Uncategorized

5 Tips Mudah Untuk Tangani Stres Di Tempat Kerja

5 Tips Mudah Untuk Tangani Stres Di Tempat Kerja 1


Semua orang pasti pernah mengalami stres semasa bekerja bukan. Ada yang stres sebab kena marah dengan bos, ada yang stres sebab kerja terlalu banyak. Ada yang stres sebab kena deal dengan pelanggan yang banyak songeh dan lain-lain lagi.

Walau apa pun penyebab stres anda, jangan biarkan ia menganggu minda sekaligus memberi kesan terhadap prestasi anda di tempat kerja.

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menangani stress.

1. Kawal Nafas / Bermeditasi

Setiap kali kita berasa stres dengan tugasan, ambil masa untuk bernafas atau bermeditasi. Duduk dalam posisi yang selesa kemudian pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya kembali.

Bayangkan perkara yang menggembirakan kita. Ini bukan sahaja mampu menenangkan, tetapi juga mampu untuk membantu kita kembali fokus.

2. Ketawa

Ketawa merupakan salah satu terapi terbaik untuk menghilangkan stres. Apa kata kita ambil sedikit masa untuk menonton video-video atau kisah-kisah pendek yang melucukan.

Tapi lakukannya dengan berpada-pada. Jangan sampai mengganggu rakan yang lain pula. Dan jangan ambil masa sampai sejam pula. Nanti bertambah stres pula untuk siapkan kerja yang semakin banyak tertunggak.

3. Dengar Muzik

Gunakan earphone untuk mendengar muzik semasa kita sedang bekerja. Tapi jangan pula pilih muzik heavy rock metal yang boleh mengganggu konsentrasi.

Sebaiknya, pilihlah muzik yang lembut dan santai tanpa lirik. Ini bukan sahaja terbukti mampu meredakan stres, tetapi juga mampu meningkatkan fokus kita terhadap kerja yang ingin dilakukan.

4. Senaman Ringan

Lakukan senaman ringan untuk meregangkan otot-otot kita setelah beberapa jam duduk bekerja. Jika kita tak tahu cara nak lakukan senaman ringan, cukup sekadar berjalan sahaja pun dapat meredakan tekanan.

Sebagai contoh, kita boleh berjalan ke pantri, naik turun tangga pejabat, atau sekadar ke meja teman sebelah-menyebelah untuk berborak.

Tetapi ingat! Lakukan aktiviti ini kurang daripada 15 minit sahaja tau. Nanti bos ingat kita tak buat kerja pula.

5. Berehat

Otak juga perlukan masa unutk berehat selepas seharian bekerja. Bila kita berasa penat dan blank untuk meneruskan pekerjaan, ambil masa untuk berehat. Tinggalkan kerja-kerja yang banyak itu sebentar.

Kita boleh ke pantri untuk membancuh minuman kegemaran dan minum di situ sementara menenangkan diri. Bila kita pulang semula ke meja, pasti otak akan berasa lebih segar untuk menyambung kembali tugasan yang terhenti tadi.

Walaupun dah lakukan 5 perkara di atas dan masih berasa stres, mungkin kita boleh pergi bercuti atau dapatkan nasihat daripada pakar. Stres yang tidak dirawat bukan sahaja akan memberi kesan yang buruk terhadap emosi, tetapi juga ia akan mempengaruhi orang sekeliling.

Sumber Rujukan:

5 Tips Mudah Untuk Tangani Stres Di Tempat Kerja 2

Komen

komen





Source link