Uncategorized

5 Tips Untuk Bahagia Dengan Duit Yang Ada

5 Tips Untuk Bahagia Dengan Duit Yang Ada 1


Ramai di kalangan kita yang sentiasa mencari tips dan rahsia untuk menjadi kaya. Nak jadi kaya itu penting, tetapi yang lebih penting lagi adalah supaya kita dapat mencari kebahagiaan dalam kehidupan.

Rahsia sebenarnya adalah dengan rasa cukup dengan rezeki yang dilimpahkan kepada kita.

Berikut adalah merupakan beberapa tips untuk kekal bahagia dan menjalani kehidupan yang serba mencukupi, tak kira samada kita mempunyai duit yang banyak atau pun sedikit.

Tips 1: Beli Ikut Keperluan

Beli kereta hari ini, esok dah turun 10% daripada harga yang kita beli. Bagi mereka yang tiada pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam, tidak dinafikan kereta merupakan satu keperluan.

Tetapi majoriti beli kereta disebabkan kehendak, setuju tak?

Ada keperluan lain yang patut diutamakan.

Bagi yang belum ada rumah tu, cepat-cepatlah kumpul duit beli rumah dan bina aset. Bagi yang belum ada perlindungan Takaful tu, cepat-cepat cari ejen Takaful untuk dapatkan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga.

Tips 2: Beli Dalam Kuantiti Yang Sedikit

Jangan tamak. Itulah pepatah yang harus kita fahami. Jangan membeli terlalu banyak pada peringkat awal kerana mungkin kita akan berasa jemu dengan barang tersebut. Sebagai contoh, pakaian, lampin pakai buang, ubat gigi, sabun dan sebagainya.

Beli dahulu dalam kuantiti sedikit dan kemudian buat penilaian samada kita suka barang tersebut atau sebaliknya. 

Tips 3: Kurangkan Kredit, Lebihkan Debit

Salah satu cara untuk mempunyai kehidupan yang bahagia dan tenang ialah cuba untuk kurangkan kad kredit tetapi sebaliknya lebihkan pengunaan kad debit.

Ini merupakan kunci agar kita tidak “sesak” di tengah atau di hujung bulan. 

Tips 4: Tanya Pendapat Orang

Apabila kita ingin membeli sesuatu yang bukan keperluan, cuba tanya pendapat orang lain. Misalnya sahabat baik, ibu ayah, adik-beradik atau mereka yang rapat dengan kita. Ini akan membantu kita untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya kita dah berusaha buat kajian, takdelah nak menyesal sangat jika tersilap buat keputusan.

Tips 5: Gunakan Wang Untuk Bantu Orang

Perbelanjaan peribadi hanya mempunyai sedikit kesan kepada kebahagiaan diri sendiri, tetapi perbelanjaan pro-sosial seperti wang yang disumbangkan kepada badan kebajikan, tujuan amal atau digunakan untuk membeli hadiah kepada orang lain secara berterusan akan menghasilkan perasaan yang kuat dan positif.

Islam juga menggalakkan kita bersedekah, dan tidak akan jatuh miskin mereka yang suka bersedekah.

Sebagai penutup, ini merupakan petua dan tips bagi kita untuk mempunyai pengurusan kewangan yang baik, sentiasa kekal optismistik dan tidak salah melakukan keputusan apabila membeli sesuatu barangan.

5 Tips Untuk Bahagia Dengan Duit Yang Ada 2

5 Tips Untuk Bahagia Dengan Duit Yang Ada 3

Komen

komen





Source link