Artikel Terkini

6 Cara Simpan Bahan Basah Bukan Sahaja Tahan Lama Malah Memudahkan Tugas Memasak


Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah lebih tahan lama dalam simpanan. Menjelang ramadhan beberapa hari lagi di tambah pula masih dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan), sudah pasti ramai yang mengambil keputusan untuk “stock up” barang dapur.

Seorang ibu muda انا سوليانا @anasulianna berkongsi kaedah simpanan yang bukan sahaja tersusunan dan tahan lama malah memudahkan tugas memasak. Nampak macam leceh, tapi sangat membantu dan mempercepatkan kerja.

1. IKAN, AYAM DAN DAGING DISIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG
Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika menguruskan barang yang dibeli dari pasar. Basuh bersih sumber protein anda sebelum dibungkus di dalam ziplock bag. Untuk lebih mudah, bahagi-bahagikan saiz simpanan mengikut portion hidangan. Letakkan label seperti puan ana buat, sebab bila bahan protein ni sudah membeku bentuknya hampir sama. Jadi, tak perlu belek cari.

 

Ini cara susunan di dalam ruang sejuk beku

2. SAYUR BERDAUN SIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG YANG BERALASKAN TISU
Tidak perlu cuci sayur berdaun. Hanya apa yang perlu anda lakukan adalah potong mengikut saiz hidangan dan simpan dalam ziplock bag yang telah diletakkan tisu.

Labu pun simpan di dalam ziplock bag. Lihat, dah seminggu disimpan masih tak terjejas fizikalnya

3. CILI SIMPAN DALAM BEKAS BERALAS TISU
Untuk sebarang jenis cili, buang tangkainya dan simpan di dalam bekas berlapik tisu. Petua tambahan untuk tahan lama, letakkan beberapa ulas bawang putih di dalam bekas simpanan cili

4. KITAR SEMULA BOTOL KACA
Untuk simpan halia, lengkuas, serai, kunyit dan seangkatan dengannya, simpan di dalam botol kaca terpakai dan isikan air bersih

5. SIMPAN DAUN HERBA DALAM SEJUK BEKU
Untuk daun herba seperti daun limau, daun kari, daun sup, daun kunyit dan sebagainya, letakkan di dalam ziplock bag atau bekas dan simpan di bahagian sejuk beku

6. WRAP KOBIS
Potong kobis mengikut saiz hidangan dan bungkus menggunakan plastik wrap setiap satu





Source link