Artikel Terkini

6 Alasan Anak Muda Tak Nak Melabur Dalam Bidang Hartanah


Bidang hartanah merupakan salah satu cabang pelaburan yang boleh memberikan keuntungan untuk tempoh jangka masa panjang. Tetapi masih ramai golongan muda yang tidak memberi perhatian dalam pelaburan jenis ini.

Di antara alasan yang sering diberikan mereka adalah:

1. Belum Tiba Masanya

Pelaburan hartanah perlu dilakukan pada masa yang tepat untuk mengelakkan daripada risiko yang lebih tinggi. Tapi kalau asyik bertangguh konon nak tunggu masa yang sesuai silap hari bulan sampai dah bercucu pun belum nak mula. Jadi, usahakan untuk bermula secepat mungkin.

Katakanlah masa yang kita pilih tersebut kurang sesuai, tetapi sekurang-kurangnya kita telah pun bermula dan pasti mampu untuk membuat keuntungan dengan aset yang kita miliki itu.

2. Sibuk

Kalau nak cakap pasal sibuk, semua orang pun sibuk. Selebriti Hollywood seperti Taylor Swift juga sibuk. Tetapi mereka masih mampu untuk terlibat dalam bidang hartanah ini.

Mungkin ada yang akan berkata, ’mereka selebriti, duit banyak dan boleh upah orang untuk buat segala kerja.’ Tetapi poinnya di sini, mereka masih mampu untuk menambahkan lagi kekayaan pasif mereka dalam sektor ini.

Kalau kita ingin berjaya dalam apa jua bidang, jangan jadikan sibuk sebagai alasan. Cari jalan dan juga masa untuk buat kajian rumah yang bersesuaian.

3. Tak Ada Pengalaman

Semua orang pun bermula dari bawah. Kalau nak dapatkan pengalaman, kenalah bermula dari sekarang.

Selagi belum bermula, bagaimana nak mahirkan diri dengan selok-belok dunia hartanah?

4. Duit

Nak melabur kita perlu ada modal. Dalam sektor hartanah, kita masih dapat membeli rumah walaupun bergaji rendah.

Yang penting nama kita bersih daripada senarai hitam CCRIS dan CTOS. Potong mana-mana perbelajaan yang tidak perlu, buat simpanan dan kita boleh terus mencari aset yang sesuai dengan kemampuan anda.

5. Rasa Tak Berbaloi

Betul ke tak berbaloi? Kalau alasannya ia tidak memberi keuntungan yang lumayan, mungkin kita yang tersilap atau kurangnya ilmu.

Sekiranya bidang hartanah tak memberi keuntungan, kenapa ramai yang berebut-rebut (yang digelar kapitalis) untuk membeli sesuatu hartanah, tambah-tambah lagi di kawasan hot spot?

6. Berfikiran Negatif

Orang yang berfikiran positif sukar untuk berjaya kerana mereka melihat setiap perkara daripada sudut negatif. Takut untuk mengambil risiko, takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut itu, takut ini.

Kita perlu katakan ya untuk setiap peluang yang ada di hadapan mata dan manfaatkan setiap peluang yang ada.

Alasan di atas hanya akan menjauhkan kita daripada mencapai kejayaan. Jika kita mahu menjadi seorang yang berjaya, carilah jalan dan berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan di mana kita akan berada pada hari esok.

Sumber Rujukan: Property Hunter

Komen

komen





Source link