kereta yang berenjin kecil, kita hanya perlu bayar cukai jalan yang lebih murah berbanding yang lain (yang cc besar).

Sama seperti perkara pertama tadi, buat ini dulu sebelum beli kereta baru korang ya.

Biasanya, kereta perlukan servis setiap 10,000KM penggunaan. Tapi ada saja kereta yang boleh berjalan lebih jauh berbanding jarak ini.

Bermakna, korang bukan saja dapat jimat duit. Masa pun korang boleh jimatkan sekali.

Masih ada kemungkinan korang perlu keluarkan duit lebih masa menyelenggara kereta.

Tapi tak ada siapa yang sanggup tunggu kereta kat bengkel lama-lama, sambil acah-acah membaca majalah hiburan 3 bulan lepas (yang tak best).

Sebelum membeli kereta, ambil tahu dulu setiap kos yang terlibat pada masa depan berkaitan penyelengaraan dan alat ganti. Lagi-lagi bila tiba akhir tahun.

Masa ni, banyak syarikat kereta buat jualan dan buatkan korang rasa “terlebih mampu” nak pakai kereta mereka.

Mungkin ansuran bulanan korang larat nak tanggung. Tapi bila bab penyelengaraan, kantoi pula sebab mahal sangat. Bab alat ganti pula, kena order dari luar negara. Dah tentu kos ini akan naik menggila.

Apa pun, pastikan korang mampu nak beli alat ganti yang original. Kereta berfungi gunakan mesin yang agak kompleks, dan alat ganti yang terbaik dah tentu yang original.

Kalau dah teringin sangat nak pakai kereta baru, pastikan kita mampu tanggung kos ini dan lihat juga sama ada alat ganti ini senang dicari atau sebaliknya. Kalau tiap-tiap kali kena order kat luar, penat juga nak tunggu kan?

Ini adalah common sense. Lain cerita kalau korang sendiri seorang pomen yang berjaya (kes boleh servis kereta sendiri).

Kalau tak nak kos bela kereta meningkat, pastikan kita hantar servis setiap kali tiba masanya. Korang mungkin boleh jimatkan duit sikit bila skip perkara ni. Tapi untuk jangka masa panjang, korang sendiri yang susah nanti.

Silap-silap nanti, korang kena keluarkan beribu (atau lebih) ringgit untuk baiki kerosakan yang lebih teruk. Jadi, terpulang pada korang nak pilih yang mana satu.

Sebab korang nak pakai kereta, wajib ambil tahu pasal jadual servis kereta secara terperinci. Kos purata servis sebuah kereta asas adalah sekitar RM250 ke RM300 (setiap kali servis), bergantung kat jenis kereta yang korang pakai.

Ada juga syarikat kereta yang boleh batalkan jaminan (warranty) kereta, kalau tak dihantar servis tepat pada masanya. Jadi, harap korang ambil perhatian kat perkara ini ya.

Harga tayar kereta tak murah. Jadi, pastikan korang jaga tayar dengan baik masa memandu. Elakkan langgar lubang secara sengaja (ada ke orang buat macam ni?) atau tak sengaja.

Kalau korang minat pakai kereta yang bertayar besar, sila bersedia untuk tanggung kos tukar tayar yang lebih daripada biasa. Tayar yang lebih besar, dah tentu lebih mahal berbanding tayar biasa.

Senang je nak jaga tayar. Pastikan korang isi angin tayar mengikut arahan yang terkandung dalam manual dan periksa kondisi tayar dengan kerap. Paling kurang seminggu sekali pun dah memadai.

Tayar yang tak cukup angin boleh rosak dengan lebih cepat. Kalau pressure tayar kurang daripada 20%, ia akan kurangkan jangka hayat tayar sejauh 10,000KM.

Oh ya. Periksa juga kondisi alignment kereta sebab ia juga mempengaruhi jangka hayat tayar kita. Kalau jaga tayar, bukan saja kita akan lindungi dompet kita kat kos penyelengaraan. Bahkan kita juga dapat jimatkan penggunaan minyak kereta.

Nak ikutkan, semua orang nak pakai kereta. Tapi tak semua orang sanggup nak tanggung dan jaga kereta dengan baik.

Tok  nasihatkan, fikir dulu baik-baik sebelum beli kereta. Kaji dulu sama ada korang betul-betul mampu, atau sekadar mampu tanggung ansuran bulanan saja.

Ingat tau. Bila dah beli kereta, ia akan jadi antara tanggungan yang terbesar dalam hidup korang. In Shaa Allah dengan tip ini, korang boleh kurangkan pelbagai kos serta panjangkan jangka hayat kereta kesayangan korang tu.



Source link