Artikel Terkini

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

ethan sykes TdM fhzmWog unsplash - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan


Dibuang kerja merupakan sesuatu yang menyakitkan jika kita mempunyai komitmen bulanan yang wajib ditunaikan. Walaupun begitu, lebih menyakitkan hati apabila kita dibuang kerja daripada syarikat yang kita sendiri asaskan.

Ia boleh dibaratkan seperti kita membina sebuah rumah dengan bersusah-payah tetapi akhirnya kita kemudiannya dihalau daripada rumah tersebut. Begitulah peritnya apabila kita telah dibuang dari daripada syarikat yang kita bangunkan sendiri.

Di mana-mana syarikat korporat yang berstatus public, perkara membuang pengasas syarikat daripada jawatan CEO adalah perkara biasa. Ini kerana apabila pengasas asal telah membawa syarikat ke pasaran terbuka, pemegang saham majoriti mempunyai hak untuk memecat seseorang CEO walaupun beliau merupakan founder sekalipun.

Mari kita lihat beberapa pengasas syarikat terkenal yang pernah dibuang daripada syarikat yang diasaskan mereka sendiri.

1. Steve Jobs, Apple

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan1 700x474 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Merupakan ikon paling berpengaruh di Silicon Valley. Beliau yang dipecat daripada Syarikat Apple pada tahun 1985 ketika usianya baru mencecah 30 tahun. Setahun kemudiannya, ibu angkat yang membesarkanya pula meninggal dunia dan ianya telah memberi impak yang besar kepada dirinya.

Steve Jobs menubuhkan sebuah syarikat komputer yang bernama NEXT yang kemudiannya dibeli oleh Syarikat Apple pada tahun 1997. Pada tahun tersebut juga, beliau dilantik semula menjadi CEO Apple buat kali kedua dan telah berjaya membawa Apple menjadi sebuah syarikat yang terkenal di dunia apabila syarikat tersebut hampir bankrap.

2. Travis Kalanick, Uber

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan2 700x484 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Travis Kalanick bersama dengan rakannya Garrett Camp telah memperkenalkan cara moden untuk menempah dan menaiki teksi melalui aplikasi yang dicipta mereka berdua pada tahun 2009. Uber merupakan syarikat perintis yang berjaya menjadi ikutan kepada syarikat yang lain seperti Grab.

Beliau yang merupakan CEO kedua untuk Uber bagi menggantikan CEO yang pertama iaitu Ryan Graves. Travis Kalanick menjadi CEO Uber selama hampir 7 tahun dan akhirnya beliau dipaksa meletak jawatan.

Beliau telah mengundang banyak kontroversi semasa memegang jawatan sebagai CEO. Para pekerja Uber tidak suka bekerja di bawah pengurusannya dan dianggap sebagai toksik oleh pekerja Uber sendiri.

Beliau juga mempunyai skandal seks dengan pekerja dan pernah bertikam lidah dengan pemandu Uber yang tidak puas hati dengan polisi yang dikenakan oleh Uber.

Travis Kalanick akhirnya meletak jawatan pada tahun 2017 selepas desakan yang kuat, dan diganti dengan Dara Khosrowshahi.

3. Jack Dorsey, Twitter

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan3 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Merupakan pengasas bersama syarikat media sosial yang popular iaitu Twitter. Jack Dorsey merupakan CEO pertama untuk Twitter dan telah dipecat kerana tidak mempunyai misi yang jelas untuk syarikat.

Beliau kemudannya menubuhkan sebuah syarikat startup pada tahun 2009 dan menjadi CEO untuk syarikat tersebut. Jack kemudian kembali menjadi CEO Twitter pada tahun 2015 sehingga ke hari ini.

Walaupun telah kembali menjadi CEO untuk kali kedua, pencapaian Twitter masih lagi tidak memberangsangkan dan ada pelabur mula bersuara untuk memecatnya daripada jawatan CEO untuk kali kedua.

4. Parker Conrad, Zenefits

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan4 700x405 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Parker Conrad merupakan pengasas Zenefits iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan awan yang khusus kepada human resource terutamanya di dalam industri kesihatan (insurans).

Syarikat ini berkembang dengan pesat pada tahun pertama ianya ditubuhkan dan berjaya mendapat jualan sebanyak $20 juta. Pada tahun 2015 dan kemuncak kejayaanya, syarikat ini dinilai sebanyak $4.5 bilion, dengan jualan sebanyak $100 juta.

Kontroversi melanda Zenefits apabila syarikat ini didakwa menipu didalam proses penjualan insurans kesihatan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan simpanan awam mereka.

Parker Conrad telah dipaksa untuk meletakkan jawatan disebabkan isu ini.

5. Andrew Mason, Groupon

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan5 700x490 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Groupon merupakan sebuah aplikasi yang menyediakan transaksi untuk para penjual dan pembeli di sesuatu tempat atau kawasan terutamanya di kawasan bandar. Syarikat ini telah diasaskan oleh Andrew Mason pada tahun 2008 dan merupakan sebuah syarikat yang berkembang dengan pesat.

Aplikasi ini telah membantu banyak peniaga kecil menjual produk atau servis mereka kepada orang ramai dengan lebih murah tanpa melibatkan orang tengah. Nasib yang menimpa pengasas ini tidak baik apabila beliau dipaksa untuk meletak jawatan disebabkan gagal memenuhi jangkaan para pelabur pada tahun 2013.

Syarikat ini tidak membuat keuntungan yang sepatutnya, sehingga mengakibatkan beliau terpaksa meletak jawatan sebagai CEO.

6. Jerry Yang, Yahoo

6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan6 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan

Jerry Yang merupakan salah seorang pengasas Yahoo iaitu sebuah syarikat carian yang popular pada era 1990-an, sebelum Google mendominasi dunia. Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 1994 oleh Jerry Yang dan sahabatnya David Filo.

Yahoo telah berdepan dengan persaingan yang hebat daripada Google yang pada masa itu mula berkembang dengan pesat. Semasa Jerry Yang menjadi CEO pada tahun 2007, beliau telah melakukan kesilapan yang sangat besar apabila menolak tawaran yang dikemukan oleh Microsoft untuk membeli syarikat tersebut dengan harga $44.6 bilion.

Beliau dipaksa meletak jawatan pada tahun 2009 kerana dilihat tidak mampu membawa keuntungan kepada Yahoo. Akhirnya, Yahoo telah tewas di dalam persaingan mereka dengan Google di dalam dunia internet.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2017/06/22/ousted-founders-ubers-travis-kalanick-steve-jobs-and-jack-dorsey.html

Ads 300x250 b2 - 6 CEO Yang Pernah Dipecat Oleh Syarikat Yang Mereka Sendiri Asaskan



Source link